Bab 16

9K 312 3
                                    

"Lah.. Pengantin baru dah turun.." Tegur Maira, sepupu aku ketika kami bertembung di tangga. 

Aku balas dengan senyuman. Begitu juga dengan Nazmi.

Maira kemudiannya naik ke atas manakala kami berdua baru nak ke dapur untuk mengambil sarapan. 

Hari ini lambat nak bersarapan sebab suami sendiri. Layankan ajelah dia.

"Uiks, lambat bangun Na.." tegur lagi seorang sepupu aku. 

Aku hanya mampu tersenyum. Pelik sangat ke kalau kami lambat turun bersarapan?

"Aik? Ingatkan dah tak nak keluar bilik tadi."

Okey.. aku rasa nak hempuk saja sepupu aku yang sedang berdiri di hadapan kami dengan sengihannya. 

Adakah patut cakap macam tu? Sebab dah rasa amat malu dengan usikan saudara mara, pipi aku panas. 

Rasa nak aje naik bilik semula.. tapi, bukankah itu akan menambahkan lagi usikan mereka?

Aku pandang Nazmi disebelah. Dia hanya diam dan kadang membalas usikan saudara mara aku dengan senyuman sahaja. Mungkin dia tak biasa lagi dengan keluarga aku.

"Kenapa?" soal Nazmi bila aku asyik renung dia.

Aku mengecilkan mata. 

"Ini semua sebab awak. Saya malu sangat dah ni."

Nazmi ketawa kecil. Suka dengar dia ketawa!

"Babe, nak malu apanya. Padanlah tu dengan status kita yang baru bergelar suami isteri." 

Selamba badak saja dia menuturkannya. Naik geram aku jadinya.

"Cakap dengan awak memang tak boleh menang.." balas aku lalu berjalan cepat ke dapur. 

Perut sedari tadi sudah meminta untuk di isi oleh empunya badan.

Baru beberapa langkah yang aku ayun, tiba-tiba bahuku ditolak kasar sehinggakan aku terundur ke belakang.

"Sayang!"

Badan aku ditahan. 

Fuh, nasib baik Nazmi cepat bertindak. Kalau tidak, dah selamat aku jatuh terbaring atas lantai.

Terima kasih suamiku. Ucapku dalam hati.

"Opps.."

Suara gedik menyapa gegendang telingaku. Memang dah agak mesti dia makhluk yang melanggar aku tadi. 

Tak pernah tak cari pasal dengan aku!

"Buta ke tak nampak orang?" tempelakku.

"Kau yang letak mata entah ke mana."

Aku membesarkan mata memandang dia. Eee.. geramnya aku dengan dia.

"Eh perempuan, apa masalah kau sebenarnya dengan aku hah? Asal suka sangat cari pasal dengan aku? Laluan punyalah besar tapi pilih jalan yang sempit sampai nak langgar orang bagai. Inilah padahnya kalau otak tu dah sempit!" marah aku.

Nazmi disebelah aku sudah terkebil-kebil memandang aku. Mungkin terkejut dengan perubahan aku yang bertukar menjadi seekor singa yang sedang marah.

"You!" Naina menggit bibirnya. Tahu dia marah bila aku kata otak dia sempit. Sebab itu benda yang paling pantang bagi dia. Tapi.. dah memang realiti otak dia sempit.

"Apa? Kau nak cari gaduh sekarang? Kau nak aku ajar kau sekarang?" 

Aku menapak mendekatinya dengan aksi seperti bersedia untuk bertumbuk dengan dia.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now