Episode 18

690 80 2
                                    

AL menyelak satu per satu buku sejarah magik yang diambilnya. Selesai satu dia mencari lagi buku yang lain.

" Laurence! Tak bosan ke asyik baca buku je setiap hari.. Jom la main.. " Fen merengek.

AL mengeluh. Malangnya AL bukan macam budak yang lain asyik nak main je. AL lebih berminat baca buku. Lagipun, dia nak tahu lebih lagi tentang puak Remington dan kampung Ravenville. Dia juga mahu mencari tentang Lazarus yang ibunya cerita.

" Maaf Fen. Tak rasa nak main. " beritahu AL malas.

Fen mencebik namun dia duduk juga disisi AL yang kusyuk membaca.

" Lazarus? Laurence tengah cari tentang permata Lazarus ke? " Fen mencelah tiba-tiba apabila matanya melihat nota catatan AL.

AL beralih pada Fen. Wajahnya jelas terkejut.

" Fen tahu ke? " soal AL.

Fen mengangguk.

" Atuk ada cerita masa Fen kecil dulu.. Sebelum tidur, atuk cerita pasal perang Lazarus. Masa tu semua orang tamakkan kuasa. Bila mereka dengar tentang wujudnya permata yang boleh membuatkan seseorang itu hidup selamanya, mereka semua mencari permata tersebut. Masa tu, negara ni banyak sangat orang yang datang sebab mereka dengar ada lelaki tua penjaga bibliotheque yang tak akan mati.

Mereka ingat lelaki tua tu ada batu permata tu. Tapi dah tentu, semua tu lagenda je. Sampai sekarang cuma maharaja dan kita je tahu jawatan penjaga bibliotheque tu masih kosong. Hehe.. Mereka mencari dan cari.. Akhirnya seorang lelaki berjaya jumpa permata kehidupan ni.. Lazarus. Lazarus ialah nama permata tu. Disebabkan mereka berebutkan permata ni, perang tercetus. Semua orang nak hidup selamanya.

Tapi, lepas perang tu tak ada seorang pun yang selamat. Semua keluarga lelaki yang jumpa batu Lazarus tu mati dibunuh dan akhirnya batu tu tak dijumpai pun. Cuma mitos saja. Tapi dengar cerita keluarga lelaki tu masih lagi diburu sampai sekarang. "

AL mengangguk mendengar cerita Fen. Fen tersengih.

" Nak tahu siapa lelaki tu? Dia dari puak Remington. Mereka ni tinggal di kampung Ravenville. Tapi sekarang dah tak wujud kampung tu. Puak Remington pun dengar cerita dah tak wujud. Kalau ada pun mereka hidup dalam persembunyian. Mereka ni istimewa sebab boleh buat magik sendiri dan mereka semua ada rambut warna merah. Waahh.. Teringinnya nak jumpa.. " Fen ketawa kecil.

AL hanya tersenyum. Banyak betul yang Fen tahu tentang sejarah dunia magik ni.

" Jadi? Tentang Lazarus tu tak ada siapa jumpa? " soal AL.

" Hmm.. Mitos mungkin.. Nanti.. Laurence--" Fen terdiam. " Takkan la.. " Lama dia pandang AL. Takkan la AL cari tentang Lazarus sebab nak tahu kenapa dia tak boleh..

" Laurence jatuh tebing tu.. Lazarus.. Tapi Lazarus batu permata tu.. " Fen terasa fikirannya kucar-kacir.

AL ketawa.

" Tak ada apa lah Fen. Jangan risau. Oh ya, semalam ada mimpi. Mimpi seorang budak perempuan ni.. Comel.. " AL menukar topik.

" Eh? Perempuan? Siapa? Siapa? " mata Fen bercahaya. Suka bila dengar cerita AL.

" Hehe.. Entah.. Tak kenal. Tiba-tiba muncul. " terang AL. Memang betul dia tidak kenal dengan budak perempuan itu.

Pada mulanya AL mahu mencari ayahnya namun budak perempuan pula yang dia jumpa dalam mimpinya itu. Nampaknya dia masih perlu berlatih untuk membuat magik dengan lebih baik. AL masih rahsiakan perkara tersebut dari Fen. Buat masa sekarang dia tidak boleh biar Fen tahu tentang magik yang AL cuba cipta. Suatu hari.. Mungkin suatu hari nanti dia akan cerita.

