Bab 13

8.1K 317 4
                                    

Wajahku yang sudah siap disolek oleh jurusolek aku pandang melalui pantulan cermin. 

Cantik. Pujiku. Pandai jurusolek itu mengubah sedikit penampilan wajahku.

Hari ini merupakan hari bersejarah untuk aku jadi kenalah membuat sesuatu kelainan pada penampilanku. 

Baju nikah berwarna putih yang cantik tersarung di tubuh kecilku, aku belek sekali.

Macam tak percaya saja hari ini aku bakal bernikah dan bakal membina masjid sendiri bersama suami tercinta.

Err.. dia suami tercinta aku ke? Rasanya aku belum bercinta dengan dia. 

Tak apalah, selepas hubungan dah halal sekejap saja lagi, kami belajar bercintalah. Bercinta selepas nikah itu lebih manis kata orang.

"Babe!"

Perhatianku teralih ke arah pintu. Liza sedang tersenyum memandangku.

"Liza!"

Kami berpelukan. Bersama-sama rasa teruja bila dapat berjumpa seperti ini. 

Melihat kedatangannya membuat hatiku rasa terharu sangat.

Hari berbahagia memang kenalah dia ada. Kami kan sahabat dunia akhirat.

"Sorry lambat sikit. Babe, asal kau cantik sangat ni?"

"Terima kasih. Aku memang cantik pun."

Liza mencebik. Tahu dia tidak berpuas hati. Hahaha..

"Perasan pula dia. Tapi babe, tengok kau macam ni buat aku rasa nak khawin pulak."

Tidak sempat aku membalas, tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar.

"Pengantin perempuan, majlis bakal berlangsung sekejap lagi. Harap sudah bersedia." Wakil daripada pihak lelaki muncul.

"Baiklah. Kami turun sebentar lagi." Balasku.

Aku bergerak perlahan. Mak su dan Liza jadi pengiring. 

Mama dan Naina entah hilang ke mana. Malas nak tahu hal mereka lagi.

Waktu ini debaran semakin dirasai. Rasa nak luruh jantung. Tenang Naurah. Sehari ini saja kau akan hadapi situasi seperti ini.

"Babe, handsomenya dia.. Aku macam kenal aje dengan bakal suami kau. Macam pernah nampak tapi tak ingat bila dan di mana."

Aku dengar sahaja. Nantilah aku ceritakan semuanya kepada Liza. Yang penting, aku nak nikah dulu.

Aku pandang bakal imamku yang sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab pertamanya.

 Tenang sahaja wajahnya. 

Sebelum lafaz akad bermula, dia pandang aku.

Pandangannya penuh makna. Aku harap dia bahagia dan aku harap aku adalah pilihan terakhirnya.

Dia senyum. Dan aku balas senyumannya.

Kami bakal melayari bahtera rumah tangga bersama rasa cinta yang mula berputik di hati kami berdua. 

Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat.

"Nazmi Raihan bin Umair."

Nama si dia yang aku sayangi. 

Aku berasa amat bersyukur kerana masih berjodoh dengan dia. Aku kembali teringat hari pertemuanku dengan Nazmi beberapa minggu lepas. Sewaktu aku fikir dia menolak lamaran papa.


************************


"Tak apa. Saya faham kalau awak tolak lamaran itu. Semua orang pun tak nak kahwin paksa termasuk saya sendiri." Akuiku jujur. 

Aku cuba mengukirkan senyuman untuk meredakan perasaan hiba.

"Bila masa saya tolak lamaran pulak?"

Aku terkedu.

"Habis, yang awak minta maaf tu kenapa?" aku semakin keliru.

Nazmi tergelak. Kuat pula dia gelak.

"Saya tak habis cakap lagilah.."

"Maksud awak?" aku berdebar. Takut keputusannya mengecewakan aku lagi.

Nazmi tersenyum lebar memandang aku. Dah kenapa?

"Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak."

Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima.

Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti.

Nazmi setuju dengan lamaran itu.

Alhamdulillah.

Aku tersenyum bahagia. Masih bersikap tenang.

Tapi dalam hati, aku dah melonjak kegembiraan.


************************

Berlalu beberapa ketika, rasmilah aku menjadi isteri Nazmi. 

Nazmi kini milik aku seorang dan aku juga kini milik Nazmi.

"Babe, suami kau dah datang tu." Liza tolak bahu aku.

Debaran sebelum akad nikah tadi sudah hilang tetapi diganti pula dengan rasa berdebar untuk menemui lelaki yang bergelar suami kepadaku.

"Assalamualaikum.." 

Salam pertama daripada Nazmi sebaik sahaja bergelar suami. Kemudian dia susun duduk dengan kemas.

"Waalaikumussalam.." balasku perlahan.

Selepas itu acara sarung cincin bermula. Nazmi sarung cincin emas bertahtakan pertama putih ke jari manisku dan aku juga buat begitu kepadanya.

Aku ingatkan bila aku sudah menyalami tangannya, dia akan mengucup dahiku tetapi lain pula yang belaku apabila dia hanya meletakkan tangan kanan di kepalaku. Perbuatannya benar-benar membuat aku terharu.

"Jangan kecik hati saya tak cium dahi awak. Kalau nak, lepas ni saya boleh cium puas-puas." Bisik Nazmi perlahan.

Aku membeliakkan mata memandangnya. Tidak sangka dia akan berkata begitu.

Belum sehari menjadi suami isteri, dia sudah menunjukkan perangai nakal dan menggodanya. 

Bagaimana dengan hari seterusnya pula. Habislah aku.

Nazmi tersenyum lebar selepas itu kerana berjaya kenakan sang isteri.


Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now