Rasuk

1.6K 159 6
                                    

"Geunji.. Geunji." Keluh Baekhyun perlahan. Matanya menala ke arah gambar Geunji yang pernah dilihat ketika di dunia sebenar dahulu. Budak tu sedang tersenyum riang di samping Joonji tanpa topeng pelik yang selalu dipakai itu. Member lain sudah tidur lena manakala Baekhyun dan Sehun perlu berjaga pada malam itu.

"Kai! Aku jumpa Kai!!" Jerit Sehun keriangan. Tangannya menarik lengan Baekhyun lalu dibawa ke arah tingkap di ruang tamu. Baekhyun memandang lelaki yang dikatakan sebagai Kai itu dengan pelik. 'Kai' itu sedang melambai-lambai di halaman rumah.

"Tingkap!! Aku ingat apa yang Geunji pernah cakap pasal tingkap! Sehun, kau jangan sesekali buka pintu walaupun 'Kai' yang itu paksa!" Baekhyun menepuk dahinya perlahan. Kenapa sekarang baru dia ingat semua ni?

"Baik la Hyung! Joonji hyung pun ada cakap begitu juga." Jawab Sehun lagi. Baekhyun hanya menggeleng kepala apabila baru sedar bahawa Sehun masih dalam khayalnya. Baekhyun terus mengunci pintu lalu ditarik Sehun ke ruang tamu semula, di mana semua member sedang tidur.

"Bangunkan semua orang." Arah Baekhyun serius. Tangannya segera mengambil pelita yang terletak pada pintu keluar lalu di bawa ke ruang tamu semula. Matanya dapat menangkap member yang baru bangun tidur dan masih dalam mamai itu.

"Kenapa kejutkan kitorang? Ngantuk la." Rungut D.O tidak puas hati. Tangannya menggosok mata bulatnya yang masih merah.

"Aku rasa ada suatu yang aku ingat masa aku berbual dengan Geunji dulu. Tingkap!" Baekhyun duduk di atas lantai dan mengadap setiap member. Dengan automatiknya, mereka terbangun dari mamai apabila menatap wajah serius Baekhyun.

"Apasal dengan tingkap pulak?" Lay menggaru kepala, keliru. Tak mungkin bagi fikiran logiknya bahawa tingkap boleh selesaikan masalah yang rumit ini. Baekhyun juga sedar bahawa member masih berteka-teki dengan akal fikiran sendiri.

"Ada satu tingkap dekat rumah ni yang menunjukkan permandangan yang benar. Hanya satu!" Baekhyun meluruskan jari telunjuknya bagi mengisyaratkan nombor satu.

"Habis tu?" Tanya Suho masih kebingungan.

"Kat luar sana ada 'Kai'. Dan aku pasti 100% bahawa tu bukan Kai yang sebenar. So, tugas kita semua sekarang ni ialah cari setiap tingkap kat dalam rumah ni yang buat korang tak nampak 'Kai'." Ujar Baekhyun bersungguh. Ini sahaja peluang yang mereka ada untuk keluar dari sini. Dan dia perlu cepat sebelum apa-apa terjadi pada Chanyeol dan Kai.

"Tapi kalau Kai yang kat luar tu sebenarnya Kai yang betul macam mana?" Tanya Chen kurang senang. Takut langkah-langkah yang diambil hanyalah sia-sia belaka. Baekhyun memandang dalam ke dalam anak mata Chen, Xiumin, D.O, Sehun, Suho dan Lay. Dia meletakkan tangannya pada dadanya lalu menepuk dadanya beberapa kali.

"Percaya pada aku. Hati aku kuat mengatakan perempuan sihir tu orang yang paling licik. Dia tak akan mudah-mudah bagi Kai dan Chanyeol macam tu aje."

"Bila nak start ni?" Tanya D.O, turut tidak sabar untuk bebas dari rumah itu.

"Sekarang! Lagi cepat kita cari, lagi cepat kita keluar dari sini." Baekhyun tersengih membentukkan sengihan segi empatnya itu. (Cutee!!)

"Kau kat mana selama ni sampai kau tak tahu pun orang dalam rumah ni semua mati?" Tanya Xiumin bijak. Baekhyun tersenyum. Dia tahu semua orang akan pelik apabila dia seorang saja tak tahu tentang kematian keluarga Geunji sedangkan sudah lama dia berada di situ.

"Joonji kan mengajar di Sungkyungkwan. Jadi, aku hanya pulang sebulan sekali. Bila aku pulang suatu hari tu, aku nampak Geunji seorang saja yang ada dekat rumah. Tapi dia hanya berkurung dalam bilik lotengnya aje. Aku pun pelik. Lepas tu, aku jadi tak tentu arah kerana terlalu lama berada kat sini tanpa seorang pun orang yang aku kenal dan Geunji perasan benda tu. Tiba-tiba dia bertukar macam Geunji yang aku jumpa masa kat dunia sebenar dan cakap yang sebenarnya dia dah mati." Baekhyun menggeleng kepalanya perlahan. Walaupun dia betul-betul nak keluar dari dunia itu, dia masih sangat sayangkan Geunji. Mahu sahaja dia bawa Geunji tinggal bersamanya namun Geunji sebenarnya sudah mati.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now