|| Peach

1.9K 298 40
                                    

Gelang merah jambu milik Nadzirah, Nam Joon mengusap. Keluhan berat dilepaskan. Akhirnya gadis itu pergi juga meninggalkan kenangan manis.

Tiada lagi pergi kerja bersama, gurau senda, dan ajak bergaduh ketika Nam Joon terasa bosan.

Jung Kook menggeleng kepala memerhati sikap Nam Joon. Sejak Nadzirah pergi, Nam Joon lebih suka mendiamkan diri dan menyendiri sambil merenung gelang merah jambu tersebut.

"Itulah Hyung. Haritu sebelum Nadzirah pergi bukan nak cakap perkara sebenar"

Bukan Jung Kook tak tahu perasaan sebenar Nam Joon. Dari permulaan lagi Jung Kook dah nampak. Nam Joon membisu.

Masih dalam dunianya. Sudah 3 hari Nadzirah pergi, 3 hari jugalah Nam Joon bersikap demikian. Jung Kook mengalah. Dia memberi ruang kepada Nam Joon.

Sekali lagi Nam Joon menghela nafas. Gelang tersebut diletakkan atas meja. Serta merta telefon Nam Joon berbunyi.

Menandakan satu mesej masuk. Nam Joon membuka IPhone 6+ miliknya. Benar. Ada satu mesej belum dibaca. Nam Joon membuka.

"Hye! :)"

Mata Nam Joon terbuka luas. Nama Nadzirah tertera di atas nombor tersebut. Bermakna Nadzirah menghantarnya satu pesanan ringkas.

Serentak bibir Nam Joon menguntumkan senyuman. Rasa rindu sedikit terubat. Laju Nam Joon membalas.

"Hye!"

Hampir beberapa minit telefon Nam Joon kembali bergegar. Sepantas kilat Nam Joon membaca dan balasan mesejnya.

"Sihat? Kenapa tak mesej aku? Rindu tau tak? Hahaha XD"

"Sihat. Oh.. Kau mesej aku sebab rindu lah ni? Hahaha!"

"Cis! Takda maknanya. Ni tengah buat apa? Dah makan? Gelang aku sihat tak? XD"

Tersengih sengih Nam Joon apabila menerima pesanan ringkas begitu dari Nadzirah. Pendek namun masih terasa manisnya.

Nadzirah tak berubah. Pandai mewarnai hubungan antara mereka. Gelang Nadzirah dipandang sekilas.

"Sihat sangat :p nota yang kau kasi tu pun aku simpan lagi. Pandai kau speaking korean"

Nam Joon menanti mesej dari Nadzirah. Takut gadis itu terasa kekok dan terus malu untuk terus berbalas mesej. Hampir beberapa minit barulah telefon Nam Joon bergegar.

"Pandaikan? Tengok oranglah. Gigih aku belajar tuh"

"Kau betul betul maksudkan apa yang kau tulis?"

"Kau rasa?"

Nam Joon tersenyum. Hatinya terasa berbunga. Jari Nam Joon menari menekan skrin sentuh.

"Nadzirah... I miss your asam pedas"

"Come here and i will make it special for you"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Good news Nam Joon! Minggu depan kita akan berangkat ke Malaysia untuk pelancaran album"


PD bersuara ceria. Nam Joon tersenyum lebar. Inilah yang ditunggu sejak dulu. Kesemua ahli BTS turut gembira dengan khabar yang disampaikan.

Hati Nam Joon melonjak gembira. Tak sabar mahu bersemuka kembali dengan si dia yang jauh di mata.

Rindu semakin lama semakin bertambah dan kini Nam Joon dapat bertemu kembali gadis itu. Lantas Nam Joon mesej Nadzirah.
Menyatakan khabar yang mungkin membawa kebahagiaan kepada mereka. Benak fikiran Nam Joon menunggu hari hari yang akan datang.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Akhirnya waktu yang ditunggu telah tiba juga. Ahli BTS selamat mendarat di tanah Malaysia. ARMY yang telah lama menunggu menyambut kehadiran BTS dengan gamat sekali.

Suasana di lapangan terbang agak kecoh. Dengan pantas BTS melepaskan diri dengan menaiki Van mini hitam yang tersedia.

Mereka dibawa ke sebuah hotel yang agak terselindung. Hotel yang dikhaskan untuk artis luar negara yang ingin menginap di Malaysia.

Nam Joon duduk di atas katil sambil merenung IPhone miliknya. Dari tadi Nam Joon cuba menghubungi Nadzirah.

Dari pagi tadi, sejak mereka selamat sampai di Malaysia Nam Joon gagal untuk menghubungi gadis itu. Hatinya terasa sedikit gelisah.

Nam Joon tak berputus asa. Gigih berusaha menelefon Nadzirah. Pada deringan ketiga barulah talian disambung. Nam Joon tersenyum lebar.

Umpama guruh berdentum kuat, serta merta senyuman Nam Joon perlahan lahan pudar. Hati Nam Joon terasa direntap kasar. Nam Joon kaku untuk seketika.

Dalam beberapa saat bingkas Nam Joon bangun. Telefon pintar itu masih di lekap ke telinganya. Seolah tidak percaya dengan apa yang baru di khabarkan.

Segera Nam Joon keluar dari bilik. Langkahnya keluar dari hotel dan mencari teksi untuk di tumpang.

Jung Kook yang ditempatkan sebilik bersama Nam Joon turut terkocoh-kocoh mengikut abangnya. Harinya juga rasa tak sedap.

"Kenapa Hyung?!"

Nam Joon tidak dapat menjawab pertanyaan Jung Kook. Fikirannya terlalu serabut. Sebuah kereta merah berhenti di hadapan Nam Joon dan Jung Kook.

Lantas mereka masuk ke dalam perut kereta.

"Bawa kami ke Hospital!"

Ujur Nam Joon dengan cemas. Mata Jung Kook terbuka luas. Hospital? Apa yang terjadi? Desisnya.

Nam Joon cuba mengawal pernafasan. Perbualan tadi berputar kembali dalam fikiran Nam Joon.

"Maafkan saya... Nadzirah... Dia sedang bertarung nyawa di hospital. Tolong datang kalau awak betul betul sayangkan dia. Please. Walaupun hanya untuk seketika"

Bersambung...

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now