|| Vanilla

2K 348 56
                                    

Nadzirah merenung mereka dengan pandangan kekok. Tangannya mengambil penyepit tersebut dan meniru cuba gaya Nam Joon disebelah sedang nikmat menikmati hidangan yang terhidang.

Nadzirah menyepit nasi di mangkuknya namun jatuh ke mangkuknya semula. Nadzirah tidak berputus asa. Perutnya benar benar lapar sekarang. Cemburu apabila melihat keluarga Kim makan tanpa sebarang halangan. Nadzirah menyepit nasi sekali lagi dan.. sekali lagi nasi itu tidak memberi kerja sama dengan Nadzirah.

'Hais! Nak je aku makan pakai tangan. Nanti terkejut pula keluarga Nam Joon' desis Nadzirah dalam hati. Serta merta penyepit ditangan Nadzirah di ambil oleh Nam Joon. Nadzirah menoleh.

"Cara pakai dia.. macam nih" Nam Joon menyepit nasi bersama sedikit lauk lalu dibawa di mulut Nadzirah. Nadzirah merenung Nam Joon dan teragak agak membuka mulut. Nam Joon menyuap Nadzirah dan meletakkan penyepit tersebut di atas meja.

"Kalau tak pandai juga, guna sudu. Nah" Nam Joon menyerahkan sudu panjang kepada Nadzirah sambil tersenyum manis. Terasa bahang pada pipi Nadzirah. Sekali lagi Nadzirah merenung Nam Joon. Betul ke ni monster aku? Detik Nadzirah dalam hati.

"Kau termenung apa?! Ambil sudu ni" Nam Joon mengetuk awning tudung Nadzirah. Nadzirah terkejut dan kembali ke dunia realiti. Lantas Nadzirah mengambil sudu ditangan Nam Joon dan bersedia untuk makan.

Puan Kim dan Tuan Kim tersenyum menyaksikan babak seketika tadi.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Hahaha" terdengar suara gelakkan keluarga sedang berhimpun bersama. Walaupun waktu malam semakin larut namun keluarga Kim masih belum tidur dan galak berbual-bual antara satu sama lain.

"Betul Nadzirah. Sejak dari dulu lagi Nam Joon memang alah dengan bulu Kucing. Bukannya dia sengaja takut macam tu" Puan Kim bersuara memberi tahu kenyataan sebenar. Nadzirah mengangguk kepala lalu menoleh ke arah Nam Joon.

"Yeke Omma? Alahai. Kesian Nam Joon. Nadzirah betul betul tak tau masa tu"

"Kan aku dah cakap! Kau je yang tak percaya" Nam Joon mempertahankan dirinya. Nadzirah tersengih dengan teguran Nam Joon.

"Erm.. Omma teringin nak tengok rupa keluarga kamu Nadzirah. Macam mana ya?" Puan Kim tiba tiba bersuara kepada Nadzirah. Nadzirah memandang wajah Puan Kim lama. Nadzirah menundukkan kepala.

"Keluarga saya?" Suara Nadzirah kedengaran mundur dan terasa sebak di dalam dadanya. Nadzirah tahu apabila dia berbincang tentang keluarga pasti air mata Nadzirah mahu bergenang.

"Ya.. kenapa Nadzirah?" Puan Kim mula terasa cuak melihat perubahan pada riak wajah Nadzirah. Nadzirah kekal menunduk. Nam Joon memandang terus ke wajah Nadzirah. Butir mutiara berkumpul di tubir mata Nadzirah.

"Nadzirah, kau okay ke?" Nam Joon menyapa Nadzirah. Nadzirah menarik nafas. Mengangkat wajah dan memandang seluruh keluarga Kim. Senyuman nipis terhias di wajahnya.

"Yep. I'm fine. Now please excuse me" bingkas Nadzirah bangun menunduk hormat sedikit pada Puan Kim lalu menuju ke beranda rumah banglo itu.

Nam Joon dan Puan Kim terkesima seketika.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Air mata membasahi pipi Nadzirah. Gelang merah jambu di pergelangan tangannya di usap lembut. Nadzirah menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Nadzirah.. kau okay?" Soal Nam Joon dibelakang Nadzirah. Cepat cepat Nadzirah mengesat air mata mengunakan jemarinya.

"Erm. Nak apa Nam Joon?" Nadzirah cuba bersuara normal. Nam Joon berdiri di sisi Nadzirah. Dia menatap wajah Nadzirah dan dia tahu Nadzirah menangis tadi.

"Kalau ada masalah kau boleh cerita kat aku, aku sudi dengar and aku janji akan rahsiakan masalah kau"

Nadzirah mengerutkan wajahnya.

"Wah. Boleh percaya ke monster depan aku ni?" Nadzirah bersuara sinis. Senyuman senget terserlah pada wajahnya. Nam Joon mengangguk.

"Of course! Aku ni Monster yang paling cute dan boleh dipercayai" sempat Nam Joon melawak waktu ini. Nadzirah tertawa besar dengan jenaka Nam Joon. Namun tidak lama. Nadzirah menghela nafas berat dan keadaan kembali suram.

"Ceritalah" Pinta Nam Joon. Nadzirah memandang Nam Joon. Lama. Lalu Nadzirah membuka gelang merah jambu dan memberi kepada Nam Joon.

"Itu gelang adik aku.. nama dia Nadia Qistina" Nam Joon merenung gelang itu. Terdapat charm yang tertulis nama 'NadNad'

"Ibu ayah aku pergi tinggalkan kami berdua waktu aku berusia 15 tahun dan adik aku 11 tahun"

"Dan adik aku pula..." suara Nadzirah kembali bergetar. Nam Joon setia mendengar luahan hati Nadzirah.

"A-Adik aku pula ada sakit ketumbuhan dan tak pasti lagi boleh sembuh atau tidak" akhirnya Nadzirah meluahkan juga punca utama dia menangis. Nam Joon memandang Nadzirah.

"Ramai keluarga aku sendiri,tak sukakan kami! Diorang anggap kami macam sampah hanya kerana adik aku ada penyakit"

"Disebabkan aku masih muda, jadi peluang untuk aku dapatkan sewa rumah sendiri memang sukar. Kami terpaksa duduk di rumah ibu saudara kami yang benci dengan kami"

"Aku tahu demi adik aku, aku harus berusaha lebih. Tapi bila sampai disini, aku terjumpa pula pemusnah impian aku iaitu kau Nam Joon! Kau rendahkan bakat aku. Kau selalu cuba tindaskan aku. seriously lelaki jenis apa kau ni?" Sindir Nadzirah kepada Nam Joon tajam sekali. Nam Joon menelan liur. Dia tidak menyangka Nadzirah punya dugaan yang berat yang perlu hadapi seorang diri. Timbul rasa bersalah yang amat dalam hati Nam Joon.

"Nadzirah, aku minta maaf"

Bersambung...

_________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now