Tafan Afu Taf Futuff

1.6K 154 27
                                    

*Warning!!!! Bab ini amat teruk dengan darah, daging terburai...* *SORRY FOR CHEN, SUHO and D.O's FANS!!*

READ AT YOUR OWN RISK! (eh, betul ke tu? hihikz)


"Apa kita nak buat sekarang?" tanya Lay dengan keluhan berat. Dia menyandar pada dinding dan merenung lampu yang kadang-kadang terbuka dan kadang-kadang tertutup setiap kali Chanyeol ketawa di dalam bilik dikunci tu.

"KORANG SEMUA AKAN MATI!" jerit Chanyeol lagi dengan tempikan yang kuat. Pintu yang telah dikunci dengan rantai dan disandar dengan kabinet yang berat itu agak sedikit terbuka setiap kali Chanyeol menghentak sesuatu pada pintu itu. Suho hanya merenung pintu itu. Tangannya yang berdenyut itu tidak dihiraukan.

"Tengok kat luar weh!" jerit Sehun. Mereka bergegas pergi ke arah tingkap dan mendapati kawasan luar rumah bertukar gelap gelita dan tiada orang pun disana. Tiada apa-apapun yang dapat dilihat kecuali sungai yang mengalir dapat dilihat dan didengari.

"Kittt---kita terperangkap kat sini ke?" tanya Kai dengan wajah yang runsing. Mereka semestinya mahu pulang ke dunia sebenar namun melihatkan keadaan yang semakin teruk, mereka sudah putus asa untuk berharap lagi.

"Dah la... Kita mesti jumpa penyelesaiannya nanti. Tak payah risau. Walau bagaimanapun, kita mesti dapat keluar dari sini." Chen cuba memberi semangat walaupun dia sendiri tidak percaya dengan apa yang telah dikatakan. Reaksi semua member juga hambar. Semua hanya mengeluh dan merenung sesuatu yang tidak bernyawa dihadapan mereka.

"Hyung.." panggil Sehun. Matanya meliar memandang sekeliling.

"Mana D.O?" tanya Sehun. Matanya memandang tepat pada muka Suho.

___________________________________

"Apa benda ni?!" marah D.O apabila mendapati tangannya yang telah digigit oleh Chanyeol tidak berhenti mengalirkan darah. Malah darah hitam mencurah-curah keluar. Dia segera menghulurkan tangannya pada air yang mengalir dari paip sinki. Pedih namun dia tetap menekan luka itu sehingga sesuatu mula keluar.

"B--be-benang merah!" jerit D.O terkejut. Tangan kirinya segera menarik keluar benang merah itu namun tiada kesudahan. Dia mula berdebar apabila teringat kata-kata Chanyeol.

Aku ada beribu benang merah dalam badan aku....

Aku akan mati pada bila-bila masa aje....

Benang putus....

Perempuan tu mati, aku pun akan mati..

Dia boleh baca fikiran...

Gerak geri dikawal...

"Tak mungkin!!! Aku takkan jadi macam Chanyeol la!!! Tak mungkin!!!" D.O menjerit kuat. Tangannya segera mencapai pisau di sebelah sinki lalu meluru ke dalam tandas. Debaran di hatinya makin bertambah. Pisau yang masih berlumuran darah Chanyeol itu direnung sebelum tanpa sedar tangan kanannya menusuk pisau tersebut pada lengannya. Tanpa rasa sakit, dia mencarik kulit lengannya untuk mencari benang tersebut.

"Ada!"

Benang merah yang ada pada lengannya ditarik-tarik keluar dari badannya namun tetap tiada kesudahan.

Dia menyinsing seluarnya pula kali ni. Hangboknya sudah hilang entah ke mana, yang tinggal hanya pakaian putih. Pahanya itu segera dihiris dalam sehinggalah pisau itu terhenti pada tulang pahanya.  Sekali lagi dia merobek-robek isi pahanya mencari benda yang sama.

"Kat sini lebih banyak..." ujar D.O tidak percaya apabila melihat benang merah itu memenuhi isi pahanya bagai menggantikan urat saraf. 

D.O dengan sengajanya meletakkan pisau pada hujung kakinya lalu ditikam di situ. Selepas itu, dia menarik pisau yang masih tertikam disitu sehingga ke pahanya. Darah keluar, daging dan urat saraf mula terburai keluar memenuhi lantai putih itu. Benang merah turut perlahan-lahan keluar dari kawasan yang terburai itu.

Matanya terbuntang, perlahan-lahan mengeluarkan air mata darah seperti Chanyeol. Rasa sakit pada tangan yang digigit pula menjalar. Apabila melihat kesan gigitan itu, barulah dia sedar tangannya sudah berubah pucat dan menjadi buruk, seperti terkena air panas. Melecur teruk dan semakin lama kesan lecuran itu bergerak hingga ke paras lengannya. D.O ketawa.

"Huh! Kau nak kawal aku?! Kau ingat kau boleh?!" jerit D.O sebelum mencapai pisau yang masih tertusuk pada pahanya. Lengannya yang semakin memburuk itu direnung seketika. Dia sudah buat keputusan dan dia amat tekad. Dia takkan membunuh kawannya. Keputusannya,....

"Kenapa kau tak putus hah!"

"Aku tak nak kau!"

"Pisau apa macam ni!"

"Hei, putus la bodoh!"

"D.O, apa yang kau buat tu?!" jerit Chen dari luar tandas. D.O hanya memandang kosong pada pintu tandas yang bergegar kerana ditolak dari luar. Fikirannya kosong. Terlampau kosong sehingga... bukan sahaja dia sudah tidak kenal siapa yang memanggilnya malah dia sendiri tidak tahu siapa dirinya. Tanpa membuat sebarang bunyi, dia kembali mengerjakan tugasannya walaupun dia sudah tidak ingat untuk apa dia berbuat demikian. Kesan lecuran bukannya berhenti walaupun dia berbuat begitu dan tanpa disedari, kesan lecuran itu sudah memakan separuh badannya. Dia sudah seperti manusia wajah dua. Wajahnya pada sebelah lecuran sudah berubah, matanya sudah tiada kelopak, pipinya mencair dan menitis perlahan-lahan, kepalanya sudah terbelah dua dan menampakan otak.

"Kyungggg Soo...." Suho dan Chen tergamam melihat situasi D.O.

D.O memandang mereka berdua dan tersenyum sebelum mengangkat tangan kanannya.

"tafan afu taf futuff..."

"Apa kau cakap?"

"tafan afu taf futuff....."

"D.O?"

"tafan afu taf futuff...." D.O kembali mengerjakan tangannya yang hanya tinggal urat yang masih mencantumkan bahunya dengan lengannya. Pisaunya menikam-nikam setiap urat yang masih kuat tercantum. Mulutnya berulang kali mengucapkan ayat itu dan akhirnya Chen dapat mendengarnya dengan lebih jelas.

"Tangan aku tak putus...hyung, D.O kata tangan dia tak putus!!!" Chen menarik Suho keluar dari bilik air itu namun lampu segera mati.

"Cepat, hyung! Baik kita keluar dari sini." Chen berlari namun entah kenapa dia merasakan dia tidak bergerak ke mana-mana.

"Apa dah jadi ni?" tanya Suho perlahan. Akhirnya, mereka duduk ditepi kabinet tanpa bergerak seinci pun.  Chen menggeleng.

"Aku tak tahu hyung... Semua ni dah gila!" keluh Chen.

"Ya, femuanya faf fila!" Lampu terbuka dan serentak dengan itu D.O duduk mencangkung di depan mereka berdua. Sengihannya melebar menunjukkan giginya yang bersalut darah.

"SEMUANYA DAH GILA DAN AKU TAK NAK TENGOK KAU HIDUP LAGI!" jerit D.O dengan tangannya diangkat tinggi dengan pisau. Chen yang sempat mencapai dulang entah apa itu segera melindungi dirinya. Namun tekaannya salah. Bukan Chen yang menjadi tumpuannya namun Suho.

"H--hyungg.." Chen merenung Suho yang memengang perutnya. Pisau masih terpacak di perutnya.

"ARGHHHH!" D.O pula mengerang kesakitan. Dia kelihatan sepeti melawan sesuatu dalam badannya. Sesekali terdengar suara D.O yang berkata sesuatu namun diselangi pula dengan suara keras yang mengatakan dia akan bunuh mereka semua. Chen dan Suho tidak dapat mengesan apa yang diperkatakan namun ada air mata yang mengalir laju pada mata D.O yang tidak melecur.

"T--tarik keluar p--pisau ni.." arah Suho dengan peluh yang memenuhi dahinya. Sakit dan pedih menguasai dirinya. Chen hanya mengikut kata-kata Suho. Apabila dia menarik keluar, benang merah keluar dari badan Suho. Chen yang tidak perasan akan benang itu, menyentuh luka tusukan pisau itu. Tanpa dia sedar, beribu benang merah itu mula keluar dari badan Suho dan mencengkam tangan Chen.

"Eh, apa benda ni?" Chen yang baru perasan tentang benang itu pun merenung tangannya dengan lebih dekat. Pada saat itulah, benang merah itu berlumba-lumba memasuki mulut Chen. Chen memegang tekaknya yang terasa perit dan pedih. Dia muntah dan hanya darahnya sahaja yang keluar. Dia tidak sedarkan diri selepas itu. Suho ketawa lalu merenung D.O tajam. Akhirnya, suara D.O kembali jelas.

"Chen!! Suho bukan dia sendiri lagi! Aku sengaja tikam dia sebab---------"

"Kau dah terlalu banyak cakap Kyung Soo.... Terlalu banyak!"

----------------------------------------------------------

ERGHH,,, APO BONDO NI??

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now