Jiran Baru

2.4K 214 6
                                    

"Duduk kat sana baik-baik ya. Jangan nakal-nakal." Ujar seorang nenek tua yang merupakan jiran terdekat dengan rumah Chanyeol. Baekhyun tersengih smbil menggaru kepalanya.

"De. Jangan risau. Ni buah tangan dari saya. Maaf nenek, ni je sempat beli." Ucap Baekhyun malu-malu. Nenek itu hanya ketawa kecil sambil menepuk bahu Baekhyun.

"Nenek duduk sini sorang-sorang?" tanya Baekhyun melihat sekeliling ruang tamu rumah itu. Bila dilihat pada gambar-gambar itu, dia pasti nenek itu tinggal dengan seorang lelaki muda yang sebaya dia dan Chanyeol.

"Lelaki muda itu cucu nenek. Dia tinggal kat sini. Ada.... Beberapa sebab." Nenek tersenyum tawar apabila turut merenung gambar yang sama Baekhyun perhatikan. Baekhyun mengangguk perlahan.

"Oh, betul ke? Mana dia? Boleh la dia join kami kat rumah tu kadang-kadang. Sunyi jugak rasanya duduk dua orang aje kat rumah besar dan luas tu." Baekhyun berbasa-basi. Nenek itu terus merenung Baekhyun tajam.

"Jangan sesekali bawa cucu nenek masuk dalam rumah kamu. Cucu nenek tak pernah dijemput." Nenek itu berkata lembut walaupun kata-katanya agak kasar kedengaran. Baekhyun hanya mengangguk.

'Ala mungkin nenek tu ingat aku dengan Chanyeol ni budak bawak gejala tak baik. Tak pelik sebab mana ada orang muda macam kitorang nak beli rumah kat hutan tanpa sebab kukuh. Adoi, Chanyeol!' Keluh Baekhyun di dalam hati. Sedikit geram dengan Chanyeol yang degil. Ni la yang dikatakan indah khabar dari rupa. Bukan main lagi dia puji rumah tu , tengok-tengok macam tu pula yang dikatakan cantik.

"Eh, kalau ada apa-apa, nenek panggil je kitorang okay. Erm, rasanya saya dah kena balik ni. Nak masak makan malam pula." Ujar Baekhyun apabila dilihat jam hampir menunjukkan jam 7 malam.

"Iyalah. Mari nenek iring kamu ke pintu depan." Nenek itu bangun dari sofa lalu berjalan dengan tongkat ke pintu keluar.

"Lain kali datang la kat sini lagi. Nanti boleh kenal dengan cucu nenek tu." Ujar nenek itu gembira. Baekhyun tersenyum.

"Baiklah nenek." Baekhyun ingin berlalu pergi namun nenek itu memegang lengannya.

"Kamu kena berhati-hati. Kawan kamu pasti sudah dijemput oleh dia untuk tinggal kat sana. Tapi kamu... Mungkin kawan kamu yang menjemput kamu datang, tapi adakah dia  suka kamu? Jadi, fikir baik-baik." Kata nenek itu serius sebelum melepaskan lengan Baekhyun.

Baekhyun berjalan pergi dengan penuh persoalan. Dia memandang semula ke arah nenek itu, berharap nenek itu akan bagi sebarang hint, namun sia-sia.

"Ah, tak ade apa la. Chanyeol kata okay aje tinggal kat sana. Aku mesti la okay jgk. Aku pun manusia normal kan." Keluh baekhyun sambil berjalan perlahan.

"Hello?" Tanya seseorang yang memakai topeng Joker hingga menutupi tekaknya. Hanya mulut dan hidungnya saja yang kelihatan. Manakala bhagian mata dilekatkan cermin yang hanya orang di dalam topeng saja yang boleh nampak apa yang berada di luar, tapi orang di luar tak boleh nampak mata orang yg pakai topeng itu. Hampir terloncat Baekhyun apabila orang tersebut betul-betul berada di sisi dia.

"Kau jiran baru eh?" Kepalanya digoyangkan perlahan seperti sedang menghayati lagu rancak.

"De. Rumah kat depan sana." Jawab Baekhyun ringkas.

"Ah, rumah tu ke? Best tak duduk kat rumah besar tu? Aku tak pernah masuk. Bukan shaja dalam rumah, lepas dari pagar pun nenek tak bagi." Ramah dia berkata.

"La, kau ke cucu nenek tu?" Baekhyun mengangguk, mula tahu.

"De, nama aku Kim Geun Ji." Geunji menghulurkan tangannya yang memakai sarung tangan kait. Baekhyun mnyambutnya dengan pandangan pelik.

"Apasal pakai sarung tangan kat tengah-tengah musim panas ni?" Tanya Baekhyun lagi.

"Tak tahu. Nenek suruh pakai. Dia kata kalau aku tak pakai nanti orang takut dengan aku. Orang kata aku pelik macam hantu." Ucap Geunji tetap riang. Baekhyun merenungnya dengan pandangan yang belas kasihan. Tak sangka begitu kejam orang di kampung ni berkata-kata.

"Eh, betul ke aku dengar nenek aku kata rumah ni pelik. Hanya ada satu tingkap kat rumah tu tunjuk permandangan yang betul. Tingkap yang lain hanya imaginasi sahaja." Geunji berkata perlahan sambil merenung rumah Chanyeol itu. Baekhyun hanya menggerakkan bahu tanda tidak tahu.

"Geunji! Balik makan malam!" Suara nenek tadi kedengaran kuat dengan iringan loceng.

"Nenek dah panggil. Jumpa lagi tau." Geunji yang setinggi baekhyun itu segera berlari anak meninggalkan Baekhyun yang tak habis menatapnya. Namun, Baekhyun perasan rambut Geunji yang terkeluar sedikit dari topeng.

"Ceh, berfesyen jugak budak kampung ni !" Ujar Baekhyun apabila melihat warna rambut Geunji seakan - akan berwarna blonde.
( -_- '  Baek !?)
__________________

"Kau pergi mana?" Tanya Chanyeol. Dia juga yang terpaksa memasak seorang diri apabila dilihat Baekhyun tiada dalam rumah. Baekhyun tersengih sahaja.

"Aku pergi kenal-kenal dengan jiran aje. Nenek dengan cucunya, Geunji. Diorang ramah dan baik tau." Baekhyun ketawa perlahan.

"Jiran? Mana ada jiran kat sini." Chanyeol memandang Baekhyun pelik.

"Mengarut la kau ni. Mari aku tunjuk." Baekhyun menarik Chanyeol ke tingkap di ruang tamu.

"Tu apa!" Tanya Baekhyun.

"Tu ... Hutan la. Tengok!" Chanyeol menunjukkan ke arah luar tingkap mengejutkan Baekhyun. Memang tak ade apa-apa!

"Tapi aku pergi kat sebuah rumah kat situ. Siap masuk dalam rumah lagi tau! Bercakap dengan nenek dia. Dan... Ah, aku pun jumpa Geunji kat depan rumah tadi." Kalut Baekhyun cuba jelaskan namun Chanyeol hanya memandangnya pelik.

"Dah la. Jom makan." Chanyeol meninggalkan Baekhyun yang terpinga-pinga merenung ke luar rumah. Tetap tak ade apa-apa.
______________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now