Malang Lagi

1.4K 127 5
                                    

"Baik kau lari dari kami. Ak-aku tak rasa kitorang selamat sekarang ni." Chen berjalan terhuyung-hayang ke arah Baekhyun dan Sehun. Baekhyun dan Sehun mengangguk lalu berdiri menyembunyikan diri.

"Apa-apapun pastikan jangan belasah diorang sampai mati." Kata Sehun sebelum berpecah untuk mencari sesuatu. Fikirannya penuh dengan rancangan namun satu pun dia tak pasti akan berjaya.

"Ya Tuhan! Apa aku boleh buat dengan badan aku sekarang? Tangan... tangan aku dah tak berfungsi." rintih Sehun tanpa sedar. Apa yang dia boleh buat dengan keadaan begini?

Dia merenung jauh. Fikirannya dikosongkan. Tanpa sedar dia mula berfikir sesuatu.

"Kenapa nak guna cara yang susah sedangkan cara yang paling mudah ada di depan mata?" Kata Sehun seorang diri. Dia berjalan-jalan mencari apa-apa sahaja yang mampu buat dia terfikirkan sesuatu.

"Sehun." Di belakang Sehun, Xiumin berdiri tegak. Matanya mencerlung tajam memandang Sehun. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati Sehun.

"Hyung.. kenapa dengan kau?" Tanya Sehun ketakutan. Badannya mula menggigil ketakutan. Xiumin tetap melangkah mendekati Sehun.

"Aku rasa .. pelik.. aku dengar suara Chanyeol dalam kepala aku. Dia tengah jerit sesuatu yang aku masih tak faham... apa yang dia sebut." Mata Xiumin mula terbeliak dan mata hitamnya sudah bertukar putih. Lututnya rebah ke bumi. Mulutnya ternganga luas dan air darah mula keluar dari mulutnya. Darah dikepalanya yang sudah beku mula mengeluarkan darah merah semula.

"Chan... chanyeollll.." jerit Xiumin seperti orang sedang berkumur. Mulutnya dilimpahi air darah. Namun Xiumin tidak meracau kesakitan. Dan paling teruk, Sehun tak boleh bergerak. Dia seolah-olah terpaku di situ. Perasaan keliru lebih tinggi berbanding ketakutan.

"Sungai... tolak... Chanyeol... selamatkan... aku... chanyeol.. yeol.. selamatkan chan.. lamatkan Chan... terlambat...nanti.. terlambat.. cepat... sebelum Chanyeol.." kata Xiumin seperti tadi namun kali ini lebih jelas pada pendengaran Sehun walaupun hanya separuh sahaja yang didengarinya.

"Wahh.." Xiumin duduk dalam keadaan merangkak lalu memuntahkan segala air yang bertakung dalam mulutnya. Air matanya tumpah bercucuran. Tangannya mencengkam rumput di tanah dengan kuat.

"Hyu--" sebelum sempat Sehun berkata apa-apa, Xiumin rebah lalu terkulai layu tidak bergerak. Badannya sudah tidak bergerak lagi. Tak! Tak mungkin!

"Hyung! Hyung, bangun! Kau jangan mati! Kau .. kau tak boleh mati!!!" Jerit Sehun. Sikunya mula mengoncangkan badan Xiumin namun tiada reaksi ataupun respon. Badan Xiumin kaku.

"Arghh!" Dari kejauhan, Sehun tersentak dengan suara kasar Baekhyun yang mula kedengaran pelik. Sehun menggeleng. Kalau terjadi apa-apa pada Baekhyun, hanya tinggal dia seorang sahaja selepas ini?

Tanpa berfikir apa-apa, Sehun bangun meninggalkan Xiumin lalu berlari ke tempat Baekhyun. Dia perlu tahu apa yang terjadi sebab.. sudah 4 orang mati. Kenapa Chanyeol buat begitu? Kenapa Chanyeol hantar mesej sebegitu sedangkan benda tu boleh membunuh Xiumin sebegitu rupa? Dia tu.. hyung itu.. sangat pentingkan diri sendiri. Hati Sehun mula dipenuhi api kemarahan.

Tiba sahaja di halaman rumah itu, dia nampak Baekhyun melutut di tengah halaman yang betul-betul menghadap rumah. Pintu terbuka luas namun tiada apa yang kelihatan. Di dalamnya kelihatan gelap gelita seperti keadaan di luar rumah. Baru dia sedar keadaan semakin gelap di sekelilingnya namun dia masih dapat melihat Baekhyun dan yang lain dengan jelas.

"Baekhyun.." tegur Sehun ketakutan. Langkahnya kaku di situ. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Baekhyun hanya diam. Dia kelihatan semakin tidak terurus. Badannya dipenuhi dengan kotoran manakala baju dan seluarnya ada kesan terkoyak.

"Shi Eun.." bisik Baekhyun perlahan. Sehun mula mendekati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Shi Eun.." bisik Baekhyun lagi. Apabila Sehun semakin hampir, dia perasaan kulit Baekhyun merekah kekeringan tanpa sebarang darah yang keluar dari rekahan.

Sehun menolak badan Baekhyun yang masih membisik nama tersebut. Baekhyun rebah ke sebelahnya. Mata hitamnya bertukar warna hijau, bajunya dibahagian depan terkoyak seperti terkena pedang, mukanya juga merekah teruk dengan calar yang masih berdarah. (Macam cover)

Mata Sehun terbuntang. Dia segera duduk dihadapan Baekhyun. Sehun meneliti keadaan Baekhyun. Tapi apa yang bahaya sangat tentang Baekhyun sekarang. Hanya badannya yang luka-luka dan sering membisikan nama perempuan itu.

"Hyung.. apa dah jadi sebenarnya? Kenapa dengan kau?" Rintih Sehun namun terselit rasa lega sedikit. Keadaan tidaklah seteruk yang disangkakan. Dia menghembus nafas lega. Namun, Sehun tidak sedar bahawa itu hanya permulaan.

Baekhyun membisu seketika. Matanya yang asalnya berkelip-kelip sudah kaku terbuka memandang ke atas. Sehun mula mengesot ke belakang. Dia tidak boleh bangun kalau tiada apa-apa di sekelilingnya. Matanya cepat-cepat meliar mencari sesuatu lalu ternampak pokok yang jauh sedikit dari kedudukannya.

Sehun memandang Baekhyun yang kaku itu lalu mengesot badannya ke arah pokok dalam posisi berbaring. Dia betul-betul terseksa.

"Shi Eun!" Baekhyun menjerit lalu perlahan-perlahan bangun berdiri. Nasib baik, Sehun sempat tiba di tepi pokok itu lalu dia duduk di situ. Dia memerhatikan keadaan Baekhyun.

"Baekhyun... kenapa dia tu tersenyum pula!?" Sehun semakin keliru. Perkara apa yang berbahaya sangat sampai Baekhyun tidak selamat lagi?

"Shi Eun.." Baekhyun tersengih lalu tangannya diluruskan ke hadapan seperti cuba mengapai sesuatu. Kakinya mula melangkah ke arah rumah itu. Sehun menggeleng. Mukanya makin pucat. Dia sudah faham.

"Baek.. Baekhyun serah diri sendiri.." Sehun membisik seorang diri. Badannya mula menggigil. Jantungnya terasa seperti berhenti berdegup. Semuanya sudah berakhir. Matanya mula terasa panas. Air matanya keluar membasahi mukanya. Kakinya menghentak-hentak bumi.

"Hyung! Apa kau buat tu!?" Jerit Sehun dalam tangis. Dia mula menjerit-jerit memanggil nama Baekhyun.

"Semua ni bermula dari Chanyeol!" Sehum menjerit kemarahan. Chanyeol penyebab mereka jadi seperti ni.

"Chanyeol kau tak guna! Apa kau dah buat pada kami semua!" Sehun merintih dalam tangis. Makin laju tangisannya berserta esakan yang tak terkawal lagi.

Sehun mengangkat lengannya lalu mengesat air matanya. Dadanya dipenuhi pelbagai emosi. Dia menolak diri sendiri pada pokok untuk berdiri.

"Chanyeol.. aku merayu. Apa kau nak? Tolong hentikan. Kau.. penyebab semua ni. Kau kena hentikannya." Sehun merayu. Dia merenung Baekhyun yang masih berjalam perlahan ke arah pintu yang terbuka luas walaupun masih jauh. Bahu Sehun terhinggut-hinggut menahan tangis. Disebalik kabur air mata, Sehun dapat melihat ada sesuatu berlari ke arah Baekhyun.

"Hyung!"
______________
Update akan lebih slow. Spm ada sebulan lagi 😱. Wish me luck guys.

✔The New World (EXO Horror Story)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora