"Ouh. Kenapa tak tunggu kat bilik je?" soal Hendri.

"Bella tak biasalah makan kat bilik. Bella dah terbiasa makan kat tempat yang dinamakan ruang makan."

Hendri sudah terkekeh kekeh.

"Kamu mengingatkan uncle dekat Bonda kamu." kata Hendri.

"Kenapa dengan Bonda?" soal Gabriella.

"Dulu Bonda kamu tu pernah marah Herry iaitu Ayah kamu. Ayahanda kamu dulu suka sangat makan dekat dalam bilik. Jadi, Bonda kamu bising lah. Kamu nak tau Bonda kamu kata apa kata kat Ayahanda?"

Gabriella mengangguk angguk.

"Bonda kamu kata macam ni 'selagi ada namanya ruang makan cubalah digunakan kenapa bilik tidur pula di jadikan tempat makan.' lepastu ayahanda kamu terus makan kat sini." katanya sambil ketawa.

Gabriella pun turut ikut ketawa.

"Lawak lah pulak." kata Gabriella yang masih lagi ketawa.

Sedang seronok berborak, Mica datang sambil membawa dua pinggan berisi buah.

"Silakan." kata Mica lalu meletakkan dua pinggan itu di atas meja.

"Terima kasih Mica." kata Gabriella.

Mica hanya tersenyum sambil membungkukkan badan sebelum dia beredar.

Gabriella melihat buah buahan itu. Wah ada strawberry, Epal , BlackBerry, jambu dan cherry. Nyam-nyam.

"Hah makan lah. Sedap tau. Buah ni lebih segar dari dunia lama kamu tu." kata Hendri.

Gabriella mula merasa satu persatu.

"Em~ sedapnya. Rasa fresh gila." kata Gabriella sambil menunjukkan muka terujanya.

Hendri sudah ketawa melihat reaksi muka Gabriella. Sedang Gabriella menikmati makanannya, Hendri melihat Gabriella dari atas sampai bawah.

"Bella?" panggil Hendri.

Gabriella memandang ke arah pakciknya dengan mulut yang penuh.

"Bella dah mandi belum?" soal Hendri.

"Dah lah." jawab Gabriella.

"Tapi kenapa masih pakai baju tu lagi?"

Hendri menunjuk baju yang di pakai Gabriella dengan memuncungkan mulutnya.

Gabriella sudah ketawa melihat pakciknya bersikap seperti itu.

"Gabriella tak suka pakai dress lah uncle. Oh ya. Kat sini ada shopping mall tak? Bella nak beli baju t-shirt and jeans." kata Gabriella.

"Ada tu ada. Tapi kenapa tak suka pulak. Dekat sini kamu kena pakai biar orang tau yang kamu adalah Princess dekat istana ni." kata Hendri.

"Please uncle. Kalau pasal bab-bab dress ni Bella memang susah sikit nak pakai. Bella memang dari kecik tak suka pakai. Boleh lah uncle." pujuk Gabriella.

Hendri mengeluh.

"Okayh. Uncle benarkan. Tapi.. Bila ada acara penting uncle nak kamu pakai dress paham?"

Gabriella sudah tersenyum riang.

"Paham." kata Gabriella sambil tersengih.

Hendri hanya menggelengkan kepala melihat sikap Gabriella yang pelik ni.

"Kalau macam tu nanti kamu akan berjumpa dengan Marsha. Dia akan tolong kamu untuk pilih baju. Kamu makan lah dulu. Uncle ada hal kejap." kata Hendri.

Sebelum Hendri bangun,Gabriella menarik lengan bajunya sehingga membuatnya memandang ke arah Gabriella semula.

"Mana yang lain?" tanya Gabriella.

Sekarang ni dia memang rasa sunyi. Tak ada kawan sembang. Tak ada yang nak ajak gaduh.

"Dieorang kejap lagi sampai. Bella jangan risau. Uncle pergi dulu."

Gabriella hanya mengangguk.

Hilang sahaja bayang pakciknya Gabriella mula menyambung makan.

"Weh. Bila nak habis ni. Aku rindu pulak kat Bella." kata Benny sambil memegang buku masakkan.

"Aku pun. Tak sah kalau tak tengok muka dia setiap hari." Kevin pula bersuara.

Alvin yang mendengar mula memasang muka menyampah.

"Tak payah nak berdrama bagai. Kau tak nampak ke dah ada yang jadi hulk sekarang. Tak pasal-pasal korang pulak jadi macam aku." kata Josh.

Matanya masih tetap memandang buku yang di baca.

"Ops. Maaf tak perasan lah pulak."

sengaja Kevin mengusik saudaranya. Benny pula sudah ketawa.

"Baik kau diam sebelum aku letupkan mulut kau." ugut Alvin.

Sejujurnya dia pun merindukan Gabriella tapi dia hanya memendamkan sahaja perasaan rindunya. Tak sah kalau tak ada perasaan ego.

Kevin mula tersenyum sinis. Dia tahu Alvin juga rindu pada Gabriella itu sebab dia sengaja berkata sebegitu.

"Eh. Dah lah jom balik. Aku dah settle. Aku dah tak sabar ni nak jumpa Bella." kata Benny.

Asudah.

Orang dah berhenti dia pergi sambung balik. Benny yang tersedar dengan katanya mula tersengeh sengeh.

"Dah dah jom." Josh pula bersuara.

Kalau di biarkan jadi peperangan lah jawabnya. Alvin ni cemburu dia tak bertempat dengan saudara sendiri pun dia nak jeles. Ish ish.

"Mana dieorang ni. Lamanya. Boleh naik bosan aku macam ni."

dari tadi lagi Gabriella tak habis habis bolak balik. Dah macam cacing kepanasan pulak.

"Hai Princess ! " tegur seseorang.

Gabriella yang dari tadi tak reti duduk diam terperanjat. Hantu mana pulak ni.

"Sorry buat Princess terkejut. Kenalkan saya Marsha."

Marsha menghulurkan tangannya. Gabriella memandang seketika tangan Marsha.

"Gabriella."

Gabriella menyambut huluran Marsha.

"Tadi Raja ada call saya. Raja kata awak ada masalah dengan pakaian." kata Marsha.

"A ah. Tapi kejap. Boleh tak jangan panggil Princess panggil je Gabriella or Bella. Dan umur Marsha berapa?" soal Gabriella.

"Maaf Princess ni dah aturan untuk saya panggil awak Princess. Umur saya 17 tahun." kata Marsha.

Ah bagus lah.

Ada lah jugak sebaya dengan aku but Princess ? Aku rimas sebenarnya orang panggil aku Princess.

"Okayh macam ni lah. Marsha panggil Princess bila ada orang lain. Tapi bila berdua macam ni panggil je Gabriella or Bella. Dan lagi satu cakap aku kau je. Bukan apa aku rasa geli bila cakap awak saya dengan orang sama umur dengan aku." panjang lebar Gabriella bercakap.

"Haha. Okayh. Sebenarnya pun aku tak biasa." Marsha tersengeh sengeh.

"Boleh aku minta satu permintaan tak?" soal Gabriella.

"Apa dia ?" tanya Marsha.

"Boleh tak kau jadi kawan aku. Aku.. Aku tak pernah ada kawan perempuan. Aku ada kawan pun Josh, Benny,Kevin,Eric dan Alvin je." kata Gabriella.

"Of course boleh ! Cuma... Yelah aku ni orang bawahan aku rasa tak sesuai.." kata Marsha terpotong apabila Gabriella memotongnya.

"No. Aku tak kesah. Aku tak pernah anggap kau orang bawahan aku. Please jangan fikir macam tu." kata Gabriella.

"Okayh. Kawan?" soal Marsha.

"Kawan." kata Gabriella pula.

Tak lama kemudian mereka bergelak ketawa.

Gadis Berdarah Suci (C)Onde histórias criam vida. Descubra agora