Kisah sebenarnya!

1.6K 145 13
                                    

Warning : boring chapter! Banyak sangat time skip.. Huhu

"Eh, apa Chanyeol buat kat sini?" Tanya Lay sambil menggaru kepala apabila melihat Taeji di hadapan matanya.

"Tu Taeji la!" Ujar Baekhyun. Lay hanya mengangguk.

Mereka semua tiba di rumah yang sama. Tetapi mereka berada di hadapan Taeji dan ommanya yang sedang berbincang sesuatu dengan serius. Sehun melambai-lambai tangannya di hadapan muka Taeji, namun tiada reaksi. Mereka sudah pergi ke masa lampau pula!

Baekhyun cuba menyentuh badan Taeji namun tangannya tidak dapat menyentuh dan telah tembus ke dalam badan Taeji. Mereka sebenarnya bayangan di situ.

"Omma.. Tolong la.. Saya tak nak adik saya mati." Taeji melutut depan ibunya. Ibunya kelihatan serba salah.

"Taeji.. Geunji anak omma juga. Omma takkan seksa dia macam tu sekali." Ibu mengeluh.

"Kalau omma tak layan Geunji macam tu...dia...dia akan dibunuh oleh Shi Eun. Omma, saya sukakan Shi Eun." Ujar Taeji yakin. Tanpa dia sedar, Eunju masa lalu ada disebalik tangga itu. Patah hatinya mendengar apa yang diperkatakan Taeji.

"Kurang ajar!" Xiumin menyinsing baju hangboknya lalu menerpa ke arah Taeji namun dia terus menembusi badan Taeji pula. Sehun dan Kai segera menarik Xiumin apabila melihat Xiumin masih belum berpuas hati.

"Dah la hyung!"

"Benda dah berlaku la."

Baekhyun memandang wajah Eunju, yang merupakan bayangan, terpancar reaksi yang sedih dan patah hati. Sekarang , dia tahu kenapa atuknya dihantar kepada keluarga angkat.

"Apa yang kamu cakapkan ni, Taeji!? Kamu sudah berkahwin!" Marah ibu. Namun Taeji menggeleng.

"Omma.. Dia bukan pilihan saya. Raja yang memperkenalkan saya pada Eunju. Dan untuk memuaskan hati raja, saya sanggup berkahwin dengan Eunju." Begitu sekali taatnya Taeji pada raja Joseon itu. Namun, ibu tetap tidak dapat menerima kenyataan.

"Omma...tolong la..saya pun sayangkan adik saya itu tapi... Shi Eun ialah perempuan yang gila akan kuasa. Dan kuasa yang dia nak tu ada pada Geunji sahaja. Kalau omma layan Geunji dengan teruk, dia pasti akan fikir darah Geunji sudah tak berguna.. Pasti dia akan hentikan niat dia untuk membunuh Geunji." Taeji mengenggam tangannya kuat sehingga nampak beberapa urat biru timbul pada permukaan belakang tapak tangannya yang putih pucat itu. Ibunya memerhati lama ke arah anak sulungnya itu.

"Maaf.. Omma tak sanggup."

"Kalau begitu, omma mahu anak omma dibunuh Shi Eun?" Tanya Taeji terkejut.

"Selagi omma hidup, dia tak akan dapat buat apa-apa!" Putus Omma. Semuanya tergamam melihat situasi itu.

"Jadi, apa yang buat omma ubah fikiran?" Tanya Baekhyun. Eunju memandang Baekhyun sebelum bergerak ke masa selepasnya pula.
_______________
"Joonji!" Satu suara datang dari belakang mereka. Perlahan-lahan keadaan sekeliling semakin jelas iaitu di sekolah sungkyunkwan.

"Dee... Ermm..apa nama dia? Aku dah tak ingat." Baekhyun cuba mengingati nama lelaki itu. Dia pasti dia pernah bercakap dengan lelaki itu. Kawan baik Joonji.

"Ah, Dei Po yah!" Bayangan Joonji muncul dihadapan mereka. Entah kenapa, dia kelihatan bersinar di bawah cahaya matahari. Tersenyum lebar memandang Dei Po. Dia... Dia kelihatan ...sempurna. Terpana mereka berlima melihat wajah sebenar Joonji yang hidup itu.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now