"Jangan risau. Kau akan diam lepas ni , ya. Jadi, budak baikk.." Suho tersenyum lebar lalu menarik tangan kirinya dari mulut D.O.

D.O mahu menjerit namun segera Suho menekup mulut D.O semula dengan tangan kanannya yang dilukakan tadi. Mata D.O membuntang apabila merasakan ada suatu mengalir masuk ke dalam tekaknya berserta air yang pekat iaitu darah dari luka itu.

Pedih.

Perit.

Sakit.

Semuanya bermain dalam minda D.O.. Tangan kiri D.O mencekik tekaknya akibat terlalu sakit manakala tangan kanannya sudah lama putus.

Akhirnya, D.O tidak bergerak lagi. Hanya dadanya sahaja yang naik turun, menandakan dia masih hidup seperti Chen juga.

Pang!

Bunyi sesuatu jatuh dari kabinet belakang Suho menarik perhatian Suho dan Baekhyun.

Sehun!

"Hyung dah gila!" Dengan itu, Sehun menikam belakang Suho dengan pisau yang tajam. Berulang kali dia menikam Suho sehingga lantai yang asalnya berwarna koko kayu bertukar merah gelap. Suho rebah di situ. Sehun memerhati sekeliling. Baru dia sedar apa yang telah dilakukan. Muka dan tangannya sudah terpercik dengan darah Suho.

"Apa yang dia dah buat?!" Jerit Sehun kuat apabila melihat keadaan D.O dan Chen. Namun, dia kasihan melihat keadaan D.O. Sangat teruk. Kalau sekali pandang, dia mungkin tidak mengenali siapa itu.

"Dah.. Jom cepat." Baekhyun mengambil beberapa pisau yang masih belum digunakan lalu menarik Sehun pergi dari situ.

D.O membuka matanya dan yang pasti dia bukan lagi separuh D.O, kawan mereka. D.O kali ini sudah tidak lagi dikawal oleh diri sendiri. Yang paling teruk, Sehun yang diselaputi darah Suho meninggalkan jejaknya.

___(END FLASHBACK)_____

Sekarang, mereka yang masih normal telah bersembunyi di bilik rahsia dalam bilik Joonji . Xiumin, Lay, Baekhyun, Kai dan Sehun. Bilik yang sempit dan mereka hanya boleh mencangkung sahaja.

"Shhh.." Sehun memberi isyarat apabila terdengar bunyi seretan yang berdekatan. Xiumin mengangguk, isyarat kedua.

Mereka segera mengeluarkan pisau masing-masing. Walaupun agak gementar, diorang perlu bertahan untuk hidup.

Bunyi seretan makin dekat.

Makin dekat.

Sangat dekat.

"Korang...jangan tinggalkan aku.." Suara D.O kedengaran sayu. Kai yang mendengar suara itu segera bergerak untuk keluar dari bilik rahsia itu namun Baekhyun segera menahan. Baekhyun yang kelihatan sudah penat dengan semua itu segera menekan pisau pada tekak Kai.

"Kau bergerak aje, aku dah tak teragak-agak nak bunuh kau. Kau sedar tak kau tengah bahayakan nyawa kami semua!" Bisik Baekhyun keras. Kai menelan liur sebelum mengangguk, takut dengan reaksi serius Baekhyun. Terdengar pula esakan tangis D.O.

"Tolong aku... Tolong aku.." Rintih D.O lagi.

Sehun memerhati sekeliling dan cuba mengingati rahsia Joonji. Tangannya menyentuh dinding kayu dalam bilik itu. Sampai pada dinding dibelakangnya, dia terdengar bunyi 'klik'. Tangga ke bilik bawah tanah!

Perlahan-lahan dia menolak pintu itu. Namun, nasib mereka malang apabila pintu itu sudah lama tidak digunakan dan mengeluarkan bunyi berkeriut.

"Korang nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku..." Lay nampak mata merah D.O yang bulat mengintai dari celah pintu menyebabkan dia menolak mereka masuk ke dalam ruang tangga itu menyebabkan mereka semua terjatuh terus ke bilik bawah tanah.

"Aduh!! Sakitnya!" Jerit Kai kuat. Kakinya yang tersedia seliuh itu makin teruk sakitnya. Sehun dibawah sekali, diikuti Xiumin Kai, Baekhyun dan Lay. Lay cepat-cepat bangun lalu mencapai apa sahaja yang berat. Semuanya disandarkan pada pintu itu, menghalang D.O yang masih berada di atas.

"Cepat tolong aku! D.O dah nampak kita tadi!" Dengan suara cemas Lay, mereka segera bergegas menarik semua peralatan yang terbiar disitu lalu diletak pada pintu masuk rahsia itu.

"Bbbaekkhyun.... Ini ke budak yang kau cari tu..." Lay memandang sesuatu dihadapannya dengan mata yang terbuntang. Mereka berhenti melakukan kerja mereka dan meluru ke arah Lay.

"Ge...geunji...geunji!! Eunju!" Mata Baekhyun berair apabila melihat mayat Geunji dan Eunju yang bersandar pada dinding, disebalik kotak-kotak besar. Pelik! Mayat mereka tidak berbau apa-apa...mereka kelihatan seperti masih hidup...

"Geunji...apa dah berlaku.. Eunju...tolong beritahu aku... Macam mana aku nak selamatkan kau berdua dan keluar dari sini dengan kawan-kawan aku..." Tempik Baekhyun resah. Nampaknya Baekhyun masih tidak boleh terima hakikat bahawa moyangnya sudah mati.

"Hyungnim.."

"Baekhyun..."

Baekhyun, Xiumin, Lay, Kai dan Sehun segera mencari suara yang memanggilnya. Di suatu sudut bilik itu, ada cermin besar dan mereka berlima dapat melihat Eunju dan Geunji berada di dalam sana, mengarahkan untuk mereka masuk. Geunji kelihatan seperti kanak-kanak normal. Anak mata dan rambutanya sudah berwarna hitam. Uratnya juga sudah tiada yang kelihatan menonjol.

"Kau pasti?" Xiumin memegang bahu Baekhyun apabila Baekhyun melangkah mendekati cermin itu.

"Satu-satunya cara kita boleh keluar dari sini, hyung. Kita kena tahu sesuatu." Ujar Baekhyun yakin.

"Baiklah. Jom!"
_________________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now