"Princess nak tahu tak siapa punya taman bunga ni?" soal Maria.

"Siapa?" kata Gabriella yang tidak lepas dari memandang pokok pokok bunga itu.

"Permaisuri Grisella."

Gabriella menoleh ke arah Maria.

"Maksud Maria, bonda?"

Maria mengangguk.

"Wah. Tak sangka bonda ada taman secantik ni."

"Permaisuri seorang yang suka bunga. Dia paling tak suka bila pokoknya rosak. Permaisuri jaga macam mana dia menjaga Princess. Dia menganggap pokok bunga ni anak anak dia."

Gabriella terangguk angguk.

"Maria rapat dengan bonda ke?" soal Gabriella lalu melabuhkan punggungnya di buaian.

Maria juga turut duduk di buaian.

"Yup. Bonda Princess tak pernah menganggap saya orang bawahannya. Macam Princess dengan Marsha."

Gabriella tersenyum.

"Bella tak pernah terfikir pun nak anggap orang yang kerja di istana ni orang bawahan. Bagi Bella semua orang sama je. Sama sama manusia." kata Gabriella.

"Sikap Princess serupa dengan bonda Princess. Tak ada sedikit pun yang tertinggal sikapnya dekat Princess."

Gabriella tersengih.

"Maria. Nak tanya boleh?"

"Apa dia?"

"Mana bilik bonda dengan ayahanda? Bella teringin sangat nak tengok bilik mereka."

"Kalau macam tu jom. Saya tunjukkan."

mereka berdua bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam istana semula.

"Bosannya!" jerit Yora.

Marsha hanya menggelengkan kepalanya saja apabila Yora menjerit perkataan yang sama.

"Marsha. Kau rasa Gabriella dah sedar belum eh?" soal Yora.

Marsha mengangkat bahunya.

"Ish kau ni. Cikgu tak ada pun kau masih lagi belajar juga. Cuba ambil masa luang ni untuk rehat kan otak. Ni tak. Belajar, belajar, belajar." bebel Yora.

Marsha tidak melayan bebelan Yora dia malah lebih fokus kepada buku sekolahnya.

"Marsha? Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Marsha memandang Yora lalu memandang semula bukunya. Yora pula sudah bengang.

"Ish! Kau ni! Geram pulak aku." kata Yora lalu dia memusingkan badannya ke depan semula.

"Ini bilik bonda dan ayahanda Princess."

Gabriella masuk sahaja dalam bilik itu dengan muka kagumnya.

"Wow. Besarnya."

Gabriella melihat sekeliling bilik bonda dan ayahandanya. Lalu dia ternampak sebuah pintu.

"Maria. Tu bilik apa?" soal Gabriella sambil menunjuk pintu itu.

"Ouh yang tu. Tu bilik kerja ayahanda Princess lah."

Gabriella terangguk angguk lalu dia menuju ke pintu itu. Gabriella memusingkan tombol pintu namun terkunci. Gabriella memandang Maria hairan.

"Maaf Princess. Princess tak boleh masuk ke bilik tu. Raja telah menguncinya." kata Maria apabila paham dengan pandangan Gabriella.

"Mana kunci tu?" Maria menggeleng.

"Saya tak tahu. Hanya Raja sahaja yang tahu di mana letaknya kunci itu. Kami sudah cuba cari cara untuk membuka bilik ini tapi tak berjaya. Sebab tombol pintu ni jenis yang lain daripada yang lain."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now