|| Lychee

1.8K 306 27
                                    

"Nadzirah.. Aku.."

"Nadzirah!" Panggil Jung Kook dari jauh. Ayat Nam Joon tergantung. Nadzirah menoleh ke arah Jung Kook. Tangannya Jung Kook memanggil Nadzirah agar mendekati dirinya.

Nadzirah mengangkat tangan tanda 'sekejap'. Nadzirah memandang Nam Joon semula.

"Kau apa Nam Joon?"

Nam Joon terdiam sejenak. Lantas kepalanya di geleng. Nadzirah mencedik. Seperti ada yang tak kena. Segera Nadzirah melangkah meninggalkan Nam Joon.

Nam Joon menarik nafas dalam. Esok merupanya hari terakhir Nadzirah berada di Korea. Kenapa sukar untuk meluahkan segalanya? 

Nam Joon memerhati Nadzirah dari jauh. Senyuman yang terukir pada wajah gadis itu pasti akan dirindui nanti.

Nam Joon tahu harapan dia untuk mendapatkan Nadzirah agak tipis. Tengok Jung Kook. Pandai menceriakan Nadzirah ketika saat saat akhir Nadzirah di sini.

Nam Joon? Hanya mementingkan diri meminta Nadzirah agar tidak pulang hanya kerana takut rindu mengganggu kehidupan harian.

Mata Nadzirah memandang Nam Joon. Terdetik dalam hatinya apa yang jejaka itu sedang berfikir. Dari tadi hanya mendiamkan diri dan lebih suka bersendirian.

Hari ini hari terakhir. Sepatutnya Nam Joon berada di sisinya. Untuk meraikan bersama. Jujur Nadzirah sedikit sedih apabila Nam Joon lebih banyak membisu dari bercakap seperti hari biasa.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nadzirah menarik bagasi yang berisi pakaian dan segala barang peribadi. 3 bulan menatap di negara asing kini tibalah waktu Nadzirah pulang ke tanah air.

"Nanti dah sampai Malaysia, jangan lupakan Omma" Puan Kim memeluk tubuh Nadzirah. Terasa sebak pula. Sepanjang Nadzirah berada disini, Puan Kim sudah dianggap seperti ibu kandung.

Nadzirah membalas pelukan Puan Kim dan beralih ke Ha Na Unnie. Air mata yang terasa hangat seperti mahu mengalir.

"Mana Nam Joon?"

Soal Tuan Kim. Pelukan antara Ha Na dan Nadzirah terlerai. Namun pegangan tangan masih belum terlepas. Ha Na menjungkit bahu.

"Dari tadi dia tak keluar dari bilik"

Adu Ha Na. Puan Kim mengeluh perlahan. Nadzirah tersenyum hambar. Segera mengusap lembut tangan orang tua itu agar kemarahannya surut.

"Takpalah Omma. Saya okay.. Erm kirim salam kat dia ya?"

Pujuk Nadzirah. Puan Kim cuba tersenyum pada hari terakhir Nadzirah. Timbul rasa kasihan di dalam hatinya.

"Kamu pergi lapangan terbang dengan siapa?" soal Tuan Kim. Nadzirah mengalihkan pandangan ke arah ayah Nam Joon.

"Teksi. Sekejap lagi sampai"

Serentak hon kereta berbunyi. Nadzirah menarik nafas. Waktunya telah tiba. Nadzirah bangun dan menarik bagasinya. Langkahnya mula meninggalkan rumah Nam Joon.

Setelah selesai memasukkan bagasi. Pintu kereta dibuka. Berulang kali Nadzirah menarik nafas dalam. Nadzirah menoleh ke belakang. Berharap Nam Joon datang dan mengikut dia ke lapangan terbang.

Hampa. Nam Joon langsung tidak munculkan diri. Nadzirah masuk ke dalam perut kereta dan pemandu teksi itu menekan pedal minyak menuju ke Lapangan terbang Incheon

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Setelah pemergian Nadzirah, Nam Joon masuk ke ruang bilik Nadzirah. Baru beberapa minit gadis itu pergi rindu hadir menerjah ke dalam hati.

Nam Joon bukan sengaja melakukan semua ini. Hatinya juga terasa berat hendak melepaskan. Nam Joon takut.

Takut apabila dia berada di hadapan Nadzirah sekarang, dia tak mampu untuk ucapkan selamat tinggal sebaliknya menghalang Nadzirah untuk pergi.

Nam Joon menghempas tubuhnya ke atas katil yang pernah menjadi milik Nadzirah. Masih terasa bayangan gadis itu. Nam Joon mengalihkan pandangannya ke tepi.

Satu bungkusan kecil berada disisinya. Nam Joon bangun. Segera membuka bungkusan tersebut.

Gelang merah jambu milik Nadzirah terkeluar. Satu kad kecil yang ditulis dengan tulisan Nadzirah Nam Joon baca.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Serius ke Nam Joon Hyung tak datang?"

Jung Kook mundar mandir menunggu kedatangan Nam Joon. Tae Hyung berdiri di sebelah Nadzirah juga berfikir apa punca Nam Joon Hyung tidak hadirkan diri pada hari ini.

Nadzirah membatu. Tangannya setia menggenggam bagasi dan pasport antarabangsa beserta tiket untuk pulang ke tanah air.

Jung Kook berdecit. Hatinya terasa risau. Bukan ke Nam Joon Hyung dan Nadzirah rapat? Tak kan dia tidak punya masa untuk datang sekejap dan ucapkan selamat tinggal?

Jung Kook membuka telefon dan mendail nombor Nam Joon entah keberapa kali. Tetap tiada respon dari abangnya. Jung Kook melihat wajah Nadzirah.

Tiada senyuman dan hanya pandangan sayu. Matanya juga seolah sedang menahan sesuatu. Jung Kook mengerti perasaan Nadzirah sekarang.

"Tae Hyung jaga Nadzirah sekejap. Jung Kook nak pergi ambil Nam Joon"

Ujur Jung Kook tekad. Dia mahu Nadzirah pergi dengan wajah ceria. Jung Kook mula melangkah pergi.

"Erm Jung Kook!"

Panggil Nadzirah. Langkah Jung Kook terhenti lalu menoleh memandang Nadzirah. Gadis itu senyum tawar.

"Tak payahlah panggil dia. Waktu penerangan saya dah sampai. Jadi rasa rasa tak sempat kot kalau awak balik panggil dia"

Jung Kook mengerut wajahnya. Tae Hyung juga terdiam sejenak dengan apa yang Nadzirah katakan. Waktu berlalu dengan pantas.

"Terima kasih Jung Kook, Tae Hyung temankan saya hari ini. Saya hargai sangat sangat"

Nadzirah membongkokkan badan tanda berterima kasih. Badannya ditegaknya semula. Air mata yang terasa mahu mengalir di tahan.

"Kirim salam dekat semua ya?"

Ucap Nadzirah pada saat terakhir. Panggilan waktu pelepasan Korea ke Malaysia kedengaran kali ke dua.

Jung Kook mengalah. Perlahan dia mengangguk dan cuba untuk tersenyum. Nadzirah tersenyum manis. Bagasinya di tarik ke kawasan balai pelepasan.

Pasport diberi kepada penjaga disitu dan Nadzirah merenung ke luar. Masih berharap.

Nadzirah menuju ke arah pesawat. Kunjungan Nadzirah disambut oleh pramugari dengan ramah dan Nadzirah mengambil tempat duduk di ruang yang disediakan.

Nadzirah memandang ke luar tingkap. Harapannya semakin layu. Nadzirah menarik nafas dan mengucapkan selamat tinggal.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Kad tersebut di baca.

Dear Nam Joon, Jo-a-hae-yo :)
Thanks for everything!

Bersambung...

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now