Epilog

1.9K 157 27
                                    

*Warning : Darah, perut terburai and stuff..😈

Song suggestion : Kiss Goodbye -Baekhyun😭*

"Hyung!" Sehun menjerit sekuat hati. Namun, tidak sempat dia berlari ke arah Baekhyun. Benda itu sudah menolak badan Baekhyun lalu jatuh ke dalam sungai yang dalam dan beralir deras itu.

"T--tak.. tak mungkin! Hyung! Hyung! Kau tak boleh mati.. tak boleh.. jangan tinggalkan aku.." Sehun terduduk di tepi sungai. Dia tak nampak Baekhyun lagi dan dia tak dapat menolong kerana dia tak boleh berenang dengan tangan begini. Dia menggeleng kepala.

"Hmmm argh!" Jerit Chen dan Kai yang dari tadi tidak sedarkan diri di persekitaran halaman yang luas itu. Mereka memegang kepala yang terasa dipenuhi air yang panas. Hangat dan memedihkan.

"Hyung! Cepat tolong Baekhyun.. tolong.." rayu Sehun kepada mereka berdua namun sia-sia. Mereka berdua masih mengerang kesakitan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sehun hanya mampu merenung ke arah sungai.

"S-sehun.." hati Sehun berhenti berdetak. Suara yang paling dia benci pada waktu itu. Chanyeol!

"Kau nak apa lagi!? Kau dah hancurkan hidup kami semua dan sekarang ni kau muncul pulak?! Dasar tak guna punya kawan!" Sehun menjerit tanpa memandang Chanyeol yang dirasakan berada di belakangnya.

"Maafkan aku."

"Pergi mati dengan maaf kau! Kau tak layak hidup dengan kitorang lagi. Belum tentu aku maafkan kau." Sehun menghentak lengannya pada tanah yang berumput. Baginya semua sudah berakhir. Baekhyun entah ke mana. Chen dan Kai pula tidak tahu boleh diselamatkan. Sekarang Chanyeol pula tiba.

"Chan... ke--napa dengan kau? Chanyeol! Weh!" Suara Chen yang jelasnya terketar itu menyebabkan Sehun memalingkan wajahnya. Suatu yang paling teruk dilihatnya. Bau dan keadaan Chanyeol merobek hati Sehun lebih teruk. Dan tidak dapat dia sangkakan Baekhyun ada disana kebasahan namun kulitnya beransur pulih.

"Hyung.. apa dah jadi?" Sehun menggigil. Chanyeol kebasahan juga. Kesimpulannya, Chanyeol telah merancang semua ni. Dia nak selamatkan Baekhyun dengan menolak Baekhyun ke dalam sungai sekali dengan dirinya.

"Maafkan aku, kawan." Chanyeol mengheret kakinya mendekati ke arah sungai. Matanya yang layu tidak memandang kawan-kawannya lagi. Hanya sungai berada dalam fikirannya sekarang.

Badannya dipenuhi darah. Perutnya terluka dalam hingga terkeluar usus perutnya sehingga mencecah tanah. Mereka dapat melihat sesuatu di dalam perutnya namun tidak dapat dikenal pasti kerana kelihatan sangat pelik. Bau hanyir memedihkan hidung mereka.

Tangannya melecur teruk dan bahunya terkoyak dari badannya. Mulutnya mengeluarkan benang merah yang panjang dan air liurnya. Di hujung benang merah itu, masih terlekat organ dalaman. Terheret sekali dengan Chanyeol. Kepalanya terbuka di sebelah kiri dan mengeluarkan cucuran darah merah. Matanya membengkak dan merah.

"Apa kau buat sampai macam ni?..." Sehun menekup mulutnya dengan lengan. Teruknya keadaan Chanyeol.

"Dia.. dia tu betul-betul ada dalam badan aku... aku cuba lawan dia dengan menikam badan aku sendiri.." Chanyeol menarik sesuatu keluar dari perutnya yang terbuka itu. Kelihatan seperti bebola benang yang besar keluar namun masih melekat pada perutnya dengan kuat walaupu  Chanyeol menarik-narik bebola itu.

"Aku dah tak boleh tahan lagi.. aku tahu dia takut dengan su--ngai itu. Jadi, aku kena buat Baekhyun  sebagai umpan. Xiumin ..mati disebabkan aku... dan aku tolak Baekhyun bersama aku ke dalam sungai. Sakit... rasanya sakit dan memedihkan... aku nak benda ni berakhir." Chanyeol berhenti bercakap. Dia tidak kelihatan ketakutan lagi. Dia sudah tidak berperasaan.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now