TDK 35

16.7K 292 6
                                    

" Tasha , Ya Allah . Kenapa jadi macam ni ? " Raisya mengenggam tangan Tasha dengan kuat . Kasihan kepada gadis itu sungguh meninggi di dalam dirinya . Walaupun banyak perkara jahat yang telah diperlakukan daripada Tasha kepadanya , namun dia masih mengambil berat tentangnya .

Setelah beberapa hari dipujuk oleh Daniel dan Asyraf , akhirnya dia mahu berjumpa dengan Tasha . Gadis yang masih terlantar di hospital itu memerlukan sokongan dan kemaafan .

" Doktor kata dia kehilangan banyak darah " Daniel memandang Raisya . Daniel tidak dibenarkan untuk mendekati Raisya , jadi dia hanya memandang Raisya daripada pintu wad sahaja . Mungkin Raisya masih trauma , dan takut kepada dirinya .

Raisya hanya diam , memandang Tasha .

Suasana sepi . Hanya Daniel , Raisya dan Tasha yang mengisi ruang wad itu . Asyraf pula duduk di luar bersama Farhan .

" Raisya.. "

Daniel memanggil nama Raisya . Raisya hanya diam dan kaku , masih lagi memandang Tasha yang belum sedarkan diri .

" Daniel minta maaf

Daniel tahu selama ni , Daniel buat salah . Gugurkan kandungan Raisya . Gugurkan anak ki-- "

" Anak Raisya. Bukan Anak kita . " Raisya seperti tahu apa yang akan keluar dari mulut Daniel .

" Anak kita . Mereka dari benih saya juga "

" Benih awak ? Ya , memang dari awak . Tapi saya yang jaga diorang selama beberapa bulan , sebelum awak tendang saya , buat saya gugur ! Dan awak masih nak kata mereka dari benih awak ? Pergi mati ! " Raisya menjerit marah , tapi tidak memandang Daniel . Daniel meraup muka . Dia tahu semuanya salah dia .

" Puas kau buat aku macam ni ? Kahwin , duakan aku ? Curang belakang aku ? Gugurkan anak anak aku ? Buat aku menderita ? Buat aku menangis setiap malam ? Buat aku hilang kepercayaan kepada manusia bernama LELAKI ? " Sambung Raisya lagi . Sakit hatinya masih lagi berbekas di dalam hati . Dia hampi hampir tidak mempercayai semua lelaki , nasib ada Asyraf yang selalu mengatakan ' tak semua lelaki sama ' .

" Tapi itu semua bukan salah aku Raisya , itu salah Tasha . Dia.. dia fitnah kau dan hancurkan rumah tangga kita " Panggilan nama tadi bertukar ke Aku-Kau .

" Tasha ? Kalau kau yang tak bodoh mesti kau akan tahu taktik penipuan Tasha . Kau tu tergoda , tergoda oleh Syaitan . Sebab tu kau tak boleh beza mana satu yang betul dan yang tak betul . Yang halal dan yang haram . Kau buta sebab godaan .

Terpaksa dalam Kerelaan Where stories live. Discover now