New story : My Mr. Chef❤

7.9K 143 9
                                    

Assalamualaikum and hello...

Dah habis baca Terima Kasih Suamiku? Amacam? Best ke tak? Nak sis sambung lagi story ni? Hihihi.. Sudi jawab, jawablah. Duduk diam tu sis taulah dia nak sis sambung. okey gurau jerrrr..

Sambil korang tunggu sambungan TKS ni, apakata korang baca dulu my new story.. ( My Mr. Chef )Hihihi..

Di sini sis selitkan sekali prolog utk story tu.. ada masa jenguk-jenguklah cerita tu.. Okey, Itu sja.. sampai kita berjumpa lagi pada bab seterusnya...

Much love..

Prolog

Wulan merebahkan tubuhnya di atas katil empuk untuk merehatkan badannya yang keletihan akibat bekerja sepanjang hari. Jika dikata badannya letih, jiwanya lagi berkali-kali letih. Letih untuk menidakkan perasaan sendiri.

Pertemuannya dengan lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya tadi kembali berlegar-legar di mindanya. Tipulah jika dia tidak terkejut dengan kemunculan lelaki itu setelah beberapa lama mereka tidak bersua. Bukan kerana lelaki itu yang menghilang. Sebaliknya dia yang menjauh. Menjauh demi kebahagiaan orang lain.

Jujurnya... sehingga kini nama lelaki itu masih terpahat kemas di hatinya. Mana mugkin dia melupakan lelaki itu dengan secepatnya jika separuh nyawanya sudah diserahkan kepada lelaki itu.

Tuhan... betapa sakitnya dia menanggung derita hanya untuk melihat orang lain bahagia. Dia juga ingin bahagia. Akan tetapi sukar untuk digapai memandangkan kebahagiaan itulah yang dia usahakan untuk dijauhi. Suatu masa dahulu... lelaki itu adalah kebahagiaannya.

Salah diakah kerana menurut kata hati sendiri? Saat cintanya sudah berbalas, dia pula yang menolaknya semula. Seolah-olah dia permainkan perasaan orang itu.

Bukan. Bukan maksudnya untuk mempermainkan cinta orang tetapi kerana rasa tanggungjawabnya. Tanggungjawabnya dalam membaik pulih dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang hampir terputus.

Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Ada yang lebih berhak untuk mendapatkan cinta suci lelaki itu. Dan pastinya bukan dia...

Wulan memejamkan matanya.

Tanpa sedar, setitis airmata mengalir daripada mata yang terpejam rapat itu.

"Kau buat aku makin sakit Wulan..."

Kata-kata itu masih menghantui dirinya. Masih segar di ingatannya wajah sugul lelaki itu tatkala melafazkan kata sedemikian.

Jika dia merasa perbuatan Wulan menyakitkan dia, berganda-ganda lagi rasa sakit itu ditanggung oleh Wulan.

Bukan kemahuannya untuk melihat semua perkara ini terjadi. Yang dia lakukan saat ini hanyalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan untuk orang yang dicintai.

"You tak tahu. I lagi sakit kerana menyakitkan hati you. Dan you tak tahu... rasa sakitnya menanggung rindu. I rindukan you chef..."

Airmatanya menitis lagi.

Tuhan.. Engkau rawatlah hatiku ini. Rawatlah juga hati si dia yang sudah aku sakitkan itu. Bukan niatku untuk menyakitkan dia. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Selamanya...

Terima Kasih Suamiku {Completed}Where stories live. Discover now