Hukuman

50.4K 1.4K 131
                                    

"Weiyh cepat lah!"

"Faster please Sarah. Cikgu on the way tu!"

"Ish, sabarlah! Ni haa dah selesai! Dah jom sembunyi." Sarah menarik kedua lengan kawannya, Keyyah dan Afrina lalu menyorok di sebalik meja yang berhampiran.

Tak lama itu, seorang cikgu yang bernama cikgu Afiq masuk ke bilik guru lalu menuju ke tempatnya. Sampai sahaja, dia meletakkan buku-buku yang dibawa lalu terus duduk di atas kerusi tanpa memikirkan apa-apa.

Sarah, Keyyah dan Afrina berusaha untuk menahan gelak daripada terhambur. Mereka tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Tanpa disedari, sudah setengah jam mereka menunggu tetapi cikgu Afiq masih tidak bangun dari kerusinya membuatkan Sarah, Keyyah dan Afrina penat kerana terpaksa bersempit-sempit.

"Hish bila cikgu tu nak bangun weiyh? Rehat dah nak habis ni! Mesti yang lain tengah tunggu kita." Bisik si Afrina kegeraman.

Sarah dan Keyyah terdiam. Nak buat macam mana? Terpaksa la tunggu.

"Hah!?" Tiba-tiba Keyyah mendapat idea.

"Apa?" Soal Sarah.

Tanpa membalas persoalan Sarah, Keyyah terus mengeluarkan iphonenya dari poket seluar tracknya. Jangan pelik tengok diorang bawa telefon ke sekolah. Nama pun dah nakal, memang sesuka badak diornag la diorang nak wat apa.

"Kau nak call sapa?" Soal Afrina.

"Tasya." Balas Keyyah singkat.

"Buat apa?" Soal Sarah dengan membuat muka innocent.

Haih kau ni. Time ni jugak nak blurnya oi Sarah. Bebel Keyyah dalam hati lalu mengendahkan Sarah. Malas nak layan.

"Hello Tasya. Kau tolong ambil perhatian cikgu Afiq ni. Tah aku dan yang lain dah setengah jam bersempit ni."

"Okey on the way."

"Okey. Cepat."

Keyyah mematikan penggilannya.

Tak lama kemudian, pintu bilik guru terbuka. Muncullah ahli-ahli geng mereka yang lain iaitu Tasya, Dee dan Ain. Mereka menuju ke tempat cikgu Afiq.

"Emm assalamualaikum cikgu Afiq." Tegur Tasya dengan sopan palsunya lalu mereka bertiga berdiri dihadapan cikgu Afiq untuk menghalang penglihatannya.

Dalam pada masa yang sama, Sarah, Keyyah dan Afrina keluar dari tempat persembunyiannya dan terus keluar dari bilik guru.

"Waalaikumussalam. Hah ada apa ni?" Soal cikgu Afiq tanpa basa-basi. Bukan dia tak tahu siapa pelajar yang berada di hadapannya itu.

"Err tadi cikgu Nisa nak jumpa cikgu di library." Balas Ain.

"Cikgu Nisa?" Mata Cikgu Afiq mula berbinar. Choiyh, sapa tak suka kalau crush nak jumpa kan?

"Ye. Okey la kami pergi dulu. Bye." Ujar Dee pula meminta diri. Mereka bertiga memberikan senyuman sinis kepada cikgu Afiq lalu beredar dari situ.

Dee, Tasya dan Ain terus menuju le tempat lepak mereka. Di situ sudah dihadiri oleh ketiga ahli yang lain, Sarah, Afrina dan Keyyah.

"Hah settle." Ujar Tasya.

"Yes!" Sarah, Afrina dan Keyyah saling berhigh-5 apabila rancangan mereka sudah berjaya.

"Apa yang korang tak puas hati snagat dengan cikgu Afiq tu?" Soal Dee.

"Hmm dah dia denda Afrina tadi. Padahal tak siap kerja sekolah je pun." Balas Keyyah. Afrina mengangguk membuat muka geram.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now