|| Blueberry

3K 421 79
                                    

"Annyeonghaseyo, jeoneun Nadzirah eyo"

Mata Nam Joon tidak berkelip melihat gadis dihadapannya ini. Lebih kurang tinggi 155 Cm. Berpakaian moden blouse motif bunga disarung blazer hijau dan skirt labuh berwarna hitam. Dikepalanya pula ditutup dengan shawl berwarna pasir.

Mata Nam Joon tak berkelip bukan kerana gadis dihadapan ini cantik. Tapi jauh beza dengan apa yang Nam Joon bayangkan. Musnah! Hancur lebur hati dia mahukan perempuan yang meletup berganding bahu dengan dia nanti.

"Annyeong! Haa Nam Joon inilah dia. Perempuan yang bekerjasama dengan kamu nanti" PD mengenalkan Nadzirah kenapa Nam Joon. Nadzirah menundukkan kepalanya dihadapan Nam Joon tanda hormat.

Nam Joon berpaling. Tak puas hati dengan pilihan PDnya.

"Erkk, Nam Joon. Jangan macam ni! Kenalkan diri kamu kepada Nadzirah" pujuk PD. Dia tau Nam Joon tak suka dengan pilihannya. Tapi kerja tetap kerja! Dan Nam Joon harus profesional tentang ini.

Nam Joon mengeluh. Hendak tak nak dia terpaksa akur dengan pilihan PDnya. Tangan Nam Joon dihulur untuk menyalam gadis itu.

"Kim Nam Joon imnida" suara Nam Joon mendatar. Gadis itu kekal dengan posisinya. Langsung tidak menyambut salam yang hulurkan.

"Sorry.. but i cant" lembut gadis itu menolak. Nam Joon semakin bengang. Ditarik tangannya semula. Fine!

"Ahahaha. Lupa pula kami yang Nadzirah ni islam. Sorry sorry" PD cuba menceriakan suasana kekok antara Nam Joon dengan Nadzirah.

Nadzirah hanya gelak kecil. "Tak mengapa. Perkara kecil sahaja" Nadzirah juga turut mewarnai keadaan. Mereka duduk bertiga lalu membincangkan segala urusan kerja dan cadangan yang diberi.

Mereka berdua sahaja rancak berbual. Hanya Nam Joon sahaja yang diam seribu bahasa. Adakalanya bersuara apabila perlu. Hatinya masih bernanah apabila terpaksa bekerjasama dengan Nadzirah yang jauh dari taste nya.

"Erm Nadzirah, Can i ask you something?" Tegur Nam Joon seketika. Dari tadi soalan ini berlegar-legar dalam fikirannya.

"Yeah. Sure"

"How old are you? Because you look so young" sinis suara Nam Joon menyoal. Dipandang PD. PDnya hanya sengih.

"18 sir" Jawab Nadzirah lalu menghadiahkan senyuman manis. What the hell. Budak 18 tahun kau kasi kau kat aku PD?! Lagi muda dari Jung Kook maknae group aku.

"18? You must be joking right?" Tanya Nam Joon sekali lagi. Seolah tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.

"Erk. No Im not.. Saya memang 18!" Jawab Nadzirah sedikit kasar. Dari tadi lelaki ni pandang aku tak puas hati. Ingat aku tak perasan?

"Mampu ke kau yang 18 tahun ni kerja kat sini? Ke kau tipu kiteorang?" Nam Joon mencurah api kemarahan kepada Nadzirah.

"Semestinya saya mampu! Tipu? Please. Saya tak suka bazirkan hidup saya menipu untuk bekerjasama dengan orang macam awak" jawab Nadzirah yang mula hilang kesabaran.

"Ahahaha. Nadzirah, awak boleh keluar dulu? Next time kita bincang lagi pasal ni okay?" PD cuba meleraikan suasana tegang antara mereka. Nadzirah akur lalu bingkas bangun. Dia menunduk dan keluar dari bilik.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Langkah Nadzirah menuju ke kafe yang berdekati dengan bangunan BigHit. Hatinya masih panas dengan peperangan kecil tadi.

Sebal! Sakit hati dengan perangai lelaki tadi. Annoying tau tak?! Dah lah cakap nak perli je. Mata tu sibuk pandang atas bawah. Dengan kaca mata besar dia lagi nak aja aku bukak cermin mata dia lepastu jolok mata dia pakai pen!

Nadzirah menahan amarah. Dari tadi dia dapat rasa aura Nam Joon yang tidak sukakan kehadiran dia. Namun Nadzirah bijak. Dia buat tidak endah sahaja dengan Nam Joon. Biar dia jadi gila tenung orang lama lama!

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon merenung tajam ke arah Nadzirah yang keluar dari bilik. Setelah bayangan Nadzirah pergi barulah Nam Joon mampu bernafas dengan normal. Kalau tadi seolah ada seseorang yang menyekat ruang pernafasannya.

"Kau ni! Dia tu budak lagi. Tak boleh ke mengalah? Nak juga bergaduh dengan budak budak!" Marah PD. Haaa ini yang Nam Joon tak suka. KENA MENGALAH! What The fish? Nam Joon merengus kasar.

"Kenapa mesti dia? Kan ramai lagi Tuan boleh pilih dari budak budak macam dia" Nam Joon mula membantah dengan pilihan DP.

PDnya meletakkan beberapa helaian kertas dihadapan Nam Joon. Nam Joon mengambil lalu membaca.

"Itu hasil kerja Nadzirah. Macam mana? Hebatkan? So kenapa aku tak boleh pilih dia kerja dengan kau?"

Ya! Memang benar kata PDnya. Segala yang ditulis oleh Nadzirah memang mantap dan padu. Susunan ayat dan pengguna bahasa juga tiptop! Kalah aku.

"Aku rasa dia boleh buat yang terbaik untuk kau cipta lagu nanti. Jangan risau" PDnya bersuara sekali lagi.

Okay! Nam Joon mengaku memang dia suka dengan hasil karya Nadzirah. Tapi dia! Perempuan tu! Haiss. Nam Joon suka kerjanya tapi bukan perangainya!

"So macam mana?"

"Tengoklah Tuan. Saya tak janji yang terbaik. Saya pergi dulu? Terima kasih Tuan" lantas Nam Joon bangun lalu beredar.

PD hanya menggeleng. Hais! Inilah masalah anak muda zaman sekarang.

Bersambung...

_____________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now