Bab 20

8.3K 289 1
                                    

Riuh seketika kawasan dapur dengan suara sanak saudara perempuan Nazmi.

Dah kenapa?

"Mak Jah nampak isteri Mi tak?"

Ohh.. patutlah riuh sedikit sebabnya pengantin lelaki masuk dapur. 

Selalu sangat sanak saudara Nazmi mengusik dia. Kadang kala aku yang naik segan. 

Nazmi pula, apalagi kalau bukan tunjukkan muka selambanya. 

Nasiblah dapat suami yang selamba badak sahaja.

"Tak nampak pulak mak Jah.. dari tadi mak Jah dan Atul duduk sini, tak ada pulak bayang dia. Tidur kut."

Amboi mak Jah, lepas mengata aku sekarang tahu nak reka cipta cerita pula dah? Tak tahu ke aku dah duduk kat sini sejak mak Jah dan Atul bercerita tentang aku dan juga suami tercinta?

"Kat bilik pun tak ada jugak mak Jah.. aduh, manalah pulak sayang aku ni pergi?"

Kesian pula aku tengok muka kusut Nazmi yang jelas terkesan dengan kehilangan aku. 

Rasa cinta aku terhadapnya makin bercambah bila melihat dia begitu risaukan aku.

"Umi, nampak Na tak?"

Tak dapat jawapan daripada mak Jah, umi pula yang dia tanya.

"Umi tak nampak dia Mi." balas umi.

"Baru hilang sekejap pun Mi dah sasau macam ni. Sayang benar dia dengan bini dia."

Aku tersenyum mendengar usikan kak Jannah, sepupu Nazmi.

"Eh, kak Na?"

Tegur Lala, sepupu Nazmi yang sebaya dengan Mia.

"Bang Mi.. kak Na ada kat sini."

Belum sempat aku suruh dia diamkan diri, cepat sahaja mulut budak kecil ini melaung kuat memanggil Nazmi.

Aduhai, habis di dengar semua orang.

"Sayang, penat saya cari awak tau." Omel Nazmi lalu mendekati aku.

Aku sengih seperti seorang pesalah sahaja.

"Kenapa duduk tersorok sangat sampaikan saya tak nampak pun sayang kat sini.." 

Muka kelat Nazmi masih jelas terpancar walaupun sudah menemui aku yang dicari-cari olehnya sebentar tadi.

"Sengaja.. sebabnya kalau saya terdedah sangat, semua mesti marah saya nanti. Semua tak benarkan saya menolong. Saya bosan awak.." aku meluahkan rasa hati. Nak tolong pun kena menyorok. Apa dah..

Nazmi tergelak. 

"Macam-macam ajelah awak ni babe.. jomlah kita kedalam. Kawan saya ada datang tu. Nak jugak kenalkan isteri tercinta saya kat diorang."

Aku tergelak malu. 

Isteri tercinta? Sungguh aku bahagia mendengarnya.

Tangan sasa Nazmi aku sambut dan berdiri bersama dia meninggalkan pinggan yang masih tidak habis dilap.

Sebelum berlalu ke ruang tamu, mataku sempat bertembung dengan sepasang mata milik mak Jah.

 Wanita berusia itu kelihatan gelisah. Mungkin tidak menyangka aku berada dekat dengan mereka dan secara tidak sengaja, mendengar semua perbualannya bersama Atul. 

Manakala wajah gadis itu pula kelihatan muram. 

Malu, segan atau cemburu? A

ku tidak tahu dan malas nak ambil tahu. 

Yang penting sekarang, aku harus mempertahankan hak aku. Siapa lagi kalau bukan suami tercinta aku, Nazmi.

Lengan Nazmi aku peluk dan selamba sahaja aku melentokkan kepala dilengan lelaki itu. 

Tidak penting dengan pandangan mata-mata nakal yang melihat aksi mesra kami berdua. 

Aku isteri dia dan aku hanya mahukan ketenangan dan kekuatan. Semuanya mampu disalurkan melalui suami aku.


Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now