Bab 27

10.4K 322 22
                                    


Perlahan-lahan aku mencelikkan mata. Terasa berat sekali untuk aku membuka kelopak mata ini. Rasa ngantuk masih menguasai diri aku. Selepas menunaikan solat subuh yang agak lewat tadi, aku kembali menyambung tidur. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini cepat sahaja aku terlelap dan tidak kurang juga dengan tubuh badan aku yang cepat penat. Buat kerja tak adalah berat sangat pun tapi dah badan nak mengada-ngada berpenat bagai.

Aku segera mencapai iPhone yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katil. Keluhan kecil aku luahkan tatkala melihat angka yang jelas menunjukkan pukul sebelas pagi. Begitu lama aku tidak sedarkan diri tanpa dikejutkan oleh sesiapa. Selalunya ada Nazmi yang membangunkan aku akan tetapi, suami aku tidak dapat menamani aku sejak dua malam yang lalu disebabkan tuntutan kerja yang meminta Nazmi ke luar negeri.

Hari ini masuk hari ketiga aku tidak bersua muka dengan lelaki tercinta aku itu. Perasaan rinduku terhadap dia sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Hati ini meronta menginginkan dia kembali ke sisiku. Aku perlukan dia. Aku perlukan kehangatan tubuhnya. Terasa rindu untuk berada dipelukan suami aku.

Aku tersentak apabila iPhone di tangan tiba-tiba berdering. Hatiku berbunga-bunga di saat melihat nama orang yang sedang dirindui tertera di skrin iPhone.

"Assalamualaikum sayang..." Nada suara menggoda Nazmi kedengaran di corong telefon. Aku tersenyum bahagia. Bahagia bila dapat mendengar suara walaupun aku lebih mengharapkan untuk bertemu dengan empunya suara. Aku rindukan Nazmi.

"Waalaikumussalam..."

"Na? Na tak sihat ke sayang? Kenapa suara Na lain macam ni?" Soal Nazmi tiba-tiba. 

Aku terkelu. Nazmi dapat rasa ke aku memang tidak berapa sihat sekarang ini? Badan aku terasa panas dan terasa seperti tidak bermaya untuk duduk.

"Sayang..." Panggil Nazmi meleret apabila aku hanya berdiam tanpa menjawab pertanyaannya terlebih dahulu. 

Aku berdeham membetulkan suara. Aku tidak mahu dia risaukan aku. Aku ingin dia fokus pada kerjanya di sana sahaja. Cepat selesai kerja, cepat jugalah dia balik ke rumah. Aku benar-benarkan perlukan dia tika ini.

"Na sihat aje. Cuma Na baru bangun tidur." Jawabku pula.

"Seriously sayang? Dah pukul sebelas ni. Na tak sihat ke?" 

Aku tersenyum kelat. Aku cuba untuk menahan sebak yang tiba-tiba bertandang di hati. Aduh.. dah kenapa aku cepat emosional pula ni?

"Na terlelap lepas solat subuh tadi. Tak sedar dah pukul sebelas. Na sihat aje abang. Abang apa khabar? Abang sihat?" Giliran aku pula untuk bertanya.

"Abang sihat cuma hati abang saja yang tak berapa nak sihat. I miss you sayang.. "

"I miss you too abang. Na rindukan abang sangat-sangat." Balasku tanpa rasa segan. Rasa rindu sudah sarat di dada dan tidak mampu untuk aku tanggung lagi. Biar Nazmi tahu apa yang aku rasakan saat ini.

Gelak tawa Nazmi kedengaran buat seketika sebelum dia kembali senyap. Keluhan berat terlepas di bibir suamiku itu.

"Lambatnya tunggu hari lusa... abang dah tak tahan rindukan sayang abang ni." Aku tersenyum kelucuan mendengaran omelan kecil Nazmi. Aku juga punya rasa yang sama dengan dia.

"Tak lama mana pun abang.. lusa aje. Lusa abang dah boleh jumpa saya, peluk saya dan saya pun dah boleh tengok abang puas-puas. Buat masa sekarang ni, abang fokus pada kerja abang aje." Pujukku. Aku tidak mahu dia kehilangan fokus semasa bekerja. Tapi aku kenal Nazmi. Dia bukanlah seorang yang suka mencampuradukkan masalah peribadi dengan masalah pekerjaaan.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now