Gabriella memejamkan matanya dan cuba untuk bertenang sambil mengosongkan mindanya.

"Apa yang dia buat tu?" soal Diaz.

"Entah lah. Rasa pelik je. Apa kata kita pergi sana. Kita tanya dengan cikgu Lily." kata James pula.

Yang lain hanya mengangguk setuju.

"Woi! Nak kemana tu?!" jerit cikgu Goro dari jauh.

Aduh.

Susah betul kalau ada cikgu Goro ni. Yang lain saling berpandangan lalu tersengih ke arah cikgu Goro.

"Er. Kiteorang nak pergi kat cikgu Lily. Nak tanya kenapa dengan Gabriella." jawab William apabila cikgu Goro sudah sampai ke arah mereka.

"Tak boleh. Pergi tempat korang balik. Kalau nak tanya nanti je. Tunggu bila sudah selesai sesi latihan." kata cikgu Goro.

"Er. Tapi cikgu.."

belum sempat Willam menghabiskan ayatnya Benny sudah menariknya.

"Dah lah. Duduk sana balik. Weh korang duduk sana balik. Gabriella takkan apa apa punya." kata Benny.

Yang lain hanya ikut sahaja. Mereka balik semula ke tempat teduh.

"Buka."

Gabriella membuka matanya lalu dia melihat unsur air itu sedang terapung di depannya. Dia melihat sekeliling dia berada di tempat lain. Bukan lagi di padang.

"Apa kau nak." unsur itu berkata.

Gabriella sedikit terkejut. Air boleh bercakap. Fuh. Seram betul.

"Bergambung lah bersama aku." kata Gabriella.

"Tak nak. Aku tak suka manusia. Menyusahkan." kata air itu.

"Aku bukan manusia."

"Habis itu kau apa? Lihat sahaja diri kau itu. Kau itu manusia apa perlu aku menunjukkannya?"

"Mengapa kau ada di dalam badan aku?"

Gabriella tidak menjawab soalan si Air tadi. Dia malah menyoal semula kepada Air itu.

Air itu terdiam seketika.

"Kalau kau tidak suka, kenapa tidak keluar dari tubuh aku?" soal Gabriella lagi.

Air itu tetap sahaja diam.

"Aku yakin kau akan menyukainya bila kau bergabung dengan aku." kata Gabriella lagi apabila soalannya tidak di jawab.

"Apa buktinya?" akhirnya air itu bersuara.

"Kau perlu bergabung dengan aku dulu baru kau rasa sama ada kau suka atau pun tidak." 

unsur air itu berfikir seketika.

"Kalau aku gabung lepas tu tetap aku tak suka macam mana?"

"Kau boleh pergi."

"Baiklah." Gabriella tersenyum.

Unsur air itu mula menghilang. Gabriella menutup semula matanya kemudian membuka semula matanya. Dari jauh dia melihat cikgu Lily dan yang lain. Gabriella mengalihkan pandangannya ke arah bebola itu. Bebola itu sudah tidak membesar.

Gabriella tersenyum.

"Bagus Gabriella! Sekarang cuba serang saya guna bebola itu! " jerit cikgu Lily.

Gabriella tersenyum makna.

Gabriella menghulur tangan nya lagi satu ke depan lalu mengeluarkan lagi satu bebola. Dia menggabungkan kedua duanya. Lalu membaling ke arah cikgu Lily dengan pantas. Kemudian Gabriella mengangkat kedua dua tangannya ke atas lalu Gabriella mengawalnya.

"A.. Apa? Tak mungkin." kata cikgu Lily.

Cikgu Lily cuba mengelak serangan Gabriella beberapa kali. Tanpa membuang masa cikgu Lily terus menyerang Gabriella dengan membekukan air itu. Belum sempat cikgu Lily bersuara, tiba tiba muncul air dari belakang cikgu Lily lalu menyerangnya. Cikgu Lily yang tidak sempat mengelak, terus terkena serangan itu sehingganya basah kuyup. Yang lain tercengang. Ada yang menahan diri dari gelak.

"Cukup Gabriella." kata cikgu Lily sambil mengeluh.

"Er.. Maaf cikgu." kata Gabriella sambil tersengih.

"Sengaja kamu kan? Habis basah baju cikgu." rungut cikgu Lily.

"Mana ada cikgu. Cikgu yang tadi suruh serang. Saya serang jelah."

"Yelah. Dah kamu lulus. Jom. Pergi dekat dieorang." kata cikgu Lily.

Gabriella hanya mengangguk. Lalu mereka berdua menuju ke arah ahli tahap tinggi dan cikgu yang lain.

"Woah! Hebat lah Gabriella!" puji Roy.
Gabriella merasa malu apabila di puji.

"Er.. Ma.. ma.. na ada hebat." kata Gabriella gagap.

"Eleh nak rendah diri pulak. Tapi betul lah. Kau hebat tau. Kau pandai mengawal air macam Kevin." kata Roy.

"Eh? Yeke?"

"Yup. Betul kata Roy. Kevin juga pandai kawal air. Kau orang kedua boleh mengawal air." sampuk Jack.

"Haah. Ni kalau Kevin tengok mesti dia seronok." kata James pula.

Yang lain angguk setuju. Gabriella hanya tersenyum sahaja. Tak sangka susah juga mengawal unsur ni. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh.

"Nah minum."

Alvin menghulurkan air botol kepada Gabriella. Gabriella mengambilnya.

"Terima kasih."

Alvin mengangguk lalu menuju ke arah Josh yang sedang membaca. Haih si Josh ni. Boleh pulak dia membaca.

Setelah berehat beberapa minit. Gabriella mula menyambung latihannya. Gabriella melakukan perkara yang sama pada unsur api dan angin. Sehingga lah dia di uji oleh cikgu Goro.

"Cabaran terakhir." kata mereka bersembilan dengan serentak.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now