🍁🍁🍁🍁🍁

Sekali lagi. Sekali lagi AL ternampak perempuan yang sama. Walau banyak kali dia cuba, yang boleh dilihat hanyalah bayangan budak perempuan berambut merah itu setiap kali AL mahu melihat ayahnya. Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang AL dari melihat ayahnya. Magik? Mungkin.. Mungkin ayahnya menggunakan magik pelindung supaya tidak dapat dikesan. AL mengeluh.

" Hmm.. Bosan ke? " satu suara menegur.

" Huwahh!! " AL yang terkejut jatuh tergolek dari atas katil. Suara tadi ketawa.

" Jangan muncul tiba-tiba! " marah AL pada lelaki yang berdiri dihadapannya kini. Lelaki yang sedang tersenyum.

" Tapi tak ada orang dekat sini. " lelaki itu menelengkan kepalanya ketepi sedikit.

AL mengetap bibir. Suara tu.. Wajah tu.. Semuanya sama dengan dirinya sendiri. Seolah-olah mereka kembar seiras.

" Memang la tak ada orang.. Tapi aku boleh bunuh kau tau. " ujar AL.

" Bunuh aku? Kalau kau bunuh aku, kau pun akan mati. Tapi kalau aku bunuh kau, aku masih hidup. Dalam erti kata lain kau tak akan mati. " balasnya dengan selamba.

" Ha! Tulah maksud aku! Kau ni suka sangat muncul tiba-tiba. Kalau ada orang nampak nyawa aku dalam bahaya tau! " marah AL.

" Jangan risaulah. Aku dicipta oleh pembuat magik paling hebat sebagai hadiah untuk kau.. Tugas aku untuk lindungi kau tapi aku tak boleh lindungi kau dari hukuman yang kau sendiri buat.. Dalam erti kata lain lagi, selagi kau tak buat salah dan terima hukuman mati ke apa ke, aku boleh lindungi kau. Hehe.. "

" Lazarus.. Kau ni memang langsung tak dengar cakap aku. " AL mengeluh.

" Aku cuma dengar arahan dari pembuat magik yang cipta aku.. Maaflah. " Lazarus ketawa. "Jadi? Kau buat apa tadi tu? Mengintai perempuan eh? "

Buk!

Buku dibaling tepat mengenai wajah Lazarus.

" Aduh! " mereka berdua mengaduh.

" Hoi! Kau lupa ke kalau kau cederakan aku, kau pun rasa juga la! " marah Lazarus.

AL menekan hidung yang terasa pedih. Hmm.. Jadi macam tu rupanya magik ni berfungsi. Kalau AL cedera, Lazarus akan selamatkan dia tapi kalau Lazarus cedera..
Seolah-olah Lazarus adalah tubuhnya yang asal. AL cuma boneka.. Lazarus adalah jantungnya.

🍁🍁🍁🍁🍁

Fen terdiam. Dia masih tak sangka dengan cerita yang dia dengar dari AL. Lelaki itu masih mampu tersenyum disebalik jaring besi yang memisahkan mereka.

" Laurence.. Maksudnya Laurence dah rancang dari awal.. Untuk gunakan peluang ni? Gunakan peristiwa pembunuhan ni.. Supaya Laurence dihukum bunuh.. Semata-mata nak hapuskan Lazarus? " Fen bertanya. Suaranya menggigil.

" Maaf.. Cuma ini je caranya. Kalau Lazarus dihapuskan, magik ni dihapuskan, tak akan ada lagi orang yang akan cari R untuk bunuh dia. R boleh hidup dengan aman lepas ni. Semua dokumen tentang Lazarus dan magik kehidupan abadi akan hilang sekali dengan Lazarus.. Ini peluang sekali seumur hidup, Fen. Maaf sebab tipu. Lepas ni tak akan ada lagi orang yang mampu cipta Lazarus. Tak akan ada lagi perang atau kematian disebabkan magik ni. " AL bersuara tenang.

Fen tertunduk. Sejak kecil.. AL rancang semua ni sejak kecil.. Sejak bertahun yang lalu?? Gila.. Lelaki dihadapannya ini gila. Cuma itu yang terlintas difikiran Fen.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now