|| Lemon

1.9K 304 36
                                    

Terus Nam Joon menaip setiap bait perkataan di komputer ribanya. Lahir satu garisan senyuman di wajahnya.

"Nam joon.." Suara wanita menegur Nam Joon. Nam Joon mengangkat wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Wanita yang memakai kemaja lengan panjang putih dan skirt mini hitam. Sedaya upaya Sarang cuba untuk senyum. 

"Nak apa?" terus Nam Joon menyambung kerjanya yang tergendala. Malas mahu melayan wanita yang berdiri dihadapannya. 

"Nadzirah mana?" soal Sarang sambil melihat sekeliling. Selalu Nadzirah ada disamping Nam Joon namun beza dari hari ini. 

"Entah. Dia ada kerja lainlah tu" jawab Nam Joon acuh tidak acuh. Sarang kekal berdiri tegak dihadapan Nam Joon. "Kau nak apa lagi? Nadzirah takda kan? Blah la!" herdik Nam Joon sedikit keras. Jujur dia tidak suka dengan Sarang. Sarang mencebik bibirnya.

"Aku sukalah dengan Nadzirah tu.. Baik jeh. Aku nak jadikan dia P.A aku boleh?"

Permintaan Sarang itu membuatkan mata Nam Joon terbeliak. Nam Joon menjeling tajam ke arah Sarang.

"Tak boleh! Dan selama lamanya tak akan jadi P.A kau" betak Nam Joon. Nam Joon berdiri di hadapan mesin pencetak sambil menunggu helaian kertas keluar. Terasa waktu berjalan terlalu lama apabila berhadapan dengan wanita itu. Sarang tidak mengalah.

"Kenapa? Dia bukan milik kau pun! Suka hati akulah" lawan Sarang. Nam Joon mengerling sekilas dan mengambil kertas yang telah siap dicetak.

"Cubalah kalau kau berani" Nam Joon memberi amaran terakhir lalu jalan melepasi Sarang. Sarang merengus geram.

"Kau tunggu jelah!" bisik Sarang sedikit perlahan. Tidak mungkin dia akan mengalah.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon berjalan menuju ke arah sebuah kafe tempat Nadzirah menunggu kehadirannya. Bukan dia tak tahu Nadzirah berada dimana, sengaja tidak mahu Sarang mengganggu ketenteraman Nadzirah.

"Hye Nadzirah!" Tegur Nam Joon ceria. Nadzirah membalas senyuman. "Hai..." Nam Joon melabuhkan punggungnya berhadapan Nadzirah.

"Erm.." kertas ditangannya diletakan atas meja. Dia mahu Nadzirah menilik hasil kerjanya. Baru Nam Joon hendak satu suara memintas ayat Nam Joon.

"Nadzirah!"

Mereka berdua berpaling melihat gerangan tuan suara itu. Jung Kook datang menghampiri mereka sambil tersenyum lebar. Sebungkus coklat ditangannya dihulurkan kepada Nadzirah. Nadzirah tersenyum lebih lebar.

"Wah! Thanks Jung Kook!" ucap Nadzirah dengan ceria yang amat. Jung Kook mengangguk kepala.

"Takda hal lah! Kau kan suka coklat" balas Jung Kook.

"Yep! Pandai kau teka. Hahaha" Nadzirah membuka bungkusan coklat itu, mencubit sedikit dan dirasa.

Nam Joon kekal menyaksikan kemesraan Nadzirah dan Jung Kook. Coklat? Aku tak tau pun Nadzirah suka coklat. Desis hati Nam Joon sedikit kecewa.

"Erm Nadzirah.." Nam Joon akhirnya bersuara apabila bosan menjadi orang 'bisu' antara mereka. Perbualan mereka terhenti dan Nadzirah memandang Nam Joon. "Ya?"

"Jom pergi tasik? Aku tunggu dalam kereta" terus Nam Joon bangun dan menuju ke kawasan tempat letak kereta. Nadzirah sedikit bingung dan menurut permintaan Nam Joon. Nadzirah minta izin Jung Kook beredar dan mengikut jejak Nam Joon.

Sepanjang perjalanan mereka didalam kereta Nam Joon mendiamkan diri. Nadzirah semakin pelik dengan sikap Nam Joon. Kenapa dengan dia? Aku ada buat salah? Detik hati Nadzirah.

Setelah sampai di tasik Nam Joon keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Nadzirah turut serta keluar dari kereta dan berdiri bersebelahan Nam Joon yang sedang menyandarkan tubuhnya di kereta.

Nadzirah merenung Nam Joon. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya.

Nadzirah memandang tasik pula. Cantik. Nadzirah menghirup udara segar.

"Hm. Segarnya udara. Tak elok tau masam masam muka time macam nih" Nadzirah mulakan bicara. Nam Joon merenung Nadzirah dan menghela nafas. Entah kenapa dalam dirinya. Mereka berjalan di pinggir tasik.

"Erm. Dah lama ke kau rapat ke dengan Jung Kook?" soal Nam Joon. Nadzirah tersengih dan dapat mengagak apa punca Nam Joon mendiamkan diri.

"Dah lama juga. Dia comel. Dia faham aku. Umur pun jarak setahun je dengan aku. Bestlah kawan dengan dia!" panjang lebar Nadzirah memuji Jung Kook sambil memegang pipinya. Nadzirah tersenyum manis mengenangkan hubungan dia bersama Jung Kook sebagai teman rapat.

Entah kenapa Nam Joon terasa dicucuk cucuk kata kata Nadzirah. Nam Joon terbatuk sedikit. Langkah mereka terhenti.

"Kenapa Nam Joon?"

Nam Joon cuba untuk tersenyum dihadapan Nadzirah. Kertas yang dari tadi dipegang dihulur kepada Nadzirah.

"Ni lirik yang aku tulis sendiri. Macam mana? Okay tak?" Nam Joon mengalih topik. Nadzirah menyambut lalu membaca.

"Wah! Jinjja? Bestnya.. Pandai Nam Joon buat" sedaya upaya Nadzirah cuba untuk mengapai kepala Nam Joon dan mengusapnya. Nam Joon terdiam seketika dengan tindakan itu.

Gelang merah Jambu yang pernah Nadzirah menceritakan kisahnya kepada Nam Joon kelihatan longgar. Dengan tidak sengaja gelang itu tercabut cantumannya dan melayang jatuh kedalam tasik.

"Gelang aku!" jerit Nadzirah sedikit panik.

Splash! 

Bersambung...

__________________________________

Asam Pedas Untuk Namjoon | knjWhere stories live. Discover now