|| Kimchi

2K 320 36
                                    

"Kau kat mana?" Suara Nam Joon kedengaran tegas dan mendatar. Nadzirah menelan liur. "Erm. lunch together with Sarang Unnie" jawab Nadzirah teragak agak.

"Sebelum aku tarik kau balik, kau keluar sekarang!"

Nam Joon memberi amaran kepada Nadzirah. Nadzirah terasa dicabar. Siapa Nam Joon untuk menghalang dia keluar bersama Sarang Unnie? Hatinya terasa sakit. Matanya melilau mencari kelibat Nam Joon.

"Tak nak!" Nadzirah berdegil. Kepalanya di geleng laju. Sarang hanya memerhati dengan pelik. Serta merta Talian mereka diputuskan oleh Nam Joon. Nadzirah terkedu. Matanya kembali merenung skrin telefon. Seolah tidak percaya Nam Joon tidak terus memarahinya kerana berdegil.

Beberapa saat pintu restoran terbuka. Nam Joon berjalan laju ke arah meja makan mereka. Terjegil mata Nadzirah memandang Nam Joon. Tangan Nam Joon menarik lengang baju Nadzirah.

"Balik!" Suara Nam Joon meninggi. Seluruh pelanggan dan pekerja di restoran itu menyaksikan babak seketika. Bingkas Nadzirah bangun. Kali ini dia benar benar takut untuk melawan kata Nam Joon.

"Nam Joon! Kenapa ni? Biarlah dia makan dengan aku!" Sarang cuba menyelamatkan Nadzirah dari ketegasan Nam Joon. Nadzirah tersepit antara dua. Mata Nam Joon menikam anak mata Sarang. Wanita yang paling dia benci di muka bumi ini.

"Kau jangan nak berlagak baik Sarang! Aku kenal kau siapa! Sekali kau tarik Nadzirah dalam masalah, berganda ganda masalah yang akan timpa kau!" Nam Joon memberi amaran terakhir kepada Sarang dan menolak tubuh Nadzirah kasar.

"Masuk dalam kereta aku!" Pekik Nam Joon. Nadzirah mengatur langkahnya menuju ke kawasan kereta Nam Joon. Entah kenapa Nadzirah terasa sayu dengan perbuatan Nam Joon. Hatinya seolah dirobek halus. Mata Nadzirah terasa hangat dan Air mata seperti mahu jatuh di pipi.

Kereta Nam Joon bergerak laju meninggalkan restoran tersebut. Mereka membisu. Nadzirah dari tadi hanya membuang pandangannya ke luar tingkap. Hatinya masih sebal dengan Nam Joon. Nam Joon memandang Nadzirah disisinya.

"Aku hantar kau balik rumah. Tak payah kerja hari ni. Nanti aku cakap dengan PD"

Nadzirah kekal membisu. Satu keluhan berat Nam Joon lepaskan. Dia cuma mahu melindungi Nadzirah. Bukan sengaja Nam Joon bertindak kasar seperti tadi kepada Nadzirah. Jauh disudut hati, Nam Joon berharap Nadzirah mengerti apa yang dia buat tadi adalah yang terbaik buat dirinya dan juga hubungan mereka.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Sesampai sahaja di rumah terus Nadzirah keluar darj kereta Nam Joon tanpa sebarang kata. Wajahnya ditarik dan mata Nadzirah kelihatan merah. Nam Joon sekadar memerhati tingkah laku Nadzirah. Dia tahu sekejap lagi pasti Nadzirah menjalankan sesi mogok dan boikot Nam Joon.

Nam Joon menghentak perlahan kepalanya di stering kereta. Ligat berfikir cara untuk memujuk hati Nadzirah. Ah! Nadzirah kalau merajuk bukan senang dipujuk! Gerutu Nam Joon di dalam hati.

Asam pedas.. rasanya masam dan pedas. Sama seperti Kimchi..

Kimchi? Serta merta benak fikiran Nam Joon membuahkan idea. Terus Nam Joon memandu keretanya ke pasar menjual makanan halal. Agak mahal barang mentahnya namun demi memujuk hati Nadzirah, Nam Joon sanggup melakukan.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon meletakkan segala bahan mentah di atas meja. Dengan bantuan Encik google Nam Joon berjaya membeli bahan untuk membuat Kimchi. Bersedia untuk menjadi Mr.Chef buat Nadzirah hari ini.

"Wah! Banyaknya barang. Siapa nak masak ni?" Ha Na datang meninjau keadaan abangnya di dapur. Nam Joon memegang pisau, apron pink tergantung di lehernya.

"Siapa lagi kalau bukan Oppa" Debik Nam Joon membanggakan diri. Mata Ha Na membulat.

"Oppa masak?"

Nam Joon mengangguk kepala. Serta merta ketawa Ha Na meletus. Perutnya dipegang tanda begitu lucu dengan jenaka abangnya. Dahi Nam joon berkerut. Pelik dengan sikap adiknya tiba tiba ketawa tanpa sebab.

"Oh, Oppa serius eh? Hahaha okay. Okay" Ha Na menghabiskan sisa ketawanya. Wajah Nam Joon memandang Ha Na serius. Ha Na berhenti ketawa.

"Kenapa Oppa nak masak? Selalu kalau lapar je, mesti Oppa minta Ha Na masakkan" soal Ha Na kepada Nam Joon. Tangan Nam Joon mengeluarkan satu persatu bahan dalam plastik. Dia berfikir sejenak.

'Kenapa aku beria masak untuk dia?'

"Dia merajuk" jawab Nam Joon ringkas. Terus bersedia untuk membuat Kimchi. Ha Na memandang wajah abangnya dengan penuh tanda tanya.

"So Oppa nak pujuk dia la ni? Wah! Specialnya Nadzirah. Ada pape ke?" Usik Ha Na sambil menayangkan sengihan. Wajah Nam Joon terasa bahang. "Mana ada!" Laju Nam Joon menindakkan kata Ha Na.

"Iyalah. Selalu perempuan merajuk dengan Oppa, Oppa mana kisah. Tapi Nadzirah sorang nih jeh Oppa sanggup belajar masak untuk dia. Memang Oppa dah sayang dia kan?" Ha Na menyerang Nam Joon dengan soalan cepumas. Semakin bahang wajah Nam Joon. Aku sayang dia? Arghhh. Oh, No way.

"Please Ha Na, She not my type"

Bersambung...

_______________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now