|| Ikan Pari

1.9K 326 53
                                    

"Nadzirah!"

Belum sempat coklat di tangan masuk ke dalam mulut Nadzirah, bungkusan coklat itu terjatuh dan terkena debu di lantai. Nadzirah merenung coklatnya dengan pandangan kecewa. Coklatnya sudah kotor dan tak boleh dimakan lagi.

Anak mata Nadzirah merenung tajam lelaki yang menegurnya. "Tengok! Dah tak boleh makan" marah Nadzirah sambil mengutip Coklatnya dan di buang ke dalam tong sampah.

"Bukan coklat kau pun. Coklat aku" Nam Joon bersuara sahaja. Nadzirah terpaku. Tidak menyangka coklat yang dia cuba untuk makan tadi, adalah milik Nam Joon. Nadzirah tersengih.

"Hehe, Sorry.." Nadzirah memohon maaf. Nam Joon sekadar menggeleng kepala dan kakinya melangkah ke peti sejuk. Diambil kotak susu dan tuang ke dalam cawan untuk diminum. Nadzirah mengetap bibirnya. Baru dia sedar di ruang dapur ini hanya ada dia dan Nam Joon.

"Erm.. Omma Appa, Unnie Ha Na mana?" Soal Nadzirah kepada Nam Joon. Nam Joon minum sedikit susunya lalu memandang Nadzirah.

"Omma Appa pergi rumah makcik aku. Ha Na ada class" jawab Nam Joon ringkas, lalu meneguk lagi baki susu. Nadzirah menelan liur. Bermakna hanya ada dia dan Nam Joon di rumah sekarang? Oh bahayanya! Nadzirah menunduk kepala. Jarak antara Nam Joon dijauhkan.

Nadzirah menguis guis kaki diatas lantai. Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang buruk. Detak jantung bergerak pantas. Entah kenapa dia terasa takut apabila berdua bersama Nam Joon. Selalu di tempat kerja atau dalam kereta, Nadzirah tidak terasa sebegini.

Bau wangian Nam Joon terasa hampir dengannya. Nadzirah mengangkat wajah dan dia terkejut. Jarak antara dia dan Nam Joon sangat dekat. Nam Joon berdiri betul betul di hadapan Nadzirah. Nadzirah terkedu.

"Eh! Kau kenapa dekat dengan aku ni?!" Gadis itu terjerit kecil dek kerana masih terkejut lagi apabila Nam Joon mendekatkan jarak mereka. Kening Nam Joon berkerut. Pandangan pelik di hantar kepada Nadzirah.

"Yang kau menjerit tak tentu pasal ni kenapa?" Suara Nam Joon kedengaran tenang. Tiada unsur negatif pada pendengaran Nadzirah. Nadzirah menarik nafas lega.

"Habis tu, kau nak apa sekarang?" Suara Nadzirah kembali semula pada nada rendah. Nam Joon memandang wajah gadis dihadapannya. Lama. Nadzirah mula terasa cuak.

"Nadzirah.."

"Ya?"

Suasana sunyi kembali. Entah apa dalam fikiran Nam Joon sekarang. Nadzirah sendiri tidak pasti. Mata Nam Joon menangkap wajah Nadzirah. Nadzirah menunduk memandang lantai. Itu lebih baik.

"Nadzirah, aku laparlah"

Nadzirah menghembus nafas lega. Lapar rupanya monster ni. Tak boleh ke cakap straight tadi? Perlu ke buat ayat tergantung? Boleh buat orang fikir lain tahu tak? Nadzirah mengomel dalam hati.

"Kau nak makan apa? Bahan mentah dah habis" Nadzirah tahu, di dapur ini bahan mentah tidak mencukupi buat mereka berdua.

"Kau pandai masak?"

Nadzirah mengangguk.

"Kau masaklah" arah Nam Joon serta merta. Nadzirah mencebik. Masak? Memanglah aku pandai. Tapi aku nak masak apa dengan dapur yang kosong macam ni? Getus hati Nadzirah. "Jom pergi beli barang" Nam Joon mengajak Nadzirah sekali lagi.

"Lebih baik kita makan kat luar. Aku tak pandai masak makanan orang korea" Nadzirah memohon agar Nam Joon faham kehendaknya. Nam Joon menggeleng.

"No! Aku tak suka makan kat luar. Kau masak jelah makanan orang malaysia. Aku makan jangan risau"

Nadzirah terkesima dengan kenyataan Nam Joon. Ligat otak Nadzirah berfikir mahu masak apa untuk mereka makan. Haa! Benak fikiran Nadzirah membuahkan idea.

"Okay Jom"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nadzirah dan Nam Joon singgah di pasar berdekatan laut. Mudah untuk mendapatkan pelbagai bahan basah dan juga ikan yang segar. Mundar-mandir Nadzirah mencari bahan basah. Nam Joon dibelakangnya hanya menurut langkah Nadzirah. Kata Nam Joon, ambil je barang yang diperlukan. Nanti dia bayar. Horey!

"Nam Joon, tolong carikan aku ikan pari" pinta Nadzirah. Nam Joon mengangguk dan menurut arahan Nadzirah. Langkahnya terhenti di sebuah gerai ikan. Matanya melilau mencari ikan pari yang dimaksudkan oleh Nadzirah.

"Nadzirah! Kat sini" panggil Nam Joon. Nadzirah mendekati Nam Joon. Jarinya menunding ke arah seekor ikan berwarna merah. "Itukan?" Nam Joon bersuara dengan yakin. Nadzirah memandang Nam Joon dan ikan itu saling berganti. Ketawa Nadzirah meletus.

"Hahahaha! Wey, itu ikan merahlah. Ikan Pari yang ni. Hahahaha" tak henti henti Nadzirah ketawakan Nam Joon. Nam Joon mengetap bibirnya. Malu dengan Nadzirah.

"Dahlah! Cepat beli. Aku nak balik" Nam Joon bersuara bagi menutup rasa malunya. Nadzirah menghabiskan sisa Ketawanya. Tangannya menepuk bahu Nam Joon.

"Nanti kita belajar kenal ikan ya?" Usik Nadzirah sambil tersengih. Nam Joon menjeling tajam. Aduhai, Nadzirah masih terasa geli dalam hatinya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Barang yang dibeli mereka letak di atas meja dapur.

"Kau nak masak apa?" Nam Joon menyoal. Nadzirah mengeluarkan bahan bahan dari plastik dan bersedia untuk masak.

"Asam pedas!"

Bersambung...

_________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now