" Waahh!! " AL tersentak. Dia terjatuh kedalam lubang perangkapnya sendiri. Sekarang jaring dan tali telah tertanggal.

AL ketawa. Terasa lembab. Perlahan-lahan dia bangun dan keluar dari lubang tersebut lalu kembali membaiki perangkapnnya.

" Okay.. Siap! " AL tersenyum puas.

Baru saja dia melangkah tidak jauh dari tempat tersebut, AL mendengar bunyi serigala hybrid. Disebabkan tidak mahu terlibat dengan masalah, AL mendaki pokok yang terdekat dan bersandar pada dahan yang paling besar. Dari celahan daun, dia menjenguk keadaan dibawah. Seseorang baru saja melintasi pandangan matanya diikuti beberapa ekor serigala hybrid.

" Waahh.. Lari.. Kalau kena tangkap dengan serigala tu alamatnya jadi lauk la. " AL membebel seorang diri.

Entah kenapa saat itu baru dia teringat tentang perangkap yang dibuat khas untuk dirinya.

" Alahai.. " AL menepuk dahi.

Parah kalau orang lain yang masuk dalam lubang tu selain dia. Tak boleh jadi ni! AL cepat-cepat turun dari pokok dan berlari semula ke tempat lubang digali.

🍁🍁🍁🍁🍁

AL membuka bajunya yang kotor lalu diletakkan kedalam bakul. Penat seharian dengan apa yang telah berlaku. Hari hampir larut malam sudah. R pula sedang menunggu di ruang tamu. Baju yang bersih diambil dari almari namun bunyi pintu dibuka menghentikan pergerakannya.

" R, kenapa? " soal AL.

" Maaf.. Saya tak tahu awak tengah salin baju. Saya tunggu kat luar. " R menunduk lalu terus pergi meninggalkan pintu bilik terbuka.

AL berkerut. Dia melihat dirinya sendiri dan barulah dia perasan tubuhnya penuh dengan kain balutan. Bibirnya menguntum senyum. Kain balutan dibuka satu per satu lalu dibuang. Kain yang baru diambil lalu dia kembali membalut tubuhnya serta tangannya. Selesai saja, dia memakai kembali baju bersih tadi.

" Awak nak cakap sesuatu? " tanya AL apabila ternampak kelibat R di ruang tamu.

" Patutlah awak ada banyak kain balutan. " R tersenyum.

" ..... "

R melihat AL yang hanya diam. Satu kerutan terhasil pada dahi R apabila AL tidak ketawa seperti biasa. Wajahnya serius.
" Awak.. Cedera ke? " tanya R takut-takut apabila AL tidak bersuara. Manalah tahu kalau dia salah cakap.

" Awak nak tanya tu je ke? " hilang sudah nada lembut dari AL.

R menjadi takut untuk menjawab jadi dia cuma membatukan diri. AL perasan perubahan tersebut. Bukan dia marah, cuma dia tidak mahu beritahu R. Dia mengeluh lalu kembali tersenyum.

" Jadi? Awak nak tinggal sini? " soal AL.

R tersentak dari lamunan.

" Erk? " terkebil-kebil R memandang AL.

" Kalau awak tinggal sini, saya jamin awak akan selamat. Awak tak perlu lari lagi. Saya akan lindungi awak. " beritahu AL.

Entah kenapa pernyataan dari AL membuatkan R terharu. Tiada siapa yang pernah menawarkan perlindungan kepadanya. R tidak pasti. Lelaki itu nampak baik dan lembut. Lagipun, AL bersungguh-sungguh mahu dia tinggal disitu. R tidak pernah ada rumah untuk tinggal. R teringin untuk hidup normal. Sejujurnya dia mahu terima namun..

" Macam mana saya nak tahu yang awak tak tipu saya? " tanya R.

AL seperti tertangkap dengan soalan spontan dari R. Dia berfikir sejenak. Bagaimana dia mahu meyakinkan R?

" Oh! Awak jangan risau.. Rumah ni jauh dari bandar. Orang tak selalu datang sini pun. Lagipun saya setiap hari keluar untuk kerja jadi rumah ni akan kosong. Awak boleh buat apa yang awak nak. Tapi saya balik bila malam. Jadi kalau awak risau tentang setiap hari jumpa saya, kita cuma akan berjumpa lepas saya habis kerja je. Tapi lepas tu pun saya selalunya penat jadi akan terus tidur. Dalam erti kata lain saya macam tak wujud dalam rumah ni? " AL tersengih.

R mengangguk. Tangannya pada dagu menandakan seolah-olah dia sedang berfikir.

" Tapi, betul ke awak tak akan jual saya? " R menyoal lagi.

AL membulatkan matanya.

" Awak buat lawak ke? Dari saya jual awak, baik saya ambil awak untuk diri saya sendiri. " AL ketawa.

" Aha! Okay.. Saya setuju. " R ikut sama ketawa.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now