|| Blueberry

1.7K 281 35
                                    

Nadzirah menjinjit plastik Kfc yang masih panas baru dibeli oleh Nam Joon. Kakinya melangkah masuk ke dalam studio yang ditempatkan mereka membuat lagu sebentar tadi.

"Eh.. Mana Sarang Unnie?" bisik hati Nadzirah pelik sambil meletakkan makanan di atas meja. Nadzirah melihat sekeliling mencari Sarang, kerana Nadzirah sudah minta Sarang untuk tunggu sebentar dan makan bersama jika boleh. Giliran Nam Joon melangkah masuk.

"Kenapa?"

"Erm.. Tadi Sarang Unnie ada kat sini. Tiba tiba hilang"

"Biarlah! Jom makan" Nam Joon duduk di atas kerusi berhadapan meja dan mula membuka bungkusan makanan. Ditarik Nadzirah duduk berhadapannya dan menyuakan ayam goreng tepung ke pinggan Nadzirah.

"Erm" Nadzirah rasa sedikit cuak namun dibiarkan sahaja. Terus mereka makan tanpa mensyaki apa apa. Sarang memerhati mereka dari jarak jauh. Pendrive di tangannya di genggam dan tersenyum penuh sinis.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Telefon Nam Joon berdering kuat. Matanya yang masih berat dek kerana tidur lewat malam tadi sedaya upaya dibuka untuk menyahut panggilan telefon. IPhone di sisi katil dicapai. Terus jarinya menekan butang hijau dan dilekapkan ke telinga.

"Hello Nam Joon! Album kau dah siap belum? Tarikh tutup dah nak dekat ni"

Oh. Panggilan dari PD nim rupanya. Dari baring, Nam Joon menukar posisinya duduk diatas katil. Matanya di kesat. "Erm. Dah siap pun.. Tunggu bentangkan sahaja" suara pagi Nam Joon kedengaran.

"Haa. Baguslah. Kita bentangkan hari nih lepastu terus boleh record. Cepat bangun datang Bighit!"

Arah PDnya agak garang. Terus Nam Joon bersetuju dan menekan butang tamat panggilan. Nam Joon merenung skrin telefonnya. Terdapat satu mesej belum dibaca.

"Good Morning Nam Joon! :D Cepat bangun. Kita kena pergi Bighit nih" - Budak pendek.

Nam Joon tersenyum manis. Berbunga paginya apabila menerima mesej sebegitu dari Nadzirah. Nam Joon menutup telefonnya dan melihat keluar jendela sebentar. Cuaca yang baik mungkin ini masa yang terbaik. Terus Nam Joon bangun dan bersedia untuk menghadapi dunia harinya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon menyelongkar komputernya mencari data yang disimpan semalam. Tak ada? Gumam Nam Joon. Kenapa tak ada? Detik hati Nam Joon sekali lagi. Nam Joon tidak mengalah terus berusaha mencari. Wajahnya menggelabah.

"Nadzirah.. Mana file yang aku simpan semalam?" soal Nam Joon. Matanya tidak memandang Nadzirah dah fokus pada skrin komputer. Hatinya mula berdegup pantas. Nadzirah terpaku.

"Erm.. Mana aku tau. kau yang simpan"

Nam Joon menggeleng kepala. Terus jari jari menekan nekan untuk mencari data yang disimpan semalam. Tak kan aku terbuang?

"Kenapa nih Nam Joon?  Korang dah siapkan ke belum?" DP mereka bersuara tegas. Nadzirah menelan liur. Otaknya ligat berfikir kemana perginya data yang disimpan oleh Nam Joon semalam. Wajah Sarang melintasi fikiran Nadzirah.

Nadzirah mengapai telefonnya. Nama Sarang dicari dan panggilan disambung. Setiap deringan berbunyi Nadzirah berharap Sarang menjawab untuk membantu dia.

Gagal. Usaha Nadzirah sia sia kerana Sarang tidak menjawab panggilannya.

"Kau telefon siapa?" Nam Joon bersuara.

"Erm. Sarang Unnie"

"Kenapa telefon dia pula?"

Sekali lagi Nadzirah terpapar. Harus ke aku bagitau Nam Joon, yang Sarang ada disini semalam? Detik hati Nadzirah. Pasti Nam Joon akan mengamuk nanti. Nadzirah menarik nafas dalam.

"Erm... Semalam dia ada kat sini masa kita pergi beli Kfc sekejap"

Suasana sepi seketika. Jari Nam Joon yang laju menaip tadi terhenti. Atmosfera terasa sunyi dan seolah masa berhenti detiknya.

"Betul Nadzirah?" Nam Joon bersuara teragak agak seolah menahan geram. Nadzirah memejam matanya seketika dan bersedia untuk dimarah atau lebih teruk dimaki oleh Nam Joon. Nadzirah mengangguk kecil.

Bingkas Nam Joon bangun. Kakinya melangkah keluar dari studio dan menuju ke sesuatu tempat. PD Nim dan Nadzirah terkejut dengan tindakan Nam Joon. Nadzirah bangun, cuba untuk mengikut langkah Nam Joon yang semakin laju.

Langkah mereka terhenti disebuah bilik mesyuarat. Orang orang besar milik bangunan Bighit berada didalam sedang berbincang sesuatu. Nam Joon membuka pintu belakang agar mereka tidak sedar dengan kehadirannya.

Melodi yang amat dikenali bermain memenuhi ruang bilik tersebut. Mata Nadzirah membuntang. Lagu ini...

"Jadi itulah hasil lagu dari saya. Bagaimana? Boleh di jadikan Album?" Sarang bersuara sambil tersenyum kepada orang orang besar Bighit. Bunyi tepukan tangan kedengaran tanda mereka suka dengan 'hasil tangan' Sarang.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Apa benda yang korang buat selama ni?! Macam mana lagu yang korang buat boleh kena curi?!" PD Nim menjerit jerit memarahi Nam Joon dan Nadzirah. Mereka menunduk. Nadzirah seolah tidak percaya, Kakak angkatnya sendiri sanggup menganiaya dirinya.

Air mata yang terasa mahu mengalir ditahan.

"Habis tu mcm mana sekarang?! Nam Joon?! Nadzirah? Deadline dah nak dekat. Tolong jangan main main dalam soal kerja" sekali lagi PD menyerang mereka dengan amarah. Nam Joon memandang Nadzirah sekilas lalu membuka mulutnya.

"Saya cuba mula semula dengan secepat mungkin. Percayalah"

"Okay! Aku tak nak lanjutkan tarikh tamat. Korang kena siapkan. Tak kira apa apa cara sekali pun!" dengan tegas PD bersuara dan melangkah keluar dari bilik kerja mereka.

Nadzirah masih menunduk. Nam Joon memandang Nadzirah dengan penuh rasa marah. Jika difikirkan balik, memang ini semua silap Nadzirah. Nam Joon menahan geram. Ditarik nafas dan di hembus.

"Kau keluar Nadzirah. Biar aku buat seorang" Suara Nam Joon kedengaran mendatar. Nadzirah terkedu.

"Kenapa? Biarlah aku.."

"Kau faham tak?! Keluar! Biar aku yang buat seorang!" suara Nam Joon kedengaran lantang memintas ayat Nadzirah. Nadzirah terdiam. Terus dia bangun dan laju melangkah keluar dari bilik. Air mata jernih jeles kelihatan pada pandangan Nam Joon.

Nam Joon meraup wajahnya.

Bersambung...

___________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now