|| Nenas

2.2K 367 23
                                    

"Rumah?" Nadzirah menyoal Nam Joon. Tangannya terhenti menulis. Sekilas mata Nadzirah merenung Nam Joon yang berada di hadapannya.

"Ya Rumah sewa. Tak pun rumah kawan atau saudara. Kenapa tidur kat hotel?" Nam Joon bersuara kembali. Nadzirah berfikir sejenak.

"Mana ada, Aku sekejap je kat sini. Lepas habis kerja aku balik Malaysia" Tangan Nadzirah menulis semula ayat untuk melengkapkan kerja. Nam Joon sekadar merenung Nadzirah. Tugasnya sudah selesai. Hanya tunggu muzik itu disimpan ke dalam data dan sambung kemudian.

"Berapa lama kau kat sini?"

"Erm, I don't know. Maybe 2-3 months" sahaja Nadzirah menjawab. Nam Joon berfikir. Kos tinggal di tengah tengah bandar Seoul bukan murah. Lebih lagi apabila kita perlu membayar bilik hotel setiap satu malam. Timbul rasa kasihan dalam lubuk hati Nam Joon.

"Apa kata kau tinggal je kat rumah aku. Nak?" Nam Joon mempelawa Nadzirah. Kali ini tugas Nadzirah betul betul terhenti. Terkedu dirinya apabila Nam Joon menyatakan sebegitu. Anak mata Nadzirah merenung tepat ke wajah Nam Joon.

"Hah?"

Nam Joon tersenyum melihat perubahan pada riak wajah Nadzirah. Mengerti apa yang terbuku dalam hati gadis muda itu.

"Jangan risau. Omma, Appa and adik perempuan aku ada. Bukan kau kena tinggal berdua dengan aku"

"Ouh. Hahaha" Nadzirah termalu sendiri. Terasa bodoh berfikiran terlebih jauh seperti tadi. Lalu Nadzirah berfikir sekali lagi. Ada baik juga jika dia tinggal di rumah Nam Joon. Kos sara diri pun berkurangan. Bajet tinggal kat hotel itu boleh bawa Shopping! Huhu.

"Erm. Bolehlah! Bila?" Nadzirah bersuara teruja. Tak sabar bayangkan tubuhnya tersarung dengan pelbagai fashion dari korea mengunakan duit bajetnya nanti. Nam Joon tergelak seketika melihat Nadzirah berubah seperti anak kecil.

"Haha. Excited nampak! Esok la ya. Hari ini kau kemas barang barang kau, esok aku ambil kau kat hotel. Jangan lambat lagi!" Nam Joon memberi amarah. Nadzirah mencebik. Terasa dengan perli Nam Joon. Tangannya kembali menyambung menulis kerja yang tertangguh sejak tadi.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nadzirah berjalan kelam kabut ke arah pintu keluar bangunan. Hari ini tepat pukul 5 petang, Nam Joon hendak mengambilnya di hotel. Sekarang pukul 2 dan Nadzirah masih belum mengemas barangnya. Nadzirah mempercepatkan langkahnya. Mahu cepat cepat siapkan segala dan tepat berada di depan Nam Joon pada pukul 5 nanti.

Kalau tidak, Nadzirah terpaksa mendengar monster itu membebel mengalahkan makcik jiran sebelah rumah. Saat Nadzirah membuka pintu kaca, pintu itu terlanggar seseorang dan seseorang jatuh terduduk. Fail dan barang barang orang jatuh berterabur.

"Ouch!" Suara halus kedengaran. Nadzirah terlopong. Pantas dia membantu wanita itu bangun dari jatuhnya. Fail dan barang wanita itu Nadzirah kutip dengan rasa bersalah.

"Mianhae, saya tak perasan" Ucap Nadzirah. Tangannya menghulur barang tersebut kepada wanita itu. Wanita itu tersenyum lalu menyambut. Mata wanita itu merenung Nadzirah dari atas hingga bawah. Penampilannya sangat berbeza dari gadis lain.

"Eh, takpa. Awak ni siapa? Saya tak pernah nampak pun" Soal wanita itu. Nadzirah menundukkan kepala tanda hormat.

"Saya Nadzirah. Baru kerja kat sini tapi hanya sementara. Saya kerja bersama Nam Joon" terang Nadzirah. Wanita itu mengangguk. Oh Nam Joon? Kenal kenal. Desis hatinya.

"Saya Min Sarang. Selamat berkenalan" Sarang menghulurkan tangan untuk berkenalan. Nadzirah menyambut dengan berbesar hati. "Nice to know you" senyuman berbalas antara mereka. Lagu Wedding Dress nyanyian Taeyang bermain kuat di telefon bimbit Nadzirah mengejutkan mereka. Menandakan satu panggilan masuk.

Nadzirah membuka telefonnya. Nama 'Monster' tertera pada skrin telefon. Habislah! Nadzirah mengumam. "Erm, maaf. Saya dah lambat. Saya pergi dulu ya?" Nadzirah meminta izin kepada Sarang. Sarang sekadar senyum manis dan mengangguk.

Nadzirah berlalu pergi sambil menjawab panggilan Nam Joon. Sarang memerhati Nadzirah dari jarak jauh. Terbit satu senyuman di wajahnya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Nanti kau jangan bawa perangai kasar ni depan Omma Appa aku!" Nam Joon memberi amaran kepada Nadzirah ketika mereka dalam perjalanan ke rumah Nam Joon. Nadzirah sedang leka bermain Candy Crush mencebik merenung Nam Joon.

"Okay" jawab Nadzirah sepatah. Malas mahu berdebat dengan Nam Joon. Kembali berusaha bermain Candy Crush untuk melepasi tahap ke 390. Nam Joon mengintai Nadzirah yang sedang fokus kepada permainannya. Tangan sebelah Nam Joon merampas telefon pintar Nadzirah.

"Hye!" Jerit Nadzirah. Tangan Nadzirah cuba untuk merampas kembali namun gagal. Nam Joon terlebih dahulu meletakkan telefon Nadzirah ke dalam poket seluarnya. Nadzirah merengus kasar.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi? Ingat! Jangan sesekali buat perangai kat depan Omma Appa aku" sekali lagi Nam Joon mengunakan kuasa vetonya. Nadzirah mengerling sekilas ke arah Nam Joon.

"Iya! Aku tahulah" Jawab Nadzirah sedikit meninggi. Fikir aku tak reti hormat orang tua ke? Hais! Desis Nadzirah dalam hati. Nadzirah membuang pandangannya ke arah luar tingkap. Bosan apabila telefonnya di rampas oleh lelaki bernama Nam Joon. Nam Joon memandang gadis di sisinya.

Senyuman tergaris di wajahnya. Jujurnya Nam Joon suka apabila melihat wajah Nadzirah merajuk dengannya. Nam Joon kembali fokus dengan jalannya.

Bersambung...

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now