|| Kacang

2.4K 366 43
                                    

"Eh! Sini kau, nak pergi mana? Tak sayang beg kau ni ke?" Nadzirah menoleh memandang Nam Joon. Beg tangan merah jambunya terdapat di tangan Nam Joon. What The? Bila masa? Argh! Baru Nadzirah teringat begnya ada bersama Nam Joon saat dia diarah untuk ambil Handphone Nam Joon dalam kereta.

Mata Nadzirah terbuka luas. Dia mengatur langkah ke arah Nam Joon dan cuba merampas begnya kembali.

"Bagilah balik!" Marah Nadzirah. Tangan Nam Joon ditinggikan agar Nadzirah lebih berusaha untuk mengapai begnya. Tangan Nadzirah cuba mengapai begnya Dengan ketinggiannya separas dada Nam Joon gagal untuk merampas kembali.

"Ikut aku kalau tak beg kau ni aku campak dalam tasek" Nam Joon mengunakan kuasanya. Nadzirah mengalah. Lagipun semua barang barang peribadinya ada dalam beg itu. Habislah kalau Nam Joon betul betul nak buang. Argh! Geramnya. Gumam Nadzirah.

"Fine. Aku ikut. Bagi balik beg aku" pinta Nadzirah. Nam Joon memeluk beg Nadzirah. Dia mengeleng.

"Nope! Nanti kau lari. Nah kau bawa beg aku" Nam Joon menyerahkan beg sandang belakangnya kepada Nadzirah. Nadzirah mengerut dahinya dan hanya menurut perintah Nam Joon. Beg hitam Nam Joon dipakai ke belakang Nadzirah. Nam Joon tersenyum.

"Haa. Kan bagus, dengar je cakap aku. Jom kita jalan jalan!" Nadzirah berjalan beriringan Nam Joon. Nadzirah merenung Nam Joon. Tangannya setia memeluk beg pink Nadzirah. Terasa pelik pula apabila dia membawa beg aku. Macam pondan pun ada. Haha! Nadzirah tergelak kecil.

"Asal kau gelak?" Soal Nam Joon. Nadzirah terpaku seketika.

"Erm. Eh, kau kata nak cari ilham? Ha. Carilah" Nadzirah mengubah topik. Langkah mereka masih diatur entah kemana.

"Tengah jalan jalan ni ilham lah" Jawab Nam Joon selamba sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit kedua belah pipinya.

"Haa? Peliknya cara kau cari ilham. Selalunya.."

"Arghh!" Jerit Nam Joon tiba tiba. Ayat Nadzirah terhenti dan dia menoleh ke kanan Nam Joon tiada disisinya tetapi berada dibelakangnya.

"Eh! Kau kenapa sorok belakang aku nih?!" Nadzirah bersuara apabila melihat Nam Joon menyorok di belakangnya sambil menutup mukanya mengunakan beg Nadzirah. Jari Nam Joon terketar ketar menuding ke arah sesuatu.

Nadzirah melihat ke hadapan.

Miaw miaw.

Seekor kucing berbulu gebu berwarna putih dan coklat berada di hadapan mereka. Matanya berwarna biru laut menambahkan lagi kecomelannya.

"Wah! Comelnya!" Nadzirah seorang pencinta haiwan memang mengemarkan kucing kucing comel seperti itu. Lantas Nadzirah menunduk dan mendukung kucing itu. Dipeluk dicium dengan penuh kasih.

"Nam Joon.. kau tak nak tengok ke kucing ni?" Nadzirah memandang tepat ke wajah Nam Joon. Jarak antara mereka jauh. Nam Joon mengeleng. Mukanya berkerut seribu. Nadzirah kehairanan.

"Nam Joon.." Nadzirah berjalan mendekati Nam Joon. Tangannya masih mengendong kucing comel itu. Nam Joon berganjak kebelakang.

"Nadzirah jangan dekat! I warning you!" Jerit Nam Joon. Nadzirah tersengih. Barulah dia tahu kenapa Nam Joon menyorok di belakangnya tadi. Otaknya melahirkan idea nakal.

"Kenapa? Marilah sini. Tengok kucing ni" Nadzirah semakin mendekati Nam Joon. Nam Joon mengundur ke belakang.

"No Nadzirah! No! Aku takut kucing! Aku takut!" Akhirnya Nam Joon bersuara memberi tahu kenyataan.

"Hahahaha! Monster takut kucing! Ya Allah! Hahahaha!" Galak Nadzirah mentertawakan Nam Joon. Langkahnya terhenti dan tidak lagi mengusik Nam Joon. Dibelai kucing itu dan melihat dilehernya terdapat reben dan loceng bertulis 'Piyo' itu menandakan kucing ini bertuan dan namanya adalah Piyo. How cute?

Kenapa Nam Joon takut dengan makhluk Allah yang comel ni? Nadzirah tersengih.

"Dahlah Nadzirah! Lepaskan dia. Jom balik!" Nam Joon memberi amarah. Nadzirah masih belum puas. Dibisik ke telinga kucing berharap kucing itu mengerti idea jahatnya.

Miaw miaw

Jawab kucing itu seolah faham dengan permintaan Nadzirah. Nadzirah meletakkan kucing itu di atas tanah. Nam Joon menarik nafas lega. Kakinya melangkah untuk bersedia pulang.

Miaw miaw!

Langkah Nam Joon terhenti. Bunyi itu betul betul hampir dengannya. Perlahan Nam Joon melihat ke bawah. Berdiri seluruh bulu roma Nam Joon. Kucing itu betul betul berada di kakinya sedang mengesel gesel manja.

"NADZIRAH!!"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Tersengih sengih Nadzirah terkenangkan waktu itu. Sepatutnya waktu itu Nam Joon yang membuli Nadzirah tapi hanya kerana seekor kucing, Nadzirah dapat membalas balik perbuatan Nam Joon.

"Dah. Tak payah ingatkan balik kisah tuh. Menyampah aku dengar!" Nam Joon menyergah Nadzirah. Nadzirah tergelak kecil. Tangannya kembali menulis bait bait lirik yang sesuai untuk digunakan nanti. Nam Joon pula mencipta melodi lagu dari komputer dan sibuk mencari rentak yang sesuai. Barulah hasilnya memuaskan hati.

"Nadzirah, aku nak tanya boleh?" Soal Nam Joon. Tangan dan matanya masih fokus pada komputernya.

"Tanyalah" jawab Nadzirah sepatah.

"Kau takda rumah ke kat sini? Sebab selalu aku ambil kau mesti kat hotel yang berbeza"

Tangan Nadzirah terhenti menulis. Dia merenung Nam Joon.

Bersambung...

__________________________________

Hai bananas ♡ . Please jangan soal Kyung, "namjoon takut kucing ke? Takut ke?"

Kyung sendiri tak tau. Ini hanya rekaan je ya 😂 sekian.

Xoxo, Kyungru ♡

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now