Bahu Gabriella terhenjut sedikit apabila pakciknya menjerit.

Muncullah seorang perempuan cantik sambil membungkukkan badannya tanda hormat.

"Kenalkan ni Maria. Maria, ni Princess Gabriella anak kepada Raja Herry."

Hendri memperkenalkan Gabriella kepada Maria.

"Selamat berkenalan Princess Gabriella."

Maria membungkuk lalu tersenyum. Gabriella membalas senyuman nya.

"Bella kalau ada apa-apa panggil je Maria. Okayh." kata Hendri.

Gabriella hanya mengangguk.

"Yang lain pergi siap-siap. Korang perlu selesaikan tugas korang yang tertunggak. Maria tolong tunjukkan bilik Gabriella." arah Hendri.

"Mari." kata Maria.

Gabriella mula mengikuti Maria dari belakang. Manakala

Josh,Eric,Kevin,Benny dan Alvin pula ke arah berlainan.

"Silakan masuk." katanya lagi.

Masuk sahaja aku ternganga melihat bilik tersebut. Besar beb! Sambil berjalan aku melihat sekelilingnya.

"Ni bilik saya ke?" soal Gabriella.

Maria hanya mengangguk sahaja.

"Princess Bella rehatlah dulu. Saya nak siapkan makanan untuk Princess." kata Maria.

"Jangan panggil saya Princess. Panggil Bella je." kata Gabriella.

"Maaf Princess. Ni dah memang peraturannya." kata Maria pula.

"Umur Maria berapa?" soal Gabriella.

Entah kenapa dia tiba-tiba menanyakan tentang umur pulak.

"Kalau di ikutkan umur manusia saya 50 tahun." jawab Maria.

Gabriella sudah ternganga.

Umurnya tak sama dengan rupanya. Maria yang melihat muka Gabriella sudah tergelak.

"Tapi.. Muka tak nampak macam umur 50 tahun pun?"

Gabriella sudah membuat muka blurnya.

"Ni rupa saya masa umur 20 tahun. Rupa dan bentuk saya ni akan kekal sampai saya mati." katanya.

"Kenapa boleh macam tu pulak?" soal Gabriella.

"Nampaknya Princess Gabriella tak tahu apa-apa ye?" soal Maria pula.

Gabriella hanya menggelengkan kepalanya.

"Takpa lah. Princess mandi dulu nanti saya akan ceritakan semuanya." kata Maria.

Aku hanya mengangguk tanda iya.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa Princess boleh telefon. Kat bawah telefon tu saya dah selitkan kertas berisi nombor." katanya lagi sambil menunjuk telefon yang berada di sebelah tilam.

"Okayh. Oh ya. Jangan bawak makanan kesini. Letak je dekat dapur nanti saya datang kat dapur." kata Gabriella.

Pada mulanya Maria memasang muka hairan, tak lama kemudian dia tersenyum.

"Baiklah. Kalau macam tu saya izin keluar." kata Maria lalu pergi sambil menutup semula pintu.

Omaigadd !! This is my room ?! Besar gila. Kalah bilik lama aku. Aku mula melangkah ke arah tilam lalu aku menekan-nekan menggunakan tapak tangan. Soft! Aku apa lagi lompat lah. Terasa bahagia sekejap. Tak sangka aku dapat merasakan hidup nyaman macam ni.

Andai saja keluarganya masih hidup mesti tambah seronok. Mula lah Gabriella terimbau kenangan manis bersama keluarga tercintanya. Air matanya mula menitik sikit demi sedikit.

Cukup ! Gabriella. Kau tak boleh terus menerus menangis. Dieorang dah takda. Kau kena teruskan hidup kau. Ye! Kau kena teruskan. Gabriella memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Gabriella meletakkan begnya di tilam lalu dia melangkah ke arah bilik mandi. Dia melihat setiap bilik mandi tersebut. Besar dia bukan main macam bilik stor kat rumah lama aku pulak. Gabriella menuju ke tab. Di situ terdapat beberapa suis. Ah sudah! Aku mana tau benda semua ni! Macam mana aku nak mandi ni.

Tiba-tiba Gabriella teringat apa yang di pesan Maria. Dengan pantas Gabriella berlari ke arah telefon.

Gabriella agak sedikit jakun. Bukan sikit tapi banyak. Ni ke telefon ? Dah macam laptop pulak aku tengok cuma dia takda keyboard. Apa-apa je lah. Gabriella mengambil kertas yang terselit di bawah telefon.

Maria - 1
Raja Hendri - 9
Marsha - 17

Apa ke pelik lah nombor dia ni.Gabriella menekan on di ' telefon' lalu dia menekan nombor satu. Tiba-tiba terpampang muka Maria yang cantik tu. Uhuu. 

"Hello Princess. Ada masalah ke ?" soal Maria sambil tersenyum.

"Ada. Saya nak mandi tapi.. Saya tak tau nak mandi macam mana. Sebab banyak suis."

Gabriella tersengih-sengih. Maria pula sudah ketawa di seberang sana.

"Baiklah. Sekejap lagi saya sampai." kata Maria.

Gabriella hanya mengangguk.

Tak lama kemudian telefon itu mati dengan sendirinya. Maju betul lah dunia ni. Kalah dunia aku. 

Sedang Gabriella baring-baring terdengar bunyi ketukan pintu. Gabriella dengan pantas bangun lalu berlari ke arah pintu. Terlihat Maria berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

"Boleh saya masuk?" tanya Maria.

"Eh. Boleh-boleh." kata Gabriella.

Maria masuk ke dalam lalu terus ke bilik mandi. Gabriella pula hanya mengikut dari belakang.

"Suis yang warna merah ni untuk air panas. Suis yang warna biru pula untuk air biasa. Yang warna hijau ni pula sabun. Suis putih untuk buang air dari tabber.Suis hitam pula untuk air pancut. Princess masuk je dalam tabber ( hanya rekaan haha. ) ni pastu tinggal tekan je mana-mana nanti dia keluar lah." terang Maria.

Gabriella pula dah macam burung pelatuk je tak habis-habis mengangguk angguk.

"Tabber ?" soal Gabriella hairan.

"Yang ni nama dia tabber." kata Maria.

Sekali lagi Gabriella mengangguk. Kalau kat dunia dia panggil tab mandi. ( betul ke? Bantai ah.

"Kalau takda apa-apa saya keluar dulu. Ohya lupa pula. Kat belakang pintu tu ada tuala." katanya lagi.

Lepas sahaja bayang Maria hilang Gabriella terus menutup pintu dan kunci.

Gabriella mula masuk ke dalam tabber lalu menekan suis warna biru. Kerana terlalu sejuk Gabriella menekan suis merah. Bila air sudah menjadi suam Gabriella menekan semula suis biru dan merah untuk matikan air. Selepas itu dia menekan suis hijau. Sabun mula mengeliling seluruh tabber tak juga dengan buih-buih yang beterbangan.

Selesai sahaja mandi Gabriella menuju ke almari besar lalu membukanya. Terkejut beruk dia melihat isi dalam almari itu. Semuanya dress ! Takda satu pun tshirt or jeans. Bawahnya pula berderet kasut tinggi. Boleh gila aku macam ni. Aku mana lah suka pakai dress. Di sebabkan takda baju t-shirt dia terpaksa pakai balik semula bajunya yang tadi.

Terpaksa ok terpaksa.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now