TDK 26

15.8K 366 37
                                    

Seminggu sudah belalu , dan inilah masa yang aku tunggu tunggu . Walaupun hati ini tak rela , walaupun hari ini akan kekal sampai bila bila , tapi inilah satu peluang bagi aku .

Untuk aku meloloskan diri daripada neraka bumi disini .

Tasha mengarahkan aku untuk mendandan rambutnya . Teserlah seri kebahagiaan pada muka nya . Sejak awal pagi hingga sekarang , tak pernah lekang senyuman daripada terukir di bibirnya .

" Ejas bagi kemas sikit . Takde masalah kan ? Kau pun dah takde anak . So semua kerja kau boleh buat " Tasha memperli aku . Apa dia ni? Dulu bukan main baik , sekarang dah jahat balik?

Betullah orang kata , Manusia mudah berubah .

Aku terus mendandan rambut Tasha . Hampir sahaja aku mengusutkan rambutnya , biar dia malu dimajlis kahwinnya ni.

Tapi , aku ingat pesan arwah Mama dulu . Jangan buat buruk pada orang walaupun orang buat buruk pada kita .

Tapi , hanya hari ini sahaja aku pegang kata kata itu .

Aku keluar dari bilik selepas selesai mendandan rambut Tasha , aku ke bilikku . Mencari cari sekeping kertas dan menulis segala misi misi aku yang akan aku jalankan pada hari ini .

Aku mesti keluar dari neraka jahanam ini .

Misi 1 :

Pecah masuk bilik Daniel , ambil segala peralatan aku yang telah dirampas .

Misi 2 :

Segera telefon Asyraf . Ya , Asyraf . Hanya dia sahaja yang faham aku . Aku nak luahkan segalanya pada dia sebaik sahaja aku telah pergi jauh dari sini .

Misi 3 :

Keluar dari pintu belakang .

Aku tersenyum sendirian . Bagus , segala beg pakain aku telah aku simpan dalam bagasi .

--------------

9:30 a.m

Pengantin lelaki , iaitu Daniel telah duduk di atas sofa . Menghadap tok kadi yang sibuk menyoal macam macam , Dan segalanya dijawab cepat oleh Daniel .

Kalau bab bab kahwin , laju pula nak jawab . Semuanya telah disimpan dalam otak . Kalau bab islam ? Berzina ? Dayus ? Tak bagi nafkah ? Wah , mana dia kesah semua tu .

Aku memandang Tasha yang berada di atas pelamin , dikelilingi Puan Risa , Lisa , dan tetamu tetamu yang datang .

Air mataku berguguran , aku sudah tiada sesiapa . Anak gugur , Suami kahwin lain . Bila minta cerai , ugut nak bunuh aku .

Bunuh lah , bunuh ! biar aku aman dengan keluarga aku semua .

Lafaz akad nikah hampir dimulakan . Inilah peluang aku , pecah masuk bilik Daniel . Aku harap dia tak kunci lah pintu dia .

Aku menuju ke bilik Daniel . Tombol pintu bilik aku pusing .

bagus , dia tak kunci pintu dia . Mungkin dia lupa dan terlalu seronok .

Aku memandang sekeliling , cantik . Hiasan bilik untuk pengantin yang aku idam idam kan selama ni , tapi semuanya Tasha yang dapat .

Apa yang dia ada , yang aku tak ada?

Aku boleh bagi zuriat .

Tasha? Entah berapa kali lakukan benda ' tu ' , tapi masih tak mengandung . Entah entah mandul .

Terpaksa dalam Kerelaan Where stories live. Discover now