Bab 5

8.5K 308 6
                                    

Sudah tiga tahun berlalu dan aku telah berjaya mengenggam segulung ijazah. Cepat sahaja masa berlalu dan aku kini bekerja sebagai seorang pegawai jurutera di salah sebuah anak syarikat milik keluarga aku sendiri.

            Kalau boleh, aku hendak mengelak daripada bekerja di syarikat milik keluarga, tetapi apakan daya aku untuk membantah arahan papa. Papa yang memaksa aku unutk berkhidmat di syarikat ini memandangkan kursus yang aku pelajari bertetapan dengan kerja di syarikat ini.

          Tidak mengapalah.. aku anggap ini sebagai rezeki aku sahaja.

            Dan.. sudah tiga tahun juga aku tidak berjumpa dengan lelaki misteri itu. Kali terakhir aku jumpa semasa kejadian aku diragut dan dia yang menolong aku.

           Aku sedaya upaya mencari jejak dia, tetapi hampa kerana aku tetap tidak menemuinya. 

          Ke mana dia pergi menghilang? Itu persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku sehingga kini.

          Ya, raut wajahnya aku masih ingat dan akan selalu ingat. Aku rindukan lelaki itu walaupun sejujurnya aku tidak mengenalinya.

           Adakah dia masih mengingati aku sepertimana aku mengingatinya. Tapi.. lelaki itu tahu nama aku tapi aku? Aku tidak tahu nama lelaki itu. Menyesal tidak berbaik-baik dengan dia dua tahun lalu.

            "Naurah.. tolong hantar laporan ini kepada Izwan. Dia kata nak check dulu." Arah kak Jiha. Kak Jiha adalah salah seorang staf yang mengetahui statusku sebagai anak kepada pemilik syarikat ini.

           Aku tidak mahu orang lain tahu akan hal ini. Aku ingin menjalankan kehidupan seperti orang biasa tanpa diberikan apa-apa keistimewa sebagai anak pemilik syarikat.

          "Baik kak." Ujarku lalu mengambil fail laporan itu daripada kak Jiha. Segera aku hantar kepada Izwan pula.

           "Izwan, ni laporan yang awak nak tu." 

           Fail itu aku letak di atas meja kerja Izwan. Lelaki itu pandang aku sambil duduk santai.

          "Rajin betul awak hantar. Kak Jiha ke mana?" soal Izwan.

          "Ada aje kat meja kerja dia. Sekali sekala saya jalanlah ke sini. Duduk saja pun penat tau!" balasku pula.

          Izwan ketawa.

           "Ada-ada ajelah awak ni Naurah. Ni, saya nak ajak awak lunch. Awak okey tak?"

           Aku perhatikan lelaki itu. Aku tahu selama ini Izwan cuba untuk mendekatkan dirinya kepada aku. Bukan aku tak tahu lelaki ini ada hati kat aku tapi entahlah. Aku lebih suka untuk tidak mempedulikan semua itu. Aku tiada hak untuk menyuruh Izwan berhenti daripada mengejar cinta aku akan tetapi aku juga berhak untuk menolak cinta itu.

           Hati aku sekarang tertutup untuk menerima mana-mana lelaki. Aku hanya menganggap Izwan sebagai kawan aku sahaja.

           "Ajak kak Jiha sekali ke?" aku tidak mahu berdua-duaan dengan Izwan. Nanti jadi bahan gosip pula.

          Pekerja wanita kat syarikat ni boleh tahan juga mulut mereka. Lebih-lebih lagi bila Izwan merupakan lelaki kegilaan ramai. Tak naklah aku tambah masalah pula.

           "Kalau kita dua aje boleh?" 

           Izwan cuba untuk mencuba nasib untuk keluar berdua dengan aku. Dia tahu aku memang tidak suka untuk keluar berdua dengan dia melainkan atas urusan kerja.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now