"Dah lah tak payah rasa bersalah sangat. Aku yakin Gabriella akan sembuh." katanya lagi.

Mereka semua memandang Gabriella sayu.

"Ini bunganya." kata Aurel lalu memberikan kepada Marsha.

"Dan ini adalah Ratu Tiara. Ratu, mereka adalah makhluk dari dunia Wingstone iaitu dunia manusia istimewa."kata Aurel.

Mereka bertiga menunduk tanda hormat. Ratu Tiara tersenyum.

"Ratu apakah syaratnya? kami akan menerima apa sahaja syarat yang ratu berikan." kata Marsha.

"Syaratnya adalah setelah dia sudah sembuh dari lukanya, saya mahu kamu membawanya kepada saya."

Marsha diam sejenak.

Dia memandang ke arah Kevin dan Alvin. Kevin mengangguk manakala Alvin hanya diam sahaja.

"Baiklah. Kami akan membawanya ke Ratu. Tapi, sebelum tu kenapa Ratu ingin kami membawanya kepada Ratu?" soal Marsha.

"Kamu tahu kenapa saya menyuruh kamu membawanya ke sini Marsha. Jadi saya tak perlu memberi tahu kerana saya tahu kamu tak mahu orang lain mengetahuinya kan?"

Marsha tersentak.

Kevin mula tidak paham apa yang di maksudkan oleh Ratu Tiara itu. Alvin memandang Marsha sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Baiklah. Saya akan membawanya ke sini." kata Marsha.

"Saya tahu kamu takkan mengungkir janji. Kamu bertiga bertenang saja. Saya tak akan menyakitinya, hanya beberapa perkara yang perlu saya bincang bersamanya nanti." kata Ratu Tiara.

Mereka bertiga mengangguk.

"Ohya lagi satu. Hanya seorang sahaja yang boleh menemaninya untuk ke dunia sini." sambungnya.

"Baiklah. Terima kasih kerana mahu memberikan bunga ini kepada kami."
"Sama sama."

Marsha mula membuka pintu dimensinya. Sebelum mereka masuk ke dalam pintu dimensi itu Marsha melambai ke arah Aurel dan Ratu Tiara manakala Kevin hanya memberi senyuman sahaja. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam pintu dimensi dan menghilang. Mereka bertiga muncul di belakang istana.

"Kenapa dekat belakang istana?" soal Kevin.

"Ada orang dekat bilik Gabriella. Saya tak nak orang lain tahu yang saya mempunyai kuasa lain."

Kevin mengangguk paham. Mereka mula menuju ke bilik Gabriella.

"Hah tu dieorang bertiga." kata Benny apabila melihat Marsha, Kevin dan Alvin masuk ke dalam istana.

"Eh? Korang. Melawat Gabriella ke?" soal Kevin.

Mereka berempat mengangguk.

"Korang dari mana?" soal Benny pula.
"Aku dengan Alvin tadi keluar kejap. Kalau Marsha dia baru habis kemas belakang Istana." bohong Kevin.

Mereka mengangguk.

"Eh apa tu Marsha?" soal Yora apabila melihat bungkusan hitam di tangan Marsha.

"Er.. Ni bunga aku petik tadi dekat belakang istana." Marsha pula menipu.

"Ada bunga ke kat belakang istana?" soal Josh pula.

Marsha sudah menggaru kepalanya.

"Eh dah lah. Marsha, pergi tengok Gabriella dekat bilik takut dia dah sedar."

Kevin cuba membantu Marsha daripada di soal siasat oleh Josh. Josh ni bukan senang nak di tipu, ada je soalan dia nak di tanya nanti. Marsha mengangguk lalu cepat cepat melangkah pergi ke bilik Gabriella.

"Korang dah nak balik ke?" soal Kevin.

"Haah. Dah malam. Lagi lagi kiteorang bawak perempuan." kata James lalu menjeling ke arah Yora.

"Aku boleh balik sendiri lah." kata Yora apabila melihat James menjelingnya.

"Yora aku hantar." kata Josh.

Mata Yora sudah terbeliak. Mereka yang lain sudah tersengih. Ada yang pura pura batuk ada pula yang bersiul.

"Eh. Tak apa lah aku balik dengan dieorang. Lagi pun tadi kan aku pergi dengan dieorang. Kena lah balik dengan dieorang." kata Yora.

"Kiteorang nanti nak singgah tempat lain mungkin lama. Biarlah Josh hantar kau. Nanti ayahanda dan bonda kau cari." kata Jack.

Sengaja dia mahu Yora di hantar Josh.
"Er.. Okayh." kata Yora.

"Dah jom. Kitaorng balik dulu." kata Diaz.

"Hati hati." kata Benny.

James, Diaz dan Jack mula bergerak balik ke istana masing masing.

"Jom." kata Josh.

Yora mengangguk.

"Bye Benny." kata Yora lalu pergi.

Benny melambai ke arah Yora.

"Aku nak gi mandi." kata Kevin lalu menuju ke biliknya.

Manakala Alvin pergi ke bilik Gabriella.

"Mesti Alvin tengah sedih." kata Jessica apabila dia memerhatikan gerak geri Alvin.

Eric dan Benny mengangguk setuju.

Marsha mencabut kelopak bunga itu lalu meletakkan di tempat luka Gabriella. Setelah itu dia menutup semula lukanya. Pintu bilik Gabriella terbuka.

"Macam mana Marsha? Berkesan?" soal Alvin.

"Perlukan masa sikit. Mungkin besok dia dah sedar." jawab Marsha.

"Marsha, aku nak tanya."

"Tanyalah."

"Kenapa Ratu Tiara nak jumpa Gabriella?"

Marsha mendiamkan diri.

"Marsha. Jawab soalan aku. Aku tau kau tahu. Mesti kau ada sebunyikan sesuatu kan?" desak Alvin.

"Maaf Alvin. Aku dah janji dengan Gabriella. Aku tak boleh bagi tahu sesiapa. Cukup lah kau dah tahu kuasa aku." kata Marsha.

"Aku cuma nak tahu kenapa Ratu Tiara nak jumpa Gabriella tu je. Bukan aku nak tahu benda lain."

"Ratu perlukan bantuan Gabriella. Itu sahaja yang aku boleh bagi tahu. Percayalah. Ratu takkan apa apa kan Gabriella."

Alvin mengeluh lalu dia keluar dari bilik Gabriella. Marsha menoleh ke arah Gabriella kemudian Marsha keluar dari bilik Gabriella dan menutup semula pintunya.

Gadis Berdarah Suci (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu