|| Chocolate

2K 315 12
                                    

"Nadzirah, aku minta maaf"

Nadzirah terdiam dengan permohonan maaf dari Nam Joon. Dia tidak menyangka Nam Joon akan minta maaf setelah Nadzirah berfikir Nam Joon akan naik angin dan sakit hati dengan sindirannya. Ternyata tidak. Nam Joon sendiri yang mulakan langkah. Nadzirah tersenyum senang.

"Takpa. Benda dah jadi, we start it over okay?" Nadzirah cuba untuk memulihkan hubungan dia bersama Nam Joon yang agak keruh. Nam Joon turut tersenyum dan mengangguk kecil.

"Aku janji, sepanjang kau ada di sini aku akan jaga kau sebaik mungkin!" Nam Joon menabur janji kepada Nadzirah. Nadzirah tersentak. Jantungnya berdegup kencang dan serta merta wajah Nadzirah terasa panas dengan janji Nam Joon itu. Nadzirah berdebat dengan diri sendiri.

"Yelah tu" ringkas Nadzirah membalas. Sengaja tidak mahu menunjukkan perasaannya yang sedang berkocak hebat dalam hati. Nam Joon tergelak besar dengan tindak balas Nadzirah. Wujud satu perasaan antara mereka. Dan rasa itu tidak dikenal pasti. Namun yang mereka tahu, saat ini adalah saat yang paling manis sejak pertemuan pertama mereka.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Betullah tu ayatnya" bentak Nadzirah. Nam Joon menggeleng kepala. Kertas putih ditangannya di baca semula. Bait lirik Nadzirah sudah cukup sempurna namun tidak kemas dan agak berterabur pada pandangan Nam Joon.

Nadzirah merengus kecil. "Apa lagi yang tak betul?" Protes Nadzirah terhadap Nam Joon.

"Dah aku cakap tak betul. Tak betullah" Nam Joon mula membakar hati Nadzirah. Sengaja membuat gadis itu naik angin. Nadzirah merenung tajam Nam Joon. Tahu Nam Joon sengaja. Walaupun hubungan mereka semakin baik namun gaduh, gurau kasar itu tetap ada. Nadzirah tak kisah. Kerana Itulah yang mewarnai dunia mereka.

"Okay kalau gitu kau buatlah sendiri kalau pandai sangat!" cabar Nadzirah. Ketawa Nam Joon meletus. Wajah Nadzirah berkerut dengan sikap Nam Joon. Apa yang kelakar?

"Hye! Siapa ketua sekarang?" Sakat Nam Joon apabila ketawanya surut. Nadzirah mengerut dahinya. Lalu merengus kecil.

"Fine!" Kertas di tangan Nam Joon di rampas. Nadzirah menolak Nam Joon ketepi dan mengambil komputer riba miliknya dan untuk edit kembali apa yang Nam Joon kata salah.

"Hai, gaduh ke?" Satu suara menegur mereka. Nadzirah mengangkat wajahnya. Terbit sebuah senyuman di bibirnya.

"No. We're just having FUN. Can't you see it?" perkataan 'fun' ditekankan agar Nam Joon terasa dengan sindirannya. Nam Joon berdecit. Sarang dihadapan Nadzirah tergelak kecil.

"Hahaha. Both of you are so cute" puji Sarang. Sarang duduk bersebelahan Nadzirah. Wajah Nadzirah terasa panas dengan pujian itu. Kembali matanya dikunci pada skrin komputer riba. Nam Joon mengerling ke Sarang.

"Kau nak apa Sarang?" Suara Nam Joon mendatar dan tidak kedengaran mesra. Jarang sekali wanita itu datang menegur dia. Bukan Nam Joon tak tahu perangai Sarang macam mana. Satu bangunan kenal siapa Min Sarang.

"Saja nak lawat adik kesayangan aku ni. Tak boleh ke?" Seraya Sarang memaut bahu Nadzirah. Jemari Nadzirah terhenti dan matanya memandang tepat ke wajah Sarang.

"Adik?"

Sarang menoleh ke arah Nadzirah lalu menghadiahkan senyuman manis. Sarang mengangguk kecil. "Yes, Saeng. Umur Nadzirah 18 kan? Umur Unnie 23" sekali gus Sarang pakatkan dirinya 'Unnie' Nadzirah terlopong seketika.

"Ops. Mianhae Unnie Sarang. Start from now i call you Unnie okay?" Suara Nadzirah kedengaran bahagia saat itu. Nam Joon hanya memerhati drama mereka dengan wajah mencuka. Bingkas Sarang bangun.

"Cheonma, Unnie pergi dulu okay? See ya" Sarang beredar sambil melambai tangan ke arah Nadzirah. Nadzirah membalas dengan penuh ceria. Teruja apabila dia mendapat kakak angkat yang cantik dan baik secara tidak langsung.

"Kenapa kau kawan dengan perempuan macam tu?" Soal Nam Joon apabila Sarang hilang dari pandangan. Kening Nadzirah berkerut.

"Kenapa? Unnie Sarang baiklah" Nadzirah mempertahankan Sarang. Nam Joon menggeleng kepala. "Kau belum kenal dia lagi, nanti kau tengoklah perangai macam mana. Cuma satu je aku nak cakap, aku tak suka kau kawan dengan dia!"

Sekali hembus Nam Joon bersuara dengan tegas. Nadzirah terdiam. Takut untuk membalas. Ini pertama kali Nadzirah terasa dengan ketegasan Nam Joon. Perlahan Nadzirah menunduk dan sambung kembali kerjanya yang tertangguh.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Dihari minggu, Nadzirah dan Nam Joon dibenarkan untuk berehat dari segala kerja. Nadzirah melangkah keluar dari biliknya dan melihat sekeliling rumah. Tiada orang? Selalu waktu pagi begini pasti keluarga Kim meriah walaupun mereka hanya berempat.

Nadzirah menapak menuju ke ruang tamu. Kosong juga. Rumah terasa sunyi. Perut Nadzirah berkeroncong. Diusap perutnya perlahan dan Nadzirah menuju ke bahagian dapur pula.

Nadzirah mencari makanan yang ada di rumah ini. Dibuka peti sejuk dan Nadzirah menunduk untuk mencari makanan. Sebungkus coklat berada di peti sejuk. Dek kerana terlalu lapar, tanpa segan silu Nadzirah menggapai bungkusan tersebut dan dikoyak untuk makan.

"Nadzirah!"

Bersambung...

__________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now