|| Grape

2.1K 310 35
                                    

Kaki Nam Joon melangkah masuk ke dalam bangunan hospital setinggi 13 tingkat itu. Orang sekeliling yang melihat dia dengan pandangan pelik tidak di peduli.

Terkocoh-kocoh Jung Kook mengikut langkah Nam Joon. Risau juga sekiranya ada peminat yang mengenali mereka dan terus menyerang Nam Joon dalam keadaan begini.

Nam Joon menekan butang lift ke tingkat yang ditempatkan bilik Nadzirah. Sungguh dia tidak merasa apa apa sekarang. Yang dia tahu, dia harus berjumpa Nadzirah segera.

Gadis itu perlukan dia.

Laju Nam Joon berjalan ke bilik Nadzirah dan pintu bilik dibuka tanpa meminta izin. Seorang gadis bertubuh kecil sedang mengusap kepala Nadzirah terkejut dengan kehadiran Nam Joon.

Nam Joon mendekati mereka. Tubuh Nadzirah dimasuki beberapa wayar dan Nadzirah berada dalam keadaan tidak sedar diri. Hati Nam Joon terasa pilu.

"Apa dah jadi?"

Soal Nam Joon dengan nada sedih. Gadis itu terus mengusap kepala Nadzirah dengan lembut.

"Saya rasa awak tahu siapa saya kan? Saya Nadiah adik Nadzirah"

Gadis yang bernama Nadiah itu memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Saya minta maaf sebab saya, Nadzirah jadi begini"

Serta merta air mata Nadiah mengalir. Suaranya bertukar menjadi serak dan perlahan.

Nadiah menceritakan kisah Nadzirah di Malaysia. Gadis itu diuji dengan pelbagai dugaan setelah pulang dari Korea.

Keluarga ibu mereka menyeksa mereka dan Nadzirah seoranglah yang berani menentang ibu saudaranya.

Akibat kedegilan Nadzirah, dia di tuduh mencuri harta keluarga oleh sepupunya dan secara mengejut, bapa saudara bertindak kejam menikam tepat ke perut Nadzirah.

Saat pisau terbenam di perutnya, suasana bertukar menjadi pilu. Mata Nadiah seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Terus Nadzirah dikejarkan ke Hospital untuk mendapat rawatan susulan.

Nam Joon seolah tidak percaya. Tidak menyangka dugaan yang pernah Nadzirah cerita suatu masa dahulu menjadi berat sebegini. Nam Joon meraup wajahnya.

Air mata yang cuba untuk mengalir di tahan sebaik mungkin. Sudah menjadi pendirian Nam Joon, tidak akan sesekali menangis walau apa apa jua keadaan.

Tapi ini...

"Maaf Encik, Cik... Saya hendak membuat rawatan untuk Cik Nadzirah, boleh anda semua keluar sekejap?"

Seorang jururawat meminta mereka untuk keluar dari bilik. Mereka menurut. Mata Nam Joon melirik ke arah Nadzirah.

Tolong jangan pergi

Getus hati Nam Joon. Dia perlukan Nadzirah pada saat saat yang akan datang. Nam Joon sendiri tidak tahu jika dia mampu atau tidak menerima takdir ini.

Mereka duduk di sebuah bangku berhadapan bilik Nadzirah. Nam Joon tertunduk. Nadiah cuba untuk memandang wajah Nam Joon.

Dia mengerti perasaan lelaki itu. Nadiah juga bersedih dengan dugaan ini. Jika dia sudah terasa sedih bagaimana pula Nam Joon? Lelaki pertama yang hadir dalam hidup Nadzirah.

Nadiah duduk bersebelahan Nam Joon. Kepalanya disandarkan ke dinding.

"Kakak saya selalu cerita tentang awak"

Nadiah bersuara tanpa dipinta. Nam Joon menoleh memandang gadis itu. Mata Nadiah merenung dinding putih. Seolah layar perak memainkan semula saat Nadzirah bergembira tentang lelaki itu.

Wajah Nadzirah jelas menunjukkan keikhlasannya. Seolah dia yang pertama hadir membawa kebahagiaan dan cahaya dalam kegelapan.

"Dia ada cakap awak sukakan Asam pedas dia. Dia ada juga cakap bila awak datang sini, dia nak buatkan awak asam pedas khas untuk awak seorang sahaja"

Serta merta dada Nadiah terasa berombak. Kesedihannya tidak dapat ditahan. Bingkas Nadiah bangun.

"Maafkan saya"

Langkah gadis itu menjauhi mereka. Giliran Jung Kook pula duduk bersebelahan Nam Joon. Bahu lelaki itu diusap. Nam Joon meraup rambutnya kasar.

"Sabar Hyung.."

"Kenapa mesti dia?! Kenapa mesti orang yang aku sayang?! Kenapa mesti kita yang perlu hadap semua ini?!"

Marah Nam Joon kepada takdir yang menimpa mereka. Jung Kook terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang terbaik untuk Nam Joon. Nam Joon menghela nafas.

Jururawat dan doktor tadi kelihatan keluar dari bilik Nadzirah. Segera Nam Joon bangun dan melangkah masuk.

Nam Joon memandang tetap ke wajah Nadzirah. Empangan mata mula terasa berat. Suasana sunyi mengisi ruang antara mereka.

"Nadzirah, Aku datang nih"

Nam Joon memulakan bicara.

"Nadzirah, mana Asam Pedas yang kau janjikan?"

Ujur Nam Joon berharap gadis itu mendengar permintaannya. Nam Joon menarik nafas dalam.

"Nadzirah... Kenapa mesti macam ni? Kenapa kau nak pergi tinggalkan aku, kau tak cakap?"

"Nadzirah, masih kau ingat pertama kali kita jumpa?"

"Mana taknya! Masa tu aku betul betul harap aku dapat kerja dengan perempuan yang seksi. Tapi tak sangka pula aku dapat perempuan macam kau"

"Kita banyak bergaduh atas sebab tak munasabah. Aku cari pasal, kau yang melinting lepastu kau merajuk aku yang kena pujuk, Masa tu aku rasa bahagia sangat"

"Dah banyak sangat dugaan kita tempuh bersama Nadzirah. Dan kau tak pernah mengalah dengan aku. Kita hadap sama sama sehingga berjaya..."

Nam Joon memandang Nadzirah untuk kali kedua. Gadis itu tetap membisu.

"Hye Nadzirah... Tolonglah bersuara. Walau hanya satu perkataan. Tolong..."

Suasana sepi kekal seperti tadi. Serta merta kelopak mata Nadzirah mengalirkan air mata. Mesin berbunyi dan garisan di skrin turun naik.

Nam Joon terkejut. Segera menekan butang memanggil doktor berkali kali. Mendengar kekecohan dari dalam Jung Kook dan Nadiah menerjah masuk.

Akhirnya air mata Nam Joon yang ditahan turun jua. Nam Joon memegang bahu gadis itu. Nam Joon membisikkan sesuatu.

"Nado Sarangheyo"

___________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now