|| Durian

2.5K 379 10
                                    

Pagi menjelma. Fajar mula menghadirkan diri. Giliran pagi mengambil alih dunia harian. Nadzirah masih lagi meringkuk di atas katil melayan dunia mimpi.

Twit!

Telefon pintar Nadzirah berbunyi menandakan peti simpanan masuk. Nadzirah mengeliat sedikit. Matanya terbuka. Berfikir sama ada mahu membuka telefonnya atau tidak.

Twit! Twit! Twit! Twit! Twit!

Nadzirah mendengus kasar. Hais! Makin tak dilayan makin berbunyi pula. Lantas Nadzirah bangun dari tidurnya lalu mengapai telefon pintarnya. Nadzirah membuka peti simpanan. Terdapat number yang tidak dikenali masuk.

Oi - +81738363931

Bangun lah- +81738363931

Anak dara apa kau ni- +81738363931

Cepat jawab lah pendek - +81738363931

Habiskan kredit aku je- +81738363931

Bangun lah! - +81738363931

Mata Nadzirah membuntang apabila membaca setiap mesej dari number itu. Hais! Siapa yang gila hantar aku mesej macam nih?! Nadzirah mengumam. Jari yang bergerak gerak menekan papan kekunci untuk membalas mesej si gila ini.

Siapa nih? Eh eh. Sesedap chocolate pepero je kau panggil aku pendek. Sudah lah tak kenal!- Nadzirah

Sent! Puas hati Nadzirah. Nadzirah tersenyum sinis. Beberapa saat telefon Nadzirah bergegar tanda mesej masuk sekali lagi.

Aku Nam Joon lah. - +81738363931

Haaa. Nadzirah terlopong. Monster ni rupanya. Patutlah tak ada adab. Eh! Mana dia dapat number aku? Kepelikkan.

Mana kau dapat nombor aku?- Nadzirah

Tu tak penting. Yang penting sekarang kau kena ikut aku. Kita pergi cari ilham.- Monster

Asal aku kena ikut kau pulak?- Nadzirah

Kau tak yah nak tanya banyak lah pendek. Bak sini kau punya alamat - Monster gila

Eh dia ni! Tak reti nak cakap elok elok ke? Tak gentlemen langsung. aku perempuan tau tak! Macam manalah kalau dia ada girlfriend nanti? Gumam Nadzirah.

Tak reti nak cakap elok elok eh?- Nadzirah

Ni dah cukup baik aku nak amik kau. Kau nak jalan kaki ke?- Monster

Hmm yelah. Kau amik aku dekat hotel c'max - Nadzirah

Aku amik kau pukul 1 pm. Jangan lambat kalau tak aku tinggal kau. - Monster

Nadzirah membaca mesej terakhir itu dengan penuh rasa marah. Huish. Sabar Nadzirah. Keep calm. Monster tak sedar dia monster memang macam gini. Bingkas Nadzirah bangun lalu bersiapkan diri untuk berjumpa dengan Nam Joon.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon menunggu Nadzirah dalam kerata depan bagunan Hotel C'Max itu sambil merungut. Ish. Mak nenek ni, Lama lagi ke aku nak kena tunggu?!

Dihentak hentak kepalanya pada stereng keretanya. Sedang Nam Joon merungut tiba tiba dia sedar, Nadzirah ni tiada rumah ke? Kenapa dia tidur di hotel? Paling tidak pun, tumpang rumah kawan?

Ahh! Buat apa aku nak kisah pasal dia.

Tuk Tuk Tuk

Tingkap kereta Nam Joon diketuk. Nam Joon menoleh melihat ke arah tingkap keretanya. Kelihatan Nadzirah sudah tunggu di luar kereta. Nam Joon membuka lock keretanya lalu membuat tanda 'masuk' pada Nadzirah.

Nadzirah terus masuk kedalam perut kereta itu. "Asal kau lambat?" Serjah Nadzirah bertanya ke Nam Joon sambil mengarangkan wajahnya.

"Eh, Aku yang patut tanya kau soalan tu" Nam Joom hairan dengan soalan yang ditanya kan Nadzirah.

"Janji pukul 1 datang pukul 2. Kau tau tak dah satu tempat kereta hotel ni aku cari kau" Sempat lagi Nadzirah memberi jelingan yang tajam sebelum mengalihkan pandangannya.

"Eh betul lah. Memang pagi tadi aku kata nak keluar pukul 2 kan?" Nam Joon berkata sambil menarik gear keretanya untuk memulakan perjalanan. Nadzirah semakin bengang. Dia membuka handbagnya kasar lalu diambil handphone miliknya.

"Ni! Kau kata pukul 1 kan?!" Nadzirah menunjukkan handphonenya kepada Nam Joon.

"Kau cuba tengok mesej tu betul betul! Kan tu aku tulis pukul 2! " Nam Joon masih mengfokuskan pandangannya ke arah jalan raya.

'Ehh. Yeke?' Gumam Nadzirah perlahan. Dia membaca setiap mesej dia bersama Nam Joon.

Aku amik kau pukul 2 pm. Jangan lambat kalau tak aku tinggal kau. - Monster

Erk. Nadzirah terkedu. Betullah pukul 2 . Aduh! Buat malu kau je Nadzirah! Perlahan lahan Nadzirah meletakkan handphonenya ke dalam handbag lalu pandangan nya dihalakan ke luar.

'Mintak mintak Nam Joon tak ungkit balik' Nadzirah Bermonolog di dalam hati.

"Asal diam?" Nam Joon tahu bahawa Nadzirah sudah sedar akan kesalahannya.

'Halamakkkkkk! Si monster ni tanya lah pulak!

"Ermmm.." Hanya itu saja yang keluar dari mulur Nadzirah.

"Nape? Dah bengang dah? HAHAHAHA" Galak Nam Joon mengenakan Nadzirah. Konfem dia dah malu. HAHAHAH. Padan muka kau. 10 minit berlalu, sampai pun mereka di taman.

"Nadzirah , kau pergi ambik handphone aku kat kereta" arah Nam Joon.

"Kau ingat aku ni hamba kau ke? Pergi lah amik sendiri." Bantah Nadzirah.

"Kalau kau tak amikkan , aku tinggalkan kau sorang sorang kat sini. Kat sini takde teksi ngan bas tau. Susah nak cari." Ugut Nam Joon.

"Eyyyh! Monster ni. Sumbat handphone kau tu dalam mulut kau baru tau!" Marah Nadzirah. Nadzirah terus meluru ke arah kereta Nam Joon. Halamak! Lupa nak mintak kunci lah pulak.

Cis, ni yang aku menyampah. Penat tau tak ulang alik macam ni. Nadzirah terus pergi ke arah Nam Joon. Kelihatan Nam Joon sedang duduk di tepi tasek.

"Oi monster! Aku nak kun-" langkah Nadzirah termati apabila kelihatan Nam Joon sedang bermain iPhone 6+ berwarna grey.

"Ooh. Nadzirah, Waktu kau pergi tu aku seluk poket aku, ada handphone aku." Selamba Nam Joon membalas sambil bermain telefonnya semula.

"Argh! Kau tau tak aku tengah penat?!" Tengking Nadzirah kepada Nam Joon. Nam Joon membisu.

"Ergh! Kalau macam ni lah, Aku nak balik! Biar lah sampai malam pun aku tak jumpa teksi. Tak sanggup aku nak cari ilham dengan kau!" Nadzirah baru saja nak berlalu di situ dan..

"Eh! Kau sini! Jangan ingat kau boleh pergi macam tu je! Kalau tak.."

Bersambung...

____________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now