Bab 3

9.7K 332 0
                                    

"Assalamualaikum Naurah.."

          "Waalaikumussalam Pak Mat. Ada apa Pak Mat?" soal aku apabila Pak Mat, pemandu peribadi keluarga menghubungiku.

          Jam ditangan aku tenung sekejap. Lagi setengah jam aku balik. Kenapa Pak Mat call aku pula?

           "Maaf Naurah. Pak Mat tak dapat nak jemput Naurah sebab sekarang Pak Mat masih menunggu Puan lagi."

           "Mama ke mana?" soal aku pelik.

           "Puan dekat spa sekarang ni. Tempat ni agak jauh dengan tempat Naurah. Nanti Puan melenting pulak kalau Pak Mat pergi ambil Naurah dan tinggalkan dia disini." Ujar Pak Mat dengan rasa bersalah. Rasa bersalah dengan anak majikannya.

            Aku mengeluh perlahan. 

           Aku faham situasi Pak Mat. Pak Mat takut tinggalkan mama sebab mama tak suka menunggu. Kesian pula Pak Mat kalau mama marah dia lagi.

           "Tak apalah Pak Mat. Saya minta hantar dengan kawan saya saja. Pak Mat tak usah bimbang ya.." aku cuba menyenangkan hati Pak Mat. Pak Mat aku dah anggap macam ayah aku sendiri. Lagi penyayang kut Pak Mat daripada papa.

           "Terima kasih Naurah. Hati-hati ya nak.." sempat Pak Mat menitipkan pesanan kepada Naurah.

           "Baik Pak Mat. Assalamualaikum." Aku terus mematikan talian apabila Pak Mat selesai menyambut salamku. 

            Aku duduk berfikir.

           Nak minta hantar dengan Liza tapi Liza ada urusan pula. Sampai sekarang kelibat dia tidak kelihatan.

          "Naik teksi ajelah."

            Selesai sahaja kelas, aku berjalan sendirian keluar untuk menunggu teksi. Nombor telefon teksi aku tak adalah pulak.

           Sesampainya sahaja aku di pondok perhentian bas, aku segera duduk di bangku yang disediakan. Penat berjalan.

          Hampir sepuluh minit  aku menunggu kelibat teksi datang tapi semuanya hampa. Semua teksi tak nak muncul ketika aku memerlukan mereka. Huwaa.. sedih..

           Aku melihat sekeliling. Aku mula rasa tak sedap hati apabila menyedari lelaki yang berdiri tidak jauh dari aku asyik memandang aku. Dah lah ketika ini hanya kami berdua saja.

          Aku dah tak boleh duduk diam. Dah dua puluh minit menunggu tapi teksi tak muncul-muncul lagi.

           Lebih baik aku pergi dari sini. Serius, aku tak selesa dengan pandangan lelaki yang dah serupa dengan orang bangla itu.

         Aku terus berdiri dan mempercepatkan langkah meninggalkan tempat tersebut.

         Tiba-tiba..

           Aku terduduk apabila badanku ditolak oleh satu tenaga yang kuat dan beg tangan yang aku bawa tadi sudah hilang dibawa lari oleh lelaki yang memerhatikan aku di stesen bas tadi.

           Aku cuba mengawal emosi ketika ini. 

           Marah,sedih,kecewa dan geram.. semuanya bercampur aduk memikirkan nasib yang melanda diri ini.

            Sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Semua harta bendaku sudah hilang. 

           Huwaa.. aku rasa macam nak nangis saja sekarang ini.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now