Bab 2

9.9K 324 4
                                    

"Auch!"

          Aku mengadu kesakitan apabila terasa bahuku dilanggar seseorang. 

         Apabila aku memandang pemilik badan yang langgar aku tadi, aku terus tergamam.

         Lelaki itu!

         "Maaf.. saya tak sengaja." Ujar lelaki itu seraya berlalu meninggalkan aku yang masih agak sedikit terkejut itu.

         Kenapa aku rasa lain? Irama jantung aku dah lain macam.

         "Babe, kau tak apa-apa ke?" pertanyaan Liza membawa aku kembali ke alam nyata.

         Aku menggeleng seraya berkata, "Aku tak apa-apa."

         Liza membawa aku ke salah satu meja yang terletak di penjuru kafe tersebut. Aku membiarkan saja Liza membuat pesanan untuknya dan juga untuk diriku.

         "Nah.." aku menyambut minuman dan roti yang dihulurkan oleh Liza kepadaku.

         "Kau okey tak ni?" soal Liza lagi.

         "Okey aje. Kenapa?" aku soal balik.

          "Tak adalah.. Babe, lelaki tadi tu handsome." Ujar Liza tiba-tiba. Dia siap senyum lagi. Dah macam orang jatuh pulak aku tengok si Liza ni.

         "Lelaki mana?" soal aku berpura-pura tidak tahu. Mesti Liza maksudkan lelaki yang langgar aku tadi.

            "Alah.. lelaki yang langgar kau tadi tu.."

           Hah! kan dah cakap..

         "Kenapa dengan dia?"

         "Dia handsome lah babe.. kau tak rasa tu ke?" soal Liza apabila aku. Aku mencebik.

         "Kalau dia handsome pun.. apa kaitan dengan kau?"

         "Kau ni babe.. aku just cakap dia handsome ajelah.." Liza mengalah. Tak berani lawan kata dengan aku lah tu!

          Aku diam seketika. Liza yang sedang menyuap roti ke dalam mulutnya itu aku pandang.

          "Babe.." meleret aku panggil Liza.

          "Hmm.."

         "Kalau kau nak tau, dialah lelaki yang aku maksudkan. Yang tiba-tiba tegur aku tu.."

           "Hah?" terhenti terus suapan Liza. Dia pandang wajah aku dengan kebingungan.

          "Lelaki yang mana?"

           "Yang langgar aku tadi.." balas aku acuh tak acuh.

         "Kau biar betul babe?" Liza tidak berpuas hati dengan penerangan aku. Aku mengangguk sahaja.

         "Habis kenapa dia macam tak kenal kau aje tadi tu? Dia nampak macam tergesa-gesa aje."

         Dah memang dia tergesa-gesa pun tadi.

          "Lantaklah.. aku tak peduli.." ujarku dengan malas. Serabut memikirkan kehadiran lelaki itu.

         "Kenapa tak nak peduli pulak? Dia handsome kut babe.." usik Liza.

          Aku mencebik. Tak hairanlah dengan muka handsome dia tu..


******************


"Hai.." sapa satu suara.

            Ketika itu aku sedang duduk melepak di taman. Tetapi keasyikan merenung alam semulajadi yang menghijau itu terganggu dengan sapaan seseorang.

         Lantas aku mendongak memandang wajah seseorang yang sedang berdiri dihadapanku.

         Lagi aku terkedu.

         Kenapa mesti dia lagi?

         Aku tidak mempedulikan sapaan lelaki itu dan terus memandang kehadapan. Tengok pokok lagi best!

         "Hai Naurah.." sapa lelaki itu lagi. 

          Suara dia kedengaran agak dekat sikit dengan aku. Apabila aku menoleh ke kiri, dia sudah duduk disebelahku sambil tersenyum memandang aku.

          "Eee.. apa kes duduk sebelah orang ni? Saya tak sukalah.." aku merungut sambil mengesot ke tepi. Tak ingin aku duduk dekat dengan lelaki gila ini.

           Ya.. aku dah anggap lelaki itu gila. Sebabnya? Sebabnya aku tak kenal dia tapi mengaku dia kenal pula. Sah-sahlah lelaki itu memang gila!

           "Kenapa tak suka?" soal lelaki itu sambil memandang tepat ke arah aku.

          "Sebab awak lelaki dan saya tak kenal awak." Aku berkata dengan lantang. Dia ingat dia boleh main-mainkan aku. Inilah Naurah lah!

          "Tapi saya kenal awak.." kata-kata yang kelaur dari mulut lelaki itu menaikkan api kemarahan aku ketika ini.

           Dia memang gila dan tak faham bahasa!

           "Kan saya dah cakap saya tak kenal awak." Marah aku lalu beredar meninggalkan lelaki itu sendiri.

           Kalau duduk lama dengan dia, silap hari bulan aku yang gila!


Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now