Bab 6

8.2K 308 3
                                    

Aku terkaku. 

           Jiwaku melayang entah ke mana. Aku cuba untuk kembali ke dunia realiti. Aku sedang bermimpi ke? Kenapa wajah lelaki itu yang aku lihat?

          Ya.. aku tidak silap lagi. Lelaki yang selama ini sentiasa di dalam ingatan aku kini berdiri betul-betul dihadapan aku.

            Aku tidak dapat nafikan lagi betapa kacaknya lelaki ini. 

            Wajahnya masih sama seperti tiga tahun yang lepas. Tetapi lainnya, dia kini nampak matang sedikit. Mungkin juga disebabkan peredaran masa dan juga usia yang kian meningkat.

          Aku harap ini semua bukan mainan mimpi aku.

          "Naurah, kenalkan ini Nazmi yang saya lantik untuk menjadi partner awak nanti."

         Mendengar ucapan Encik Fendi, aku sedar aku kini tidak bermimpi. Lelaki ini betul-betul berada di depan mata aku sekarang.

          Nazmi hanya senyum sambil tundukkan sedikit kepala sebagai tanda perkenalan.

           "So, lepas ni saya akan tinggalkan kamu dua. Bincanglah apa yang patut atau boleh kenal-kenal dulu." Cadang Encik Fendi.

          Nazmi tersenyum manis. Asyik tersenyum aje mamat ni. Tak reti nak bercakap ke?

          "Naurah okey tak ni?" soal Encik Fendi apabila aku hanya tahu berdiam diri. Serius, aku masih terkejut.

           "Hah? Okey. Saya okey bos." Jawabku lambat-lambat.

          "Okeylah kalau macam. Have a nice day both of you!" ujar Encik Fendi sebelum berlalu keluar.

           Kini, tinggallah aku bersama lelaki itu di dalam bilik mesyuarat yang sunyi. Selepas Encik Fendi keluar, masing-masing berdiam diri. Tiada siapa yang berani untuk memulakan perbualan.

           "Ehem!" dia berdehem.

           Pandanganku berlaga dengan pandangan matanya. Cantiknya mata dia.

          "Where should we start?" soalnya.

            "I don't know." Balasku. 

           Aku tunduk tidak memandangnya. Hati aku kuat mengatakan yang dia juga sedang memandang aku.

           Apabila aku mengangkat wajah, matanya betul-betul sedang galak merenung aku. Tetapi cepat sahaja dia mengalihkan pandangan itu.

          "Saya rasa kita patut berkenalan dulu. Awakkan partner saya." Ujarnya sambil tersenyum.

          Aku terkesima.

             Hari ini banyak kali aku disajikan dengan senyuman manis dia. Hanya tinggal menunggu aku dapat kencing manis saja lagi kalau tiap-tiap hari macam ini.

          "Buat apa nak berkenalan lagi? Awakkan kenal saya." Laju sahaja mulut aku berbicara.

            Suasana sunyi kembali. Lama aku berfikir dan baru aku sedar apa yang aku katakan sebentar tadi. 

           Oh my Allah.. macam mana aku terlepas cakap macam begitu pula? Apalah agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini selepas aku berkata seperti itu.

           Wajahku mula memanas. Aku malu.

           Nazmi tersenyum lebar.

          "Mana tahu saya kenal awak?" soalnya.

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now