OBSESI 1

19K 358 68
                                    

BAB 1

Tania melangkah keluar dari set penggambaran dengan wajah yang letih sekali. Dia lihat ada seorang lelaki sedang berdiri memerhatikannya. Lelaki itu memakai baju tshirt lengan panjang berbelang hitam putih dan ada hud menutupi bahagian kepalanya. Wajahnya tidak kelihatan sangat sebab sebahagian depan wajahnya di tutupi rambut depan yang agak panjang sedikit. Dia berdiri sambil bersandar di sebatang pokok beringin yang terletak tidak jauh dari situ. Ketika dia sedang leka memerhatikan lelaki tersebut tiba tiba saja bahunya di tepuk orang dari belakang. "Cik tania, produser panggil awak tu...", kata diana, jurusolek artis itu. "Oh... sekejap lagi saya akan pergi berjumpa dengannya....", balas tania perlahan lahan. diana segera beredar dari situ.

Tania kembali memandang ke arah lelaki itu tapi lelaki tersebut sudah tidak ada lagi di situ. Ianya telah hilang dari pandangan matanya. Tania merasa sedikit pelik. Baru sekejap saja dia berbual dengan diana tapi bila dia tengok lelaki itu sudah tidak ada lagi di situ. "Cepat sungguh dia menghilangkan diri... ke mana pula dia pergi ar?", tania memandang kiri dan kanan untuk mencari bayang kelibat lelaki misteri tersebut namun dia gagal mencarinya. "Apa yang awak cari tu?", soal suatu suara. Tania terkejut dari lamunannya. Kelihatan produser filem, encik abdul malik berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "Oh!... nothing... er... ada apa awak panggil saya tadi?", cepat cepat dia menghampiri produser tersebut. Mereka mula berbincang tentang skrip yang akan di hafalnya untuk malam itu. Setelah berbincang dengan produser tersebut, dia pun di benarkan pulang. Tania bergegas meninggalkan tempat tersebut.

*** *** ***

Poster artis muda yang baru saja popular itu di perhatikannya seketika. Perlahan lahan dia melekatkan gambar artis tersebut di dinding bilik tidurnya. "Tania binti sabli... suatu hari nanti kau akan menjadi milikku, sayang...", bisiknya sambil tersenyum seorang diri. Dia berdiri di tengah tengah bilik tidurnya sambil memerhatikan gambar poster artis muda itu. Hampir seluruh dinding bilik tidurnya di penuhi dengan poster artis tersebut. Bila dia lihat semua poster itu dia tersenyum sendirian macam orang gila...

*** *** ***

"Hello... baby..."
"Hello... sayang..."
"How are you, baby?"
"I'm fine but i missed you a lot..."
"Oh... really?"
"Yep... boleh tak kita berjumpa malam ni?"
"Boleh... you nak jumpa i kat mana, baby?"
"Urm... apa kata kalau kita berjumpa kat shopping mall utama?... kita boleh makan kat sana and then shopping. Lepas tu kita menonton wayang... you nak tak?"
"I nak... okaylah, you tunggu I ambik you kat sana, ye... sekejap lagi i akan datang ambik you kat kondo you tu..."
"Okay, sayang... i will wait for you..."
Tania mematikan talian handphonenya. Kelihatan segaris senyuman terukir kemas di bibirnya. Dia gembira sebab malam itu dia akan keluar dengan teman lelakinya, farhan kushairi, model lelaki paling top masa kini. Wajah farhan yang handsome lagi cute itu mula terbayang bayang di sudut matanya. Dia sudah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan lelaki tersebut. Tanpa berlengah lagi dia pun terus bersiap siap untuk keluar dengan kekasihnya itu.

*** *** ***

Setelah makan malam bersama, tania dan kekasihnya farhan mula melangkah di dalam shopping mall utama sambil berpegangan tangan. Sesekali mereka kelihatan bergurau senda di antara satu dengan yang lain. Beberapa orang peminat tania datang untuk meminta autographnya. Malah ada yang siap hendak bergambar dengannya pula. Demi untuk tidak menghampakan permintaan peminat dia pun terpaksa melayan mereka semua. Setelah berbual bual seketika dengan para peminatnya, farhan segera membawa gadis itu keluar dari shopping mall tersebut.
"Kat sini tak sesuailah untuk kita berdua... kat sini banyak peminat you... mari kita pergi ke shopping mall yang lain pula...", ajak farhan sambil menarik tangan tania. "Okay...", tania menjawap sepatah. Mereka pun bergegas meninggalkan shopping mall tersebut.

