Bab 4

8.9K 298 0
                                    

"Babe, kau cari siapa?"

             Pertanyaan Liza menyebabkan mataku yang melilau melihat orang ramai di kafe itu terhenti dan menoleh kearahnya. Alamak, ketara sangat ke aku seperti mencari seseorang?

              Ya, aku memang tengah mencari dan menunggu untuk si 'dia' datang menyapaku seperti selalu. Sudah hampir sejam aku duduk di kafe ini, dan aku masih tidak melihat kelibatnya. Aku tahu dia selalu berkunjung ke kafe ini kerana aku selalu nampak dia di sini.

            Mana pula dia pergi menghilang?

            "Babe, kau okey tak ni?" soal Liza padaku. 

           Aku hanya diam. Fikiranku melayang menanti lelaki itu datang. Kenapa aku harap sangat dia datang jumpa aku?

          "Babe, kaki kau dah okey ke?" 

           Liza masih tidak berputus asa untuk mengajukan soalan kepadaku. Nak ajak berbuallah tu!

         "Dah okey.." balasku perlahan.

            Alhamdulillah kaki aku yang terseliuh akibat kes ragut tempoh hari sudah beransur sembuh. Disebabkan kaki aku terseliuh, pergerakanku menjadi terhad. Aku juga mengambil cuti selama seminggu sehingga kaki aku sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.

             Dan selama seminggu ini jugalah aku tidak mendengar khabar berita lelaki itu. Lelaki yang suka menggangguku tetapi dia jugalah lelaki yang membantuku semasa kemalangan yang menimpa aku tempoh hari.

           Thanks to him. Sebab dia tolong, aku selamat sampai rumah.

          Tapi masalahnya aku tak jumpa dia lagi. Jangan-jangan lelaki itu sudah berhenti untuk mengganggu aku. 

          Aku ada cakap yang menyakitkan hati dia ke?

          Kenapa hati ini tiba-tiba sedih. Aku sedar aku sudah mula menerima kehadiran lelaki itu. Kerana sifatnya yang baik hati itu, aku mula tahu lelaki itu baik sebenarnya.

          Bak kata Liza, mungkin dia ingin berkawan dengan aku. Ya, mungkin juga. Aku boleh sahaja menjadi kawan dia kalau itu yang memang dia inginkan tapi kenapa sekarang dia tak cari aku?

           "Babe, kelas dah nak mula.. jomlah." 

           Ajakan daripada Liza mematikan lamunan panjangku. Buat penat sahaja menunggu kelibat lelaki itu datang tetapi hampa. Dia tak muncul pun.

          Aku bangun dengan malas. Tiba-tiba tak ada mood nak hadiri kelas tapi aku gagahi juga kakiku melangkah ke kelas bersama-sama Liza.


*****************

Sudah sebulan berlalu sejak kejadian aku diragut. Selama sebulan ini juga aku rasa hari-hariku kosong dan hambar. Mungkin sebab tiada lagi lelaki yang masih tidak aku kenali sehingga kehari ini yang sering menyapaku diawal pagi.

               Sungguh aku rindu disaat dia menegurku dulu walaupun ketika itu aku benci ditegur olehnya. Tapi pelik, sekarang aku rindu. Rindu nak tatap wajah lelaki itu.. 

           Alahai, apa nak jadi dengan aku ni sebenarnya?

          Agaknya kat mana lelaki itu sekarang berada. Dah sebulan aku mencari dia. Penat kaki aku pusing setiap kampus di universiti hanya untuk mencari dia. Tapi tak jumpa.. 

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now