Rahsia Geunji

2K 178 5
                                    

"Aku tak normalkan." Dia menunjukkan tangannya yang putih melepak sehingga setiap satu urat pada tangannya dapat dilihat dengan jelas. Baekhyun menarik tangan Geunji lalu ditenung tajam.

"Seluruh badan aku macam ni." Geunji ketawa kecil tetapi kedengaran hambar. Mungkin sebab ni la semua orang takut pada Geunji.

"Biar aku tunjuk muka aku. Tapi aku harap kau tak takut." Geunji merenung Baekhyun. Meminta kepastian. Baekhyun mengangguk, dia betul-betul mahu melihat bagaimana rupa Geunji sehinggakan Geunji perlu berpakaian sebegini dari kecil.

Geunji menarik topengnya.

Baekhyun tergamam. Lama dia merenung wajah Geunji. Kulitnya sangat putih. Tak pernah Baekhyun melihat lelaki atau wanita yang sebegitu putih. Matanya tajam berwarna biru muda dan cerah. Wajah dan tekaknya dipenuhi pelbagai warna urat yang jelas. Rambutnya sangat lebat hampir mencecah tengkuk dan betul-betul berwarna blonde pudar. Hampir putih namun masih kelihatan kekuningan lembut. Bibirnya nipis dan berwarna merah jambu seperti perempuan. Kening dan bulu matanya agak lebat tetapi berwarna perang pudar.

"Kau mesti takutkan." Ujar Geunji lalu menyarung semula topengnya. Dia tersenyum.

"Tapi, kenapa dalam gambar kau nampak lain?" Tanya Baekhyun. Tidak sedar bahawa soalannya menyebabkan Geunji terasa.

"Eh, apa nama kau? Bukan main berbual, nama kau pun aku tak tahu."

"Baekhyun. Byun Baekhyun." Baekhyun tersenyum. Dia faham Geunji tidak mahu meneruskan perbualan ni. Sudah semestinya Geunji terasa hati dengan layanan orang sekeliling terhadapnya.

"Eh, aku nak cerita sesuatu kat kau sebab kawan baik aku sendiri pun dah tak percayakan aku." Ujar Baekhyun. Entah kenapa dia mahu berkongsi dengan Geunji yang entah faham atau tidak.

"Mari ikut aku!" Geunji berjalan diikuti Baekhyun mendekati sungai yang terletak di tepi rumah Chanyeol.

"Apahal kena duduk kat sini?" Tanya Baekhyun pelik. Mereka duduk di tebing sungai. Sungai yang cantik. Airnya jernih sampai boleh tengok apa yang ada dalam sungai.

"Nenek kata, dia dalam rumah kau tak dapat dengar apa-apa dari sungai. Dia tak boleh datang dekat pun dengan sungai ni." Geunji mula berbaring di atas rumput yang menghijau di sisi sungai diikuti Baekhyun.

"Kau sebenarnya manusia ke?" Tanya Baekhyun.

"Ni la aku tak nak tunjuk muka aku kat kau. Tengok! Kau pun kata aku hantukan!" Geunji mengeluh kasar. Menyesal mula menguasai dirinya.

"Bukan tu maksud aku." Tolak Baekhyun cepat-cepat.

"Aku cuba tunjukkan kat kawan aku yang kau dengan nenek kau wujud. Tapi dia tak nampak langsung." Ujar Baekhyun. Geunji hanya ketawa kecil.

"Kawan kau dah kena khayal." Ringkas Geunji menjawab. Baekhyun menggeleng tanda tidak faham.

"Kalau kau pernah jumpa, ada seorang perempuan pakai hangbok. Dia la yang kawal rumah tu." Geunji berkata perlahan. Takut juga kalau-kalau ada benda main pula yang curi dengar.

"Aku pernah nampak dia semalam!" Baekhyun mula mengimbas kembali 'mimpi'nya. Entahkan benar atau tidak apa yang berlaku. Tiba-tiba jam di pergelangan Geunji mula berbunyi nyaring.

"Ah, aku kena balik." Geunji bangun dari baringannya. Baekhyun turut melakukan benda yang sama.

"Habis macam mana aku nak kembalikan kawan aku?" Tanya Baekhyun kedengaran terdesak yang amat. Geunji kelihatan tersenyum.

"Aku rasa kawan kau dah masuk ke dalam dunia baru." Geunji mereunung rumah Chanyeol yang makin lama, makin seram.

"Dunia baru?"

✔The New World (EXO Horror Story)Där berättelser lever. Upptäck nu