Mereka melangkah masuk ke dalam kereta toyota camry milik farhan. "I harap kat shopping mall grand sale ni tak ada orang yang mengganggu kita...", kata farhan sambil tersenyum lembut. Tania membalas senyuman pemuda tersebut. Mereka melangkah keluar dari dalam kereta sebaik saja mereka sampai di hadapan bangunan shopping mall yang besar itu. Kali ini tania memakai topi dan kaca mata hitam untuk mengelakkan diri dari di kenali oleh para peminatnya. Mereka berjalan masuk ke dalam shopping mall tersebut. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhatikan mereka dengan pandangan mata yang tidak senang. Mereka di ekori dari belakang....

Tania melangkah masuk ke dalam butik pakaian untuk melihat gaun cantik yang ada di situ. Dia terpegun melihat sehelai gaun malam labuh yang sangat cantik. Gaun berwarna hitam itu tergantung kemas di atas dinding. Lama juga dia berdiri memerhatikan gaun tersebut. Dia berhasrat hendak membeli pakaian itu untuk dirinya tapi dia membatalkan hasratnya kerana perbelanjaannya bulan itu sudah 'over budget'. Kad kreditnya pun tidak jalan sebab sudah banyak hutang yang menumpuk. Dia terpaksa memendam hasrat di dalam hatinya. Dia berkira kira akan membeli pakaian tersebut apabila dia ada duit. Itu pun setelah dia habis berlakon dalam filem terbarunya, 'Aku Dan Dia'... ketika dia berdiri di situ tiba tiba matanya terpandang akan seseorang sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. Kalau tidak salah itulah lelaki misteri yang di lihatnya pagi tadi. Dia dapat mengecamnya kerana lelaki itu sering memakai baju tshirt lengan panjang yang berhud.

Lelaki tersebut berdiri sambil berpura pura menyelak buku novel di tangannya. wajahnya tidak kelihatan sepenuhnya sebab hud di atas kepalanya menutupi sebahagian daripada wajahnya. "Apa yang you tengok tu?", soal farhan di sebelahnya. Tania segera menggamit tangan boyfriendnya. "cuba you tengok kat kedai buku sana tu... ada seorang lelaki yang mencurigakan sedang asyik memerhatikan I lah...", kata tania sambil menunjukkan ke arah lelaki yang di maksudkannya tapi tiada orang pula kat situ. "Lelaki?... tak ada pun lelaki kat situ?", kata farhan sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. Tania segera memerhatikan kedai buku tersebut. Lelaki yang di lihatnya sebentar tadi sudah tidak ada lagi di situ. "Eh... tadi I nampak seorang lelaki berpakaian tshirt lengan panjang dan berhud di atas kepala sedang berdiri kat situ...", kata tania sedikit terkejut. Dia cuba mencari lelaki misteri itu namun bayang kelibatnya tidak ada lagi di situ.


Tania merasa semakin hairan. Ke mana perginya lelaki tersebut dia sendiri pun tidak tahu. "Sudahlah tu... mari kita pergi dari sini...", ajak farhan. Mahu tidak mahu tania pun beredar dari situ. Setelah puas berjalan jalan di shopping mall tersebut, tania dan kekasihnya farhan melangkah masuk ke dalam cinema hall pula. Mereka ingin menonton wayang bersama sama. Di sepanjang mereka menonton wayang di situ, tania merasa tidak keruan. Dia dapat rasakan yang dirinya sedang di perhatikan oleh seseorang. Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang lelaki misteri itu. Dia cuba memfokuskan perhatiannya pada jalan cerita yang di tontonnya saat itu.tangan farhan di sebelahnya di genggam erat. Dia hanya ingin bersama kekasihnya dan melupakan segala perkara yang bermain di mindanya...

 Dia hanya ingin bersama kekasihnya dan melupakan segala perkara yang bermain di mindanya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
OBSESI (PG13)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن