|| Kiwi

1.7K 291 43
                                    

"Kau faham tak?! Aku cakap keluar,  keluar jelah!" Nam Joon meninggikansuara serentak menghentak meja. Nadzirah terdiam. Lidahnya serta merta kelu untuk membalas kata Nam Joon. Wajah Nadzirah berubah. Bingkas Nadzirah bangun dan melangkah keluar dari bilik.

Nam Joon meraup wajahnya. Sumpah! Bukan sengaja Nam Joon mahu melantangkan suara. Tertekan dengan apa yang baru menimpa mereka. Saat kebahagiaan baru hadir satu masalah timbul menghempap mereka. Apa harus aku lakukan? Detik hati Nam Joon. Wajah Nadzirah yang hampir menangis tadi terbayang semula.

Rasa bersalah menguasai diri. Dia tahu ini punca dari Nadzirah, namun bukan gadis itu yang melerakan. Nam Joon kenal Nadzirah macam mana. Sarang yang datang mendekati dia untuk mendapatkan hasil mereka.

Nam Joon bangun. Mahu segera memujuk gadis itu.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nadzirah melabuhkan punggungnya di atas tanah berhadapan tasik yang sentiasa dibawa oleh Nam Joon. Jam menunjukkan 9 malam.

Nadzirah langsung tidak mengedahkan malam yang semakin larut dimamah waktu. Bukannya ngeri sangat. Masih ada beberapa manusia sedang berkelah dan berjalan jalan disini.

Nadzirah termenung seketika. Memikirkan kembali apa yang terjadi hari ini. Jika difikirkan semula memang ini salahnya. Dia yang mengada tidak pernah dengar nasihat Nam Joon dahulu.

Jika tidak pasti semua ini tidak akan terjadi. Nadzirah menghela nafas berat. Betul kata Nam Joon. Sarang bukan yang boleh dipercayai.

Tangan Nadzirah memintal mintal hujung skirt labuhnya. Berfikir cara bagaimana mahu membetulkan kesilapannya.

"Kau buat apa kat sini?"

Tegur satu suara. Nadzirah menoleh. Walaupun dia yang bersalah namun hatinya masih terluka apabila Nam Joon meninggikan suara kepadanya tadi. Kepala Nadzirah kembali memandang hadapan.

Nam Joon duduk bersebelahan Nadzirah. Nadzirah membatu tidak menjawab persoalan Nam Joon. Wajahnya ditarik tanda protes. Nam Joon tersenyum sinis. Sudah sedia maklum cara Nadzirah merajuk.

Nam Joon membuang pandangannya ke tasik.

"Nadzirah... Kau ingat lagi tempat ni?"

Soal Nam Joon. Perlahan lahan Nadzirah memandang Nam Joon. Jarinya mengusap gelang merah jambu di pergelangan tangannya. Timbul satu garis senyuman di wajah.

"Argh! Gelang aku!"

Jerit Nadzirah panik apabila gelang merah jambu yang mempunyai seribu satu kenangan terjatuh ke dalam tasik. Bunyi percikan bergema.

Nadzirah menoleh dan melihat Nam Joon terlebih dahulu terjun untuk menyelamatkan gelang kesayangan Nadzirah.

Hampir beberapa saat Nam Joon masih tidak timbulkan diri. Nadzirah semakin cemas. Air mata mengalir deras di mata serta merta.

"Nam Joon.. Nam Joon" panggil Nadzirah. Tangannya mengibas gibas air untuk mencari Nam Joon. Hati Nadzirah semakin berdebar kuat.

Nam Joon timbul ke permukaan dengan gelang Nadzirah di tangan. Nafas Nam Joon turun naik. Dengan segera Nadzirah menarik Nam Joon dan memapah Nam Joon ke dalam kereta.

Mujur Nadzirah pandai memandu. Lantas Nadzirah membawa Nam Joon balik ke rumah dan merawat di rumah dengan pertolongan Unnie Ha Na.

"Ingat" perlahan Nadzirah membalas. Tanganny tidak henti membelek gelang merah jambu. Bagaimana dia hendak melupakan? Gelang yang mempunyai banyak kenangan kini bertambah lagi satu kenangan manis.

Baru Nadzirah teringat sesuatu. Dia masih belum berterima kasih dengan pengorbanan Nam Joon. Nadzirah menunduk.

"Nam Joon... Gomawo" ucap Nadzirah perlahan. Nam Joon tersenyum senang. Tubuhnya di baringkan ke atas tanah. Menyaksikan dada langit luas dihiasi bintang berkelip.

"Banyaknya bintang harini"

Nadzirah mendongak memandang langit.

"Ha ahlah" Nadzirah bersetuju dengan kenyataan Nam Joon.

"Tau tak kalau buat lagu ada kena mengena dengan bintang seronok tau" Sambung Nadzirah kembali. Teringat pada waktu dulu, dia dan adiknya Nadiah sentiasa memandang langit pada waktu malam dan bernyanyi bersama.

Nam Joon bangun. Anak mata merenung tepat ke wajah Nadzirah. Dahi Nadzirah berkerut.

"Apa?"

Tanpa diduga Nam Joon menggenggam pergelangan Nadzirah. Bagai satu renjatan Nadzirah terkelu seketika. Nasib baik berlapik.

"Jom ikut aku!"

Nam Joon menarik Nadzirah bangun dan lantas membawa Nadzirah ke studio semula.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Daebak! Macam mana korang boleh siapkan 4 lagu dalam satu hari?" soal Yoon Gi. Sekilas Nam Joon memandang Nadzirah yang duduk bersebelahan Jung Kook.

"Aku kan ada rakan kerja yang terbaik" jawab Nam Joon serentak memuji Nadzirah dalam diam. Serta merta wajah Nadzirah terasa merah padam. Bibirnya diketap menahan malu.

"Erm. Lepasnih Nadzirah kena balik Malaysia la ye?"

Soal Jung Kook sambil membuat wajah kecewa memandang Nadzirah. Nam Joon tersedak. Langsung tidak menyedari waktu Nadzirah untuk pergi hampir tiba.

Nadzirah tergelak kecil. Perlahan kepalanya di angguk.

"Iya Jung Kook. Jangan rindu Nadzirah tau!"

Jung Kook menggeleng kepala. "Kalau macam tu kita buat majlis perpisahan nak?"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Majlis perpisahan Nadzirah berlangsung. Walaupun kecil dan hanya ada makan makan namun Nadzirah tetap terasa bahagia. Terasa dihargai bekerja sementara di BigHit.

Nam Joon memerhati Nadzirah dari jauh. Seronok gelak tawa bersama Jung Kook.  Memang Nadzirah semakin rapat dengan Jung Kook. Pernah sekali mereka keluar bersama tanpa pengetahuan Nam Joon.

Timbul rasa cemburu dan sakit. Namun Nam Joon tidak akan sesekali mencetus pergaduhan antara abang dan adik hanya kerana perempuan.

"Nadzirah.." panggil Nam Joon dari jauh. Perbualan Nadzirah antara Jung Kook terhenti. Langkah Nadzirah mendekati Nam Joon.

Tubuh Nadzirah tersarung gaun muslimah putih merah jambu kelihatan cantik hari ini. Shawl satin berwarna putih menambahkan lagi seri wajahnya.

"Ya Nam Joon?"

Nam Joon gugup.

"Erm... Kau tak payah balik Malaysia boleh?" pinta Nam Joon. Mata Nadzirah membesar dengan permintaan Nam Joon.

"Mana boleh! Adik aku kat sana siapa nak jaga?"

"Bawa dia ke sini"

Nadzirah menggeleng laju.

"Tak boleh Nam Joon. Bukan senang tau"

Terasa sebak dalam dada Nam Joon apabila Nadzirah tidak bersetuju dengan permintaannya.

"Kenapa kau tak kasi aku balik Nam Joon?" Nadzirah menyoal pelik dengan permintaan Nam Joon drastik.

Nam Joon menarik nafas dalam. Bersedia untuk meluahkan segala rasa yang dipendam selama ini.

"Nadzirah... Aku.."

"Nadzirah!" panggil Jung Kook dari jauh.

Bersambung...  

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now