Prolog

4.6K 258 5
                                    

"Yeah! Aku dah beli rumah!" Chanyeol menjerit riang apabila tiba di dorm Exo. Mereka memandang Chanyeol.

"Kat mana?" Tanya Xiumin.

"Kat tepi hutan simpan! Dah la murah, permandangan pulak cantik, ada sungai, rumah besar, nyaman.. Erm, semuanya bagus la! Ada 3 tingkat sekali dengan loteng. Ad ruang bawah tanah tau." Ucap Chanyeol lagi. Baekhyun kelihatan gembira.

"Mesti ada banyak pokok- pokokkan. Bestnya!" Baekhyun mula berimaginasi.

"Sekarang ni aku tengah cari roommate sebab rumah besar sangat. Boring kalau duduk sorang." Chanyeol duduk di atas sofa bersama Chen Dan Sehun. Lay yang berdiam diri tu tiba-tiba berminat.

"Aku boleh?" Tanya lay. Semua mata memandangnya.

"No hal!" Ujar Chanyeol. Selesai masalah.

"Korang rasa amacam?" Tanya lay lagi.

"Tak payah la. Sape lagi nak main gitar malam-malam kalau kau dua orang tak ade dah?" Suho mengeluh. Lay hanya mengangguk. Tidak terasa hati pun sebenarnya.

"Ala, nanti aku tinggal dengan kau sementara kau cari roommate." putus Baekhyun tanpa berkalih fokus dari televisyen.

"Nampak gaya, senyap la dorm ni." Sindir Sehun, membuat muka sedih dalam gembira. Baekhyun mengetuk kepalanya.

"Kau diam!" Marah Baekhyun.

"Esok aku datang lagi. Kau packing siap-siap okay?"
________________

"Jadi, ni la... rumah baru kau?" Tanya Baekhyun tak prcaya.

"Ha'ah! Cantik kan!!" Chanyeol tersengih sambil menolong Baekhyun mngeluarkan beg-beg.

"Kenapa..." Baekhyun menelan liur, takut.

"Nampak mnyeramkan?" Tanya Baekhyun perlahan. Cukup untuk Chanyeol saja yang mendengar apa yang dikatakan. Rumah tu memang besar tapi.... Nampak usang. Seperti rumah yang ditinggalkan sejak beratus tahun. Suasana ni bukan nyaman, tapi suasana yg terlalu sejuk dan suram. Jauh dari bandar. Jauh dari rumah-rumah lain. Ni memang rumah yang terasing yang berada di tengah-tengah hutan!

"Eh, apa pulak macam tu? Aku tidur sorang-sorang semalam, okay je." Chanyeol tersenyum pucat. Tidak mahu menakutkan kawan baiknya tu.

"Masuk!" Arah Chanyeol dengan senyuman melebar. Tak sabar untuk Baekhyun melihat susun atur rumah itu.

"Apa benda semua ni!?" Suara baekhyun tersekat di kerongkong.semuanya kelihatan klasik! Seperti berada di rumah pada zaman dahulu. Zaman tradisional. Zaman semua orang memakai hangbok.

Gambar-gambar hitam putih entah siapa masih tersangkut di dinding. Sarang labah-labah masih terlekat di sana sini di ruang tamu. Suasana yang gelap walaupun sudah dibukakan tingkap. Kerusi-kerusi lama pun masih tersusun rapi. Almari dan meja nampak berhabuk. TV pun...tv yang berwarna hitam putih.

'Aduh, baru tengok separuh dah seram sejuk. Belum masuk satu-satu bilik lagi. Entah apa yg aku jumpa lepas ni. Mintak-mintakla tak ade apa.' Bisik Baekhyun di dalam hati.

"Jom naik atas. Bilik kau ada kat sana." Chanyeol melangkah meninggalkan Baekhyun yang masih merenung gambar-gambar di ruang tamu.

Apa yang kau buat kat sini?

Baekhyun segera berpaling ke sisinya. Terasa ada seseorang yang turut merenung gmbar sebuah keluarga di hadapannya dan suara yang sangat jelas kedengaran dengan loghat lama.

"Eh?" Baekhyun memandang 2 buah pintu paling besar di tepi tangga.

"Pintu apa benda ni?" Baekhyun menarik keluar palang besar yang berada di tengah-tengah pintu. Dia membuka pintu perlahan namun apa yang dia nampak hanyalah permandangan di belakang rumah.

"Oh, pintu belakang. Pelik. Kenapa ada dua?" Dia memandang pelik. Kedua-duanya menghala ke belakang rumah. Apa kegunaan 2 pintu yg sama? Namun ada suatu yang menarik perhatian dia.

"Chanyeol! Kau buat apa kat belakang rumah?" Tegur Baekhyun. Chanyeol memakai hangbok lelaki sambil berjalan-jalan sendirian di luar sana.

"Chanyeol!" Panggil Baekhyun lagi namun tiada respon.

"Kau panggil aku?" Suara di belakang mengejutkan Baekhyun. Tersirap bulu romanya melihat Chanyeol di belakang. Memandangnya dengan pandangan pelik.

"Tapi..kau kat belakang... Pakai baju-"

"Kau ni kuat sangat tengok cerita hantu. Aku kat atas, tengah kemas bilik kau. Berhabuk sangat." Chanyeol memotong kata-kata Baekhyun yang dirasakan tidak masuk akal.

"Tapi, kau betul-betul kat sana. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri!" Marah Baekhyun. Chanyeol hanya menggaru kepalanya. Tidak tahu yang mana betul.

"Dah la. Jom pergi atas. Tengok bilik kau." Chanyeol mengeluh sebelum melangkah bersama Baekhyun ke tingkat atas.

"Ni bilik kau. Sebelah bilik aku. Apa apa hal kau panggil je. Pasti dengar punya." Chanyeol segera pergi ke biliknya, membiarkan Baekhyun membiasakan diri.

"Apasal dia tiba-tiba nak beli rumah macam ni?" Keluh baekhyun tak puas hati.

"Baek, lepas ni turun ke dapur. Join aku masak makan malam. Okay?" jerit Chanyeol dari biliknya.

"Okay." Jerit Baekhyun semula. Cepat-cepat dia mengemas pakaiannya.

"Cantik." Ucap Baekhyun sendirian apabila merenung ke luar tingkap. Tanpa sedar, ada sebuah rumah yang berada tidak jauh dari rumah Chanyeol.

"Rasanya kena pergi berkenal-kenalan. Nasib baik ada beli kek beras tadi." Ujar Baekhyun perlahan sebelum masuk ke bilik mandi yang kelihatan moden berbanding benda lain di rumah itu.
_____________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now