Bayangan

1.9K 159 11
                                    

Baekhyun terjaga dari tidurnya. Mimpinya seakan benar-benar berlaku. Letih. Itu sahaja yang dia dapat rasakan.

Baekhyun segera ke bilik mandinya dan mula membersihkan diri. Tangannya terasa kebas. Entah apa yang berlaku sebenarnya dia tidak tahu.

"Chanyeol-ah!" Baekhyun memanggil dari biliknya. Apabila tiada jawapan yang kedengaran, Baekhyun segera menyiapkan diri dan keluar dari biliknya.

"Yah, Chanyeol!" Panggil Baekhyun lagi namun tetap tiada jawapan.

"Yah!" Jerit Chanyeol yang kedengaran dari luar rumah. Baekhyun segera berlari keluar dan melihat Chanyeol terkapai-kapai di dalam sungai.

Tanpa berfikir dua kali, Baekhyun segera terjun ke dalam sungai yang dalam itu untuk menyelamatkan rakan baiknya.

"Apa kau buat kat sini!?" Marah Baekhyun. Chanyeol kelihatan pucat. Entah apa yang telah dialaminya.

"Aku... Aku pun tak tahu apa yang terjadi. Aku kat dalam bilik tadi, main gitar... Tiba-tiba.." Suara Chanyeol bergetar membuat Baekhyun mula risau. Ini mesti masalah serius.

"Ada..sorang perempuan. Pakai hangbok merah panggil aku dari luar rumah.. Aku ingatkan jiran kita yang jauh-jauh tu.." Chanyeol terhenti seketika.

"Jadi aku keluar la. Lepas tu dia suruh pergi dekat sungai.. Dia kata dia terjatuhkan rantai kat tepi sungai. Jadi aku tolong cari.." Chanyeol merenung ke dalam sungai semula tapi cepat-cepat memalingkan pandangannya ke arah lain.

"Tak pasal-pasal, ada.. entah apa tarik aku ke dalam air. Aku memang dah tak boleh gerak. Terasa kaku dan aku nampak perempuan tu senyum tengok aku dari jauh. Dia tak datang dekat pun." Chanyeol memandang Baekhyun. Kelihatan sangat takut. Tangannya juga terketar-ketar meramas rumput yang menghijau di sekitar sungai.

"Baik kita masuk dalam rumah dahulu." Baekhyun berkata sambil membantu Chanyeol bangun.

"Dah lama aku nak tanya kau. Kenapa gambar-gambar lama ni masih ada kat sini?" Tanya Baekhyun. Dia merenung Chanyeol yang teragak-agak itu menjawab soalannya. Chanyeol menarik nafas dan senyum.

"Aku tak sempat nak buang. Biarlah begitu dulu." Baekhyun nampak mata Chanyeol bergetar.

"Kau tipu! Baik kau cerita semuanya dekat aku sekarang jugak! Aku dah kena macam-macam perkara dekat sini dan kau masih nak sembunyikan semuanya dari aku!" Baekhyun berkata lantang menyebabkan Chanyeol menunduk memandang lantai. Dia tahu agak teruk untuk menjerit sebegitu namun ini juga untuk kebaikan mereka berdua. Chanyeol tidak boleh senyap jika mahu semuanya selamat.

"Aku.. Aku tak tahu. Aku ta...takut." Selepas dibiarkan Chanyeol diam beberapa ketika, akhirnya mengeluarkan suara yang bergetar dan amat dalam rasa ketakutannya. Badannya yang basah kuyup menambahkan ketarannya.

"Baik! Cerita dekat aku sekarang jugak!" Baekhyun menarik Chanyeol untuk duduk di hadapannya di atas sofa. Ah, Baekhyun sudah tidak kesah dengan keadaan mereka yang basah menyebabkan lantai dan sofa turut basah. Chanyeol memandang sekeliling tapi gambar-gambar tersebut tidak pernah dikerling. Dia nampak sangat tidak selesa. Adakah sebab gambar-gambar tu?

"Baekhyun ah.. Aku takut. Aku tak boleh cakap apa-apa. Aku takut. Aku takut!" Chanyeol mengepal penumbuknya. Tangannya kelihatan putih kerana terlalu kuat mengepal tangan sendiri. Baekhyun tidak berkata apa-apa. Hanya diam dan merenung tindak-tanduk Chanyeol.

Mata Chanyeol meliar ke sekelilingnya. Badannya dihayunkan ke depan dan ke belakang perlahan-lahan. Tangan kirinya meraup rambutnya beberapa kali. Nampak sangat gelisah, entah apa yang ditakutkan.

"Cha-- chanyeol! Belakang kau!" Jerit Baekhyun lantang.
____________________
Chanyeol's p.o.v

Entah di mana aku berada sekarang. Semuanya kelihatan gelap. Aku hanya ingat waktu Baekhyun menjerit tentang ada suatu di belakang aku, lepas tu aku pun dah tak tahu apa yang berlaku. Dah mati ke?

Aku nampak suatu cahaya terang. Sangat terang. Terasa sudah berminggu aku berjalan ke arah cahaya tu namun aku masih tak jumpa apa-apa. Aku pun pelik kenapa aku tak lapar dan dahaga.

Namun, semakin hari aku rasa semakin tak bermaya.

"Hyung!" Aku tersedar dari lamunan. Entah betul ke tidak apa yang aku nampak sekarang. Bayangan seorang budak lelaki yang kurus kering tapi sangat comel berada di hadapan aku. Dia tersenyum membuatkan aku turut tersenyum.

"Cha, nae dongsaeng dah comel." Suara tu. Suara Baekhyun! Dia melihat sekeliling dan ternampak bayangan Baekhyun. Kelihatan seperti pemuda zaman dahulu. Memakai pakaian pelajar yang memasuki sekolah sungkyungkwan. Berbaju unggu. Tu bermakna dia merupakan seorang senior atau guru muda.

"Nanti hyung balik, hyung akan bawa Geunji pergi keluar dan makan puas-puas. Janji dengan hyung nak jadi budak baik dan jadi pelajar sungkyungkwan yang dibanggakan." Baekhyun memeluk budak tu. Aku nampak Baekhyun sangat sedih. Dahinya berkerut. Pelukannya juga sangat kuat dan lama. Baekhyun melepaskan adiknya lalu pergi hingga hilang ke dalam kegelapan.

"Janji!"

Tiba-tiba bayangan budak tu kelihatan teruk. Dia mula kelihatan pelik. Pakaiannya koyak rabak dan aku boleh nampak dengan jelas luka-luka di badannya. Ada yang masih berdarah. Namun, dia masih tersenyum. Entah apa yang buat dia gembira. Mungkin masih menunggu Baekhyun?

Kelihatan ada dua orang yang mungkin sebaya dengan Baekhyun muncul. Ada juga dua orang perempuan disisi budak itu.

"Guru muda dah meninggal. "

"Ma-cam mana bole-h meninggal? A--nak mak Cik seorang guru aje." Tergagap-gagap perempuan itu berkata.

"Disebabkan kepandaian guru muda dalam percaturan perang dan bermain pedang, raja mengarahkan Guru muda turut pergi berperang. Dia dah jadi satu sasaran penting bagi musuh. Askar lain leka sehingga tidak sedar guru muda telah diculik. Dan.. " lelaki senyap. Mukanya kelihatan bersalah akan apa yang dia mahu sampaikan.

"Guru muda mati dan mayatnya digantung di kubu musuh." Seorang lagi lelaki menamatkan cerita itu. Perempuan itu terus jatuh terduduk lalu menangis teresak-esak.

"Hyung...hyung..."budak lelaki itu berkata perlahan. Tangisnya mula melunturkan warna pada wajahnya. Mukanya kelihatan putih, urat mula muncul. Rambutnya juga bertukar warna menjadi blonde.

Bayangan itu lenyap. Diganti pula dengan seorang perempuan cantik. Dan tiba dua orang lelaki yang sama dan berkata benda yang sama.

"Bo? Korang tipukan! Joon Ji dah janji nak balik!" Dia tiba-tiba menjerit. Oh, nama lelaki yang serupa dengan Baekhyun tu Joon Ji.

"Maaf Cik. Guru muda sudah meninggal dalam peperangan. Kami pergi dulu. Apa-apa pertanyaan, jumpa kami di sekolah." Lelaki-lelaki itu berlalu pergi dalam kegelapan. Meninggalkan bayang perempuan menangis tu semakin malap dan akhirnya padam.

Aku teremung seketika. Kenapa tiba-tiba bayangan tu boleh ada depan aku? Apa yang diorang nak aku bongkarkan? Ada kaitan dengan Baekhyun ke? Joon Ji memang sebiji serupa dengan Baekhyun jadi mesti ada sesuatu yang berlaku.

Budak tu. Rasanya aku pernah dengar nama budak tu dari Baekhyun tapi setahu aku nama tu bukan nama seorang budak. Kalau tak silap, dia sebaya aku.

Aduh!! Dan kenapa aku boleh ada kat sini? Mana Baekhyun? Mana rumah aku? Aku kat mana sebenarnya? Ah!
________________

Tak tahu apa nama sekolah lama Korea yang ada peperiksaan awam jadi author-nim letak sungkyungkwan je. >_<  yup, Author-nim minat drama Sungkyungkwan Scandal. Tambah2 Song Joong Ki dan Yoo Ah In.

Sekarang ni, Descendant of the sun makin popular tapi author-nim tak pernah tengok lagi sebab author-nim tergila-gilakan drama Please Come Back, Mister. Entah kenapa cerita tu dibenci oleh classmates. -_-

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now