Hyung, dah gila!

1.5K 142 5
                                    

"Aku...rasa tak sedap hati la.." Gumam Xiumin sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya memandang sekeliling, seperti menantikan sesuatu. Namun, dia sendiri tidak tahu apa yang dinantikan.

"Aku pun..." Sambut Lay. Tangannya agak menggeletar. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana dia sudah tidak faham apa yang berlaku sekarang ni. Misi untuk datang ke dunia baru ni pun sudah terbengkalai.

"Korang rasa.. boleh ke... kita keluar dari sini hidup-hidup?" Tanya Kai. Dia menyentuh luka pada perutnya yang semakin pedih. Kakinya terseliuh akibat tersadung ketika melarikan diri semasa terdengar jeritan D.O dan Chen.

"Aku rasa diorang akan cari aku." Ujar Sehun. Kepalanya mula mengingati kembali kejadian itu.

____ (FLASHBACK)_______

"Aku rasa..aku nak pergi ambil pisau kat dapur. Kalau ada apa-apa berlaku, kita boleh pertahankan diri." Ujar Baekhyun seraya bangun dari tempat duduknya.

"Aku temankan." Tawar Sehun. Baekhyun mengangguk faham.

"Kalau jadi korang dengar apa-apa, pergi masuk bilik Joonji." Bisik Sehun kepada Xiumin. Xiumin membuat thumb up kepada Sehun.

"Hati-hati." Ujar Lay.

Baekhyun dan Sehun mula bergerak ke tangga. Mereka berjalan perlahan-lahan dan amat berwaspada dengan keadaan sekeliling.

"-#*3;#++@*3: " mereka terdengar bunyi bising di dapur namun langsung tidak dapat meneka apa yang diperkatakan. Baekhyun dan Sehun mengintai dapur melalui celah pintu.

"Kau terlalu banyak cakap Kyung Soo... Terlalu banyak!" Jerit Suho kuat dan lantang. Tangan kiri Suho yang berlumuran darah menekup mulut D.O. Kemudian, dia mengambil pisau yang digunakan oleh D.O tadi lalu dikepitkan pada mulutnya. Tapak tangan kanannya ditusuk pada hujung mata pisau sehingga berlumuran darah. Benang merah segera keluar dari luka tersebut.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now