Bab 21

8.7K 298 1
                                    

Majlis pagi ini begitu meriah. Sangat berbeza dengan majlis resepsi aku di ibu kota. 

Aku lebih suka suasana seperti ini. Dikelilingi dengan orang kampung yang baik dan peramah.

Aku alihkan mataku memandang ke sebuah meja yang menempatkan ahli keluarga. Semua ahli keluarga aku turut sama meraihkan hari bahagia aku ini walaupun wajah kelat mama dan Naina jelas kelihatan yang mereka tidak berapa selesa dengan suasana kampung seperti ini. Dan cuma Tuk Ayah yang tidak menyertai sama. 

Aku tidak berkecil hati dengan ketidakhadiran beliau kerana aku tahu Tuk Ayah masih marahkan aku kerana ingkar akan arahannya.

"Sayang dah makan?"

Nazmi muncul semula setelah meminta diri untuk bertemu dengan rakan lamanya sebentar tadi.

"Belum lagi. Saya tunggu awak." 

Aku balas dengan memberikan dia senyuman cantik. Khas untuk suami tercinta aku.

"Lah.. iya ke? Kesian sayang saya ni. Tunggu kejap, saya ambilkan nasi dan lauk."

Aku mengangguk. Mataku hanya melihat dia mengisi lauk pauk ke dalam pinggan yang sudah terisi nasi. Banyak juga dia mengambil nasi. Mana larat aku nak habiskan nasi sebanyakkan itu. 

Tapi.. kenapa hanya sepinggan? Takkan dia tak nak makan? Atau.. berkongsi pinggan?

"Banyaknya awak ambil nasi. Mana larat saya nak habiskan.."

Nasi yang berkuantiti banyak dan lauk-pauk yang pelbagai jenis rasa menjadi santapan aku ketika ini. Nampak sangat menyelerakan.

"Siapa cakap awak makan seorang?"

Hah? Aku pandang wajah kacak itu dengan kebingungan.

"Maksud awak?"

"Kita kongsi ajelah.. jimat nak cuci pinggan kotor. Lagipun, makan bersama itu lebih baik. Boleh jadi sihat tau sayang."

Tergelak aku jadikan dengan fakta yang tak boleh pakai daripada Nazmi. Banyak sangat fakta mengarut yang dia suka kongsi dengan aku. 

Tapi, aku suka mendengarnya sebab semua itu amat lucu bagiku. 

Suamiku, pelawakku. Hahaha.

"Melalut aje awak ni.. jom makan." Ajakku. 

Selesai membaca doa makan, nasi dan lauk dipinggan itu, kami makan bersama.

Rasa sangat bahagia kerana berpeluang untuk berkongsi pinggan dengan suami sendiri. 

Terima kasih suamiku kerana ideamu yang sangat bernas ini.

"Awak.. saya nak cakap sesuatu.."

"Cakaplah sayang.." 

Selesai mengelap bibirnya dengan tisu, bibirku pula yang dilapnya menggunakan tisu yang sama.

Aku terpanar.  

Nazmi suka melakukan sesutau diluar jangkaan. Romantiknya tidak bertempat!

"Semalam mak su marah saya.."

"Kenapa?" soal Nazmi sedikit panik.

Aku mengeluh kecil. Teringat kembali perbualan aku bersama mak su semalam.

"Mak su marah sebab dia kata saya tak hormat awak sebagai suami saya.."

"Hah? Saya tak rasa macam tu pun sayang.."

Nazmi mengelus tanganku perlahan. Cuba menenangkan aku barangkali.

"Awak.. saya nak panggil awak apa?" soalku bila kembali teringat pesanan mak su untuk menggunakan panggilan yang hormat sedikit untuk suami.

Nazmi kelihatan tercenggang dengan pertanyaanku.

"Saya panggil awak 'abang' boleh?" soalku lagi.

Tersungging senyuman manis dibibir merah Nazmi. Bahuku ditarik merapatinya.

"Kenapa tiba-tiba ni? Mak su marah sebab hal ini ke?" soal Nazmi lembut.

Aku mengangguk perlahan. Rasa bersalah dengan dia.

"Babe, saya tak kesah guna panggilan apa aje pun. Saya tak paksa awak. Yang penting, awak ingat yang saya ni suami awak."

Aku tergelak kecil sambil merenung wajah yang setiap hari menjadi tatapan mata aku itu.

"Apa pulak tak ingatnya.. saya belum hilang ingatan lagilah sayang.."

"How sweet you called me sayang.." bisik Nazmi dengan senyuman yang menggoda.

Meremang bulu roma aku jadinya. Hesy dia ni..

"So, boleh tak ni?"

"Boleh apa?" soal Nazmi balik.

"Boleh tak saya panggil awak 'abang'?"

Nazmi mencuit hidung mancungku dengan mata yang galak merenung wajahku.

"Boleh aje sayang.. abang lagi suka." Perkataan 'abang' dia tekan sedikit.

Aku tergelak kelucuan. 

Rasa kekok untuk mengunakan gelaran itu aku tolak ke tepi.

"It's sound funny abang.." 

Aku membenamkan mukaku ke dada Nazmi dan sambung gelak lagi. Sungguh aku rasa sangat bahagia.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now