Bab 1

14.8K 369 0
                                    


"Hai.." 

          Aku mendongak apabila seseorang menyapa aku. Ketika itu aku sedang bersendirian duduk di salah sebuah meja di kafe fakulti kejuruteraan ini.

          Aku agak terkesima memandang pemilik suara yang manyapa aku sebentar tadi.

          Handsome..

          Laju sahaja aku menunduk kembali. Aku tak kenal sebenarnya lelaki ini. Kenapa tiba-tiba dia tegur aku pula?

         "Hai Naurah.." sekali lagi lelaki itu menyapa aku dengan panggilan nama aku sekali.

          Lantas aku memandangnya kembali dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Macam mana dia tahu nama aku?

         "Mana tau nama saya?" aku menyoalnya perlahan. Tapi dia senyum saja.

         Hmm.. manisnya senyuman dia.

         "Boleh saya duduk sini?" soal lelaki itu lalu menarik kerusi dihadapan aku.

          Hesy dia ni.. kalau aku cakap tak boleh pun, dia dah duduk pula.

          "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" soalku lagi sambil memandang tepat ke arahnya.

          Dia senyum lagi.

          Pekak ke apa mamat ni? Aku Tanya jawab ajelah soalan aku. Bentakku dalam hati. Geram apabila pertanyaanku dibiarkan sahaja seperti angin lalu.

          "Saya dah lama kenal awak Naurah.." akhirnya lelaki itu bersuara.

          Eh kejap! Dia dah lama kenal aku? Tapi aku tak kenal dia..

          "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. 

          Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho!

          "Macam mana awak nak kenal saya kalau awak sombong sangat.."

          What!!

        Dia kata sombong pula.. sejak bila?

         "Awak nak apa sebenarnya ni? Kalau tak ada apa-apa saya nak ke kelas.." aku sudah bersedia untuk berdiri. Aku ingin segera meninggalkan meja ini. Rimas dengan pandangan lelaki itu.

          "Naurah.."

          Naurah yang berkira-kira ingin melangkah pergi memandang seketika kearah lelaki itu.

         Naurah terasa lain semacam saja apabila lelaki itu memanggil lembut akan namanya.

         "Lepas ini, bolehkan kalau saya nak tegur awak?" Tanya lelaki itu polos.

         Wajah aku dia pandang dengan pandangan yang mengharapkan aku memberi kata putus yang menyenangkan hati dia.

          Tapi aku tak kenal dia!

         Naurah berpaling dan terus meninggalkan lelaki itu tanpa menjawab pertanyaannya. Lantaklah. Aku bukannya kenal dia pun.

         Laju sahaja kaki aku menuju ke kelas.


****************


"Babe, kau dah kenapa?" soal Liza apabila perasan aku asyik termenung sedari tadi.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now