|| Redbean

1.9K 299 72
                                    

Nam Joon membuka kelopak mata yang terasa berat. Suhu badan terasa sejuk dan panas. Kain basah mendarat tepat dibahunya. Nam Joon melihat sekeliling dia berada di tengah ruang tamu, terbaring di atas sambil dan tubuhnya diselubungi selimut tebal.

"Aish tulah! Nak sangat tunjuk hero. Kan dah demam" Ha Na membebel sambil meletakan kain basah di dahi Nam Joon dengan kasar. Demam? Hais sampai boleh demam aku nih. Keluh Nam Joon.

"Argh! Buat kerja biarlah ikhlas"

"Nak ikhlas? Ini lah ikhlasnya!" Ha Na membalas kasar. Sengaja mengapi apikan kemarahan Nam Joon.

"Nam Joon?" tegur Nadzirah lembut. Nam Joon menoleh. Kebetulan Nadzirah berdiri ditepi sofa sambil memerhatikan gelagat dua beradik itu. "Kau okay?" soal Nadzirah prihatin. Nam Joon tersenyum nipis.

"Okay"

"Eleleleh! Tak payah berlakonlah. Badan Oppa panas sangat" perli Ha Na. Nam Joon senyum kelat. Sentuhan hangat di dahinya terasa. Nadzirah meletakan tangann di dahi Nam Joon untuk merasa suhu badan. Nam Joon terkedu seketika.

"Sorry Nam Joon. Sebab aku kau demam" Nadzirah memohon maaf dan merasa amat bersalah atas kejadian yang berlaku semalam. Nam Joon tersenyum nakal.

"Kalau aku tak nak maafkan kau?"

Dahi Nadzirah berkerut.

"Okay, Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau. Asalkan kau maafkan aku" Nadzirah mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Nam Joon tergelak kecil. "Betul?"

Laju Nadzirah menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu, aku nak kau masak Asam Pedas macam haritu"

Mata Nadzirah membulat. Biar betul?!

"Kau tu demam! Mana boleh makan benda macam tu. Kau nih mengarutlah" Nadzirah mula membantah kehendak Nam Joon. Terjengil matanya dengan permintaan lelaki itu.

"Alah. Mana ada. Bolehlah"

"Tak!"

"Kenapa?"

"Sebab kau demam! Lainlah kalau Sup atau bubur. Aku boleh terima lagi. Nih Asam pedas.. Aishhh!"

"Tak nak tak nak. Nak asam pedas" Nam Joon merengek manja. Nadzirah mengerut wajahnya.

"Sudahlah. Menyesal pula aku offer janji tadi. Tarik balik lah. Padan muka kau demam. Bye" Nadzirah memusingkan badannya dan berlalu pergi. Ha Na tergelak besar dengan telatah mereka.

"Yah! Nadzirah! Kau jangan gelak" Nam Joon merengus geram.

"HAHAHA!" Ha Na menekan nekan perutnya menahan gelak tawa. Nam Joon mengerling tajam ke arah adiknya.

"Padan muka Oppa. Siapa suruh mengada" Tersengih sengih Ha Na memerli abangnya. Nam Joon mengeluh seketika.

"Oppa sebenarnya... Suka dia kan?" Ha Na mula mengorek rahsia abangnya. Soalan yang sudah lama bersarang dalam benak fikirannya.

"Bwo? Kalau ya kenapa?" Nam Joon tidak membalas sebaliknya di soal pula dengan soalan.

"Oppa taukan walau macam mana terjadi pun. Oppa dengan dia tak akan bersama?" Ha Na menarik Nam Joon ke dunia realiti. Sekilas Nam Joon merenung adiknya. Cuba untuk mencerna maksud Ha Na.

"What do you mean?"

Ha Na senyum nipis. "Kehidupan kita,  Suasana sekeliling kita, budaya kita, Agama kita.. 100% berbeza dengan Nadzirah"

Nam Joon mengangguk perlahan tanda faham. Bukan dia tidak pernah fikir tentang ini. Terkenang Nam Joon seketika perbualan antara dia dan Nadzirah tempoh hari.

"Nadzirah.. Tengok diorang" Nam Joon memandang sepasang kekasih sedang menikmati makanan bersama. Nadzirah memandang ke arah yang Nam Joon maksudkan. Waktu itu mereka sedang makan tengahari bersama.

"Erm. Kenapa?"

"Peliklah. Kehidupan mereka berbeza. Macam mana boleh bersama?" Nam Joon menilik gadis pasangan itu. Kepalanya tertutup dengan hijab sama seperti Nadzirah dan lelaki itu pula berwajah korea sama seperti dia.

"Haha. Takda yang peliklah. Bagi aku diorang sangat awesome"

"Why?"

"Sebab terima kekurangan masing-masing"
"Maksud kau?"

"Hehe. Kalau jodoh tak kemana"

"Jodoh?"

"Jodoh tu macam.. Contoh ya, sejauh mana pun aku pergi.. Kalau aku jodoh kau, aku tetap milik kau" Terang Nadzirah sambil tersenyum manis. Oh. Nam Joon mengangguk faham.

"Kalau dia Jodoh Oppa. Dia tak akan kemana" Nam Joon bersuara bingkas bangun meninggalkan Ha Na. Giliran Ha Na pula untuk blur dengan penerangan Nam Joon. Jodoh? Apakah?

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Sikit lagi! And everything is done Nadzirah" Nam Joon tersenyum saat album mininya hampir siap setelah 3 bulan berusaha bersama. Jarinya sibuk menekan nekan papan kekunci.

"Nae..." Nadzirah juga tidak sabar mahu menghabiskan segala urusan kerjanya. Akhirnya.. Waktu berehat. Tunggu Nam Joon menyimpan segala maklumat dan bentangkan kepada Bighit. Dan kerja Nadzirah berakhir.

"Okay! Dah siap. Yeahhhhh!" Nam Joon menyorak gembira. Nadzirah menayang senyuman lebarnya.

"Jinja?" Nadzirah menunduk untuk melihat skrin komputer.

"Nae! Tahniah Nadzirah"

"Tahniah Nam Joon!"

"Let's celebrate it"

Bingkas Nam Joon bangun dan keluar meninggalkan studio seketika. Nadzirah tersenyum nipis dan menilik hasil kerja mereka berdua selama ini.

'Ini juga bermakna aku harus pergi?' detik Nadzirah seketika. Perlahan-lahan senyuman Nadzirah pudar.

"Hai Dongsaeng"

Nadzirah menoleh. Sarang Unnie berada di pintu studio. "Unnie.. Masuklah" pelawa Nadzirah. Sarang melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Nadzirah.

"Wah... Kerja dah siap ya?"

Nadzirah memandang Sarang dan senyum hambar sambil mengangguk. Entah kenapa Nadzirah tidak rasa gembira dengan semuanya ini.

"Janganlah sedih... Sebelum pergi Nadzirah mengakulah segalanya" Sarang memujuk hati adik angkatnya. Dia mengerti keadaan Nadzirah sekarang. Nadzirah sekadar senyum nipis.

Telefon Nadzirah berdering kuat. Lantas warna hijau di tekan dan telefon dilekapkan ke telinganya.

"Ah. Okay jap aku datang" Nadzirah bangun dari duduknya.

"Unnie. Saya kena keluar tolong Nam Joon sekejap. Unnie tunggu sini ya" Nadzirah keluar dari bilik studio. Sarang tersenyum sinis.

"Okay saeng.." balas Sarang perlahan. Apabila Nadzirah hilang dari pandangan, dengan licik Sarang menekan sesuatu di komputer milik Nam Joon.

Bersambung...
__________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now