Bab 15

8.7K 301 0
                                    

"Morning sayang.."

Buka mata sahaja wajah kacak Nazmi yang aku pandang dahulu. 

Alangkah bahagianya jika setiap hari seperti ini. Dapat melihat wajah suami di awal pagi.

Aku duduk bersandar di kepala katil sambil menggosok mata. 

Selepas solat subuh tadi, aku dan juga Nazmi menyambung tidur kembali memandangkan penat masih dirasai. 

Rasa malu pula bila suami yang bangun dahulu.

"Okey tak pagi ini?" soal Nazmi sambil tersenyum memandang wajah aku. 

Senyuman dia nampak gatal sikit.

Tiba-tiba kejadian malam tadi menerpah ke dalam ingatan aku. 

Pipi aku rasa panas menahan malu. Malu untuk bertentang mata dengan Nazmi.

"Diam pula?" usik Nazmi.

Tengok senyuman nakal dia, aku tahu dia dah tahu aku tengah malu sekarang ini. 

Tapi.. apa yang nak dimalukan lagi? Nazmi suami sah aku dan dia berhak untuk aku.

"Awak jangan kacau. Saya nak ke dapur dulu." 

Aku menyelak selimut.

Belum sempat aku turun dari katil, Nazmi tarik aku ke dalam pelukannya. 

Dah kenapa pula?

"Nak mengelak dari saya erk?"

"Elak untuk apa? Saya nak turun dapur tolong apa yang patut. Awak lepaslah dulu." Pinta aku.

"Tak nak. Saya nak peluk awak jugak babe."

Aku tersenyum bahagia. Bahagia berada dipelukan lelaki kesayangan. 

Perlahan-lahan aku balas pelukan Nazmi.

"Thank you so much sayang."

"What for?" soal aku.

"Last night.."

Aku cubit pinggangnya. Aku tak nak ungkit lagi sebab malu.

"Pedihlah babe. Nak ucap aje pun salah." 

Nazmi memuncung bibirnya. Tunjuk protes sebab kena cubit.

"Kenapa nak berterima kasih lagi pada saya. Itukan dah memang tugas saya untuk menjadi isteri awak. Saya nak awak bahagia di sisi saya Mi. Saya sayangkan awak."

Nazmi cium bibirku sekilas sebelum membawa aku ke dakapannya semula. Ubun-ubunku dicium.

"I'm glad to hear that babe.. terima kasih sekali lagi sebab percayakan saya. Na dah buat cinta saya pada Na lagi bertambah-tambah tau. I love so much sayang."

"I love you more sayang." Balasku perlahan. Sungguh aku cintakan dia.

Tiba-tiba Nazmi melonggarkan pelukan dan daguku diangkat untuk memandang dia.

Aku kehairanan. 

Tapi hanya sektika bila aku mula perasan senyuman dia. Senyuman nakal dan.. menggoda.

Oh tidak.. jangan cakap dia..

Tidak sempat aku nak berkata, dia terlebih dahulu bertindak untuk menghentikan semuanya.

Aku terkaku.

Kalau nak jadi seorang isteri yang terbaik untuk suami, ikut sajalah kehendak si suami walaupun perut tengah kelaparan.

Aduhai.. suami aku tak menyempat langsung.


Